in , ,

Nasihat Datuk Rizalman di IG LIve ‘Makan Dalam’

Lanjutan dari video semalam, selepas dihentam oleh netizen, Vivy telah pun membuat keputusan untuk memadam komen dan menjelaskan yang kata-katanya telah disalah ertikan.

Lanjutan dari video semalam, selepas dihentam oleh netizen, Vivy telah pun membuat keputusan untuk memadam komen dan menjelaskan yang kata-katanya telah disalah ertikan. Vivy juga turut memohon maaf kalau-kalau ada orang yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

Semalam juga, pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman nampaknya turut panas hati dengan komen-komen yang dibuat oleh para pengusaha produk berpendapatan besar ini.

Menurut Rizalman di IG Live, orang yang dah kaya-raya buat apa nak rampas bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat yang memerlukan.

Kemudian Rizalman turut mengatakan walaupun netizen ni ramai yang tak mampu, tapi dorang tahu yang “orang-orang kaya” ni saja je suka menunjuk kekayaan dorang di media sosial.

Tak cukup dengan tu, Rizalman turut menyuarakan rasa tak puas hatinya dengan segelintir orang yang suka sangat nak show off atau nak menunjuk-nunjuk kekayaan. Seperti contoh, bila datang beraya rumah orang dah sibuk menyanyi menari, bila nak tangkap gambar raya bersama, dia pula sibuk cari handbag sebab nak dok tayang kat orang.

Mai bila nak tangkap gambar raya, pakat-pakat cari, ‘eh where’s my handbag”. Nak tangkap gambaq raya pi pegang handbag buat apa?”

Tambahnya lagi, raya adalah masa untuk merapatkan silaturrahim antara yang miskin dan yang kaya, bukan nak jauhkan lagi jurang dengan menunjuk kekayaan.

Aku yang fashion designer ni pun meluat tengok, apa tah lagi orang lain.”

Korang bolehlah tengok video penuh dekat bawah ni dan dengar sendiri macam mana Dato’ Rizalman marah.

Netizen pula kebanyakannya memang puas hati dengan cara Rizalman sekolahkan dorang ni dan rata-rata ada juga yang meneka salah seorang “orang kaya” yang dimaksudkan oleh Rizalman adalah Vivy Yusuf.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Bengang SENIMAN Demand Dana Khas, Bantuan Wang RM3000 Untuk Artis

Vivy Yusof & Aleeya Zailan Mohon Maaf Setelah Dikecam Menghina Golongan Miskin