in , ,

Ini Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23)

Penyanyi Dayang Nurfaizah mendominasi enam pencalonan dalam empat kategori di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 11 September depan.

Acara industri muzik mengujakan yang dinantikan oleh seluruh industri muzik tempatan serta peminat muzik – lima calon teratas dalam setiap kategori anugerah untuk edisi ke-23 rancangan anugerah muzik tempatan yang paling berprestij, ‘Anugerah Industri Muzik’ (AIM) akhirnya diumumkan hari ini oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). 

Seramai 105 calon yang disenarai pendek daripada sejumlah 21 kategori diumumkan dengan pengiraan markah juri yang diaudit oleh firma pengauditan, Mazars. Proses penjurian juga ditadbirkan oleh pihak ketiga yang bebas, Macomm Management Services Sdn. Bhd. 

Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23

PENGUMUMAN LIMA CALON AKHIR 

“Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa RIM menerima jumlah yang memberangsangkan sebanyak 650 pencalonan untuk AIM23. Sebahagiannya boleh dikaitkan dengan tempoh kelayakan 18 bulan yang lebih lama untuk keluaran lagu dan album baru dari 1 Jan ’21 – 30 Jun ’22 , tetapi ia juga merupakan petunjuk bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik dan dalam perjalanan ke pemulihan selepas pandemik.

Penambahan beberapa kategori anugerah baru turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan untuk tahun ini.

Kami juga berbesar hati kerana proses penjurian yang ditadbirkan oleh Macomm Management Services Sdn. Bhd. berjalan lancar dengan penyertaan kumpulan terpilih penggiat yang disegani dalam industri muzik dan filem tempatan (untuk kategori ‘Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama’) yang menduduki panel juri,”

– Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23. 
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23

Beliau seterusnya menambah bahawa “proses penjurian untuk dua kategori anugerah pertama – ‘Rakaman Lagu Terbaik’ dan ‘Rakaman Album Terbaik’ berlangsung di MVM Studio pada 12 Ogos ’22, diikuti dengan kebanyakan kategori anugerah lain pada 15 dan 16 Ogos ’22 di Pullman KLCC.

Penjurian bagi kategori anugerah ‘Lagu Terbaik’ yang memilih lagu terbaik daripada 8 kategori anugerah genre lagu berbeza adalah kategori terakhir yang dijuri pada 24 Ogos ’22 di Timeless Studio

“Kami juga berdukacita untuk mengumumkan penyingkiran kategori anugerah ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ kerana kebanyakan lagu yang dicalonkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, menyebabkan lagu yang tidak mencukupi untuk menduduki ‘Top 5’ dalam kategori ini,”

– Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23. 
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23

Beliau turut mengumumkan nama-nama juri terkemuka yang menganggotai panel juri pencalonan AIM23 termasuk penggiat industri muzik yang dihormati seperti LY, Fauzi Marzuki dan Dato’ Acis.

Dayang dicalonkan bagi kategori utama iaitu Rakaman Album Terbaik (Belagu) serta Rakaman Album Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi.

Mengetuai keseluruhan proses penjurian sebagai Ketua Juri adalah komposer, arranger, konduktor dan pemain piano jazz terkemuka, Datuk Mokhzani Ismail

Album Belagu juga berada disenarai finalis Kulit Single/Album Terbaik serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi.

Penghibur bervokal gemersik itu diekori rapat penyanyi, Ernie Zakri dan Yonnyboii yang menyerlah dengan empat pencalonan.

Ernie bersaing untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati) selain dua kategori dalam Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama suaminya, Syamel bagi lagu Goodbye Hello dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip.

Yonnyboii pula dicalonkan untuk kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), selain dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, penganjuran edisi kali ini meraih 650 penyertaan, namun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori dipertandingkan.

Pada majlis sama, Rosmin memaklumkan seramai 113 juri terbabit dalam penilaian calon dengan setiap kategori diadili antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.

Juri terdiri daripada Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, selain antaranya Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu dan Noryn Aziz.

Katanya, proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih malah andai juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.

Astro sekali lagi menjadi rakan media RIM dalam pementasan dan penyiaran malam penuh bintang artis ini yang akan padat dengan persembahan yang tidak dapat dilupakan dan sudah tentu, para pemenang melakar detik kegemilangan mereka,” kata Norzeha Mohd Salleh, Ketua Astro Ria, Prima dan Warna.

“Astro menjanjikan gabungan persembahan artis yang eklektik dan serba boleh; daripada diva pentas yang mendapat pujian secara kritis, kepada muka baru dan segar.

Bintang-bintang akan bersinar terang dengan penyampai dari semua lapisan masyarakat, mewakili kepelbagaian industri hiburan Malaysia. Barisan penyampai yang menakjubkan ini akan memastikan malam itu berada dalam suasana yang baik,” katanya.

“Sekali lagi, Astro ingin mengulangi dedikasi kami dalam menyokong persada muzik tempatan. Bakat tempatan adalah penting dalam memastikan kemampanan industri muzik, seperti yang kita sedia maklum dua tahun yang lalu yang telah mencabar ramai penggiat industri muzik tempatan. Dengan peningkatan bakat dan lagu-lagu inovatif yang tercetus daripada persada muzik tempatan, kami berbesar hati untuk mengatakan bahawa senario muzik tempatan berada di sini untuk kekal dan menguasai gelombang udara untuk selamanya.

“Tontoni Anugerah Industri Muzik Ke-23 pada 11 September, 9 malam melalui Astro Ria (104). Sebagai alternatif, pelanggan Astro boleh menstrimnya melalui Astro GO atau On Demand. AIM23 juga disokong oleh Astro Radio, sebagai rakan radio rasmi” tambah Norzeha.

Sila rujuk lampiran untuk senarai lengkap para juri yang mengambil bahagian panel juri AIM23.
Untuk maklumat lanjut tentang RIM dan aktivitinya, sila layari www.rim.org.my . Untuk semua urusan

AIM, sila layari www.aim.org.my.

Finalis ‘Top 5’ dalam setiap kategori anugerah yang bertanding dalam AIM23 adalah seperti berikut:

ARTIS BARU TERBAIK 

Rian Shain – Kesumat

Aufahanie – Geming Jiwa

Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna

Iss Arffan – Tiada Bernoktah

Ahmad Syafiq – Duri

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)

Hafiz Sulp – Takluk Cinta

Alif Satar & The Locos – Anugerah Terindah

Syamel – Bila Kau Tiada

Arddley Nicholas – Pilu

XPOSE – Jejak

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) 

Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna

Ernie Zakri – Sinar Mata Hati

Aina Abdul – Nada Kalbu

Idayu – Jangan Menangis Cinta

Marsha Milan – Cinta 

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN) 

Da Unknown – Tersakiti 

Dolla – Berani

Blvckmind Squad – Sembelih  

V.E – Tunggu 

Zayne – Kaulah Cinta 

PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU 

Hafiz Suip & Ernie Zakri – Berakhirlah Pencarianku

Syamel & Ernie Zakri – Goodbye Hello 

Shila Amzah & Liza Hanim – Bahagiakan Dia

Lah Ahmad ft. Aina Abdul – Tunggu Kamu 

Shuib & Siti Sarah – Semakin Benci Semakin Cinta 

Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23
Senarai Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik AIM23

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SABELLA

Sabella Unggul Raih 4 Anugerah, Tewaskan Jenama Antarabangsa

WAKTU NETFLIX INDONESIA

Netflix Umumkan Senarai Filem & Drama Siri Indonesia Yang Bakal Ditayangkan