in

Senarai Tempat Percutian Terbaik Selepas Raya

Penat Beraya? Hotels.com Senaraikan Tempat Percutian Terbaik Selepas Raya

Hari Raya adalah antara masa paling sibuk dan meletihkan tetapi menyeronokkan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Selain menyediakan kuih-muih dan makanan tradisional untuk hidangan, ziarah-menziarah sanak saudara dan rakan taulan juga memenatkan. Justeru, Hotels.com menyediakan senarai khas destinasi percutian Hari Raya untuk mereka yang ingin beristirahat dan bersantai selepas beberapa hari sibuk dengan makan minum dan bersuka ria bersama keluarga.

Sepilok 1

“Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu sambutan paling dinantikan saban tahun, tetapi keletihan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi ramai rakyat Malaysia. Berdasarkan ‘Loved by Guests Awards 2018’ (Anugerah Digemari Tetamu 2018) terkini Hotels.com, kami menyenaraikan kategori hotel ‘Most Wanted’ (Paling Dikehendaki )*, khusus untuk rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti rehat selepas Raya,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.

Majestic Kl 1

Dekat dengan alam semula jadi – jauh dari segalanya

Lebaran merupakan masa untuk mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang sekian lama tidak berjumpa. Perjalanan pulang ke kampung dan kemeriahan perhimpunan keluarga pasti meletihkan. Oleh itu, anda boleh menghabiskan baki cuti yang ada dengan menaiki kapal terbang ke Sandakan untuk menginap beberapa malam di Sepilok Nature Resort, pusat peranginan semula jadi yang tenteram dan pemenang anugerah Loved by Guest ‘Most Wanted’ yang dikelilingi kehijauan hutan tebal tropika. Pencinta alam dan hidupan liar pasti akan jatuh cinta dengan pusat peranginan ini, kerana Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo yang terkenal di dunia terletak tidak jauh dari sini.

Rayavadee Resort  di Krabi juga merupakan sebuah lagi pusat peranginan untuk mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kota dan melapangkan fikiran dalam suasana tenang dan tenteram. Pusat percutian terpencil yang hanya boleh didatangi dengan bot ini dikeliling tiga pantai dan tebing batu kapur yang tinggi dan indah – kesemuanya tersembunyi dan sepi, berbanding pantai laut Krabi yang lebih dikenali dan popular. Terletak di wilayah selatan Thailand dengan sebahagian besar penduduknya beragama Islam, Krabi terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia kerana terdapat banyak restoran halal dan tawaran menarik berbanding Phuket yang lebih popular.

Spa nyahtoksin

Selepas seminggu beraya dan menikmati pelbagai makanan kegemaran, percutian spa bersama keluarga tersayang pasti menghilangkan segala keletihan. W Bali, salah sebuah pusat peranginan Loved by Guest ‘Most Wanted’ di Bali, terletak di kawasan Seminyak yang indah permai. Pusat peranginan mewah ini menempatkan vila, dengan latar belakang taman tropika dan kolam lagun yang mendamaikan perasaan. Pusat spa ini merupakan tempat beristirahat dan bersantai, paling sesuai untuk mereka yang ingin membuang toksin yang terkumpul dalam badan selepas seminggu menjamu selera dengan pelbagai makanan Raya.

Bermandi sinar matahari dan bermain pasir dengan anak-anak

Untuk percutian tepi pantai bersama keluarga, anda tidak perlu pergi jauh dari The Danna Langkawi. Pusat peranginan ini mendapat penarafan hotel terbaik Hotels.com di Langkawi, dengan penarafan 4.8 bintang dan menerima Anugerah Emas ‘Loved by Guest’. Pusat percutian ini menempatkan vila gaya British, lengkap dengan kolam renangnya sendiri. Sebuah kolam renang kanak-kanak dan Kiddy’s Club memastikan anak-anak kecil terhibur sepanjang hari.

Percutian di bandar raya – ganjaran untuk ibu

Rakyat Malaysia gemar membeli-belah. Justeru, tiada cara lain yang lebih baik untuk memberi ganjaran kepada ibu-ibu selain kesempatan membeli-belah di Jakarta. Ritz-Carlton Jakarta ialah destinasi menarik kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan beli-belah Mega Kuningan, berhampiran Ambassador Mall, pusat tekstil yang terkenal kerana kedai-kedai menjual kain. Untuk ibu-ibu yang lebih pemilih, Plaza Senayan dan Pacific Place, dengan pelbagai jenama mewah dan Galeries Lafayette, hanya beberapa minit perjalanan dengan teksi dari hotel Ritz.

Bangkok, dengan kesesakan lalu-lintas dan pasarnya yang sibuk, memang tidak sesuai dijadikan destinasi untuk beristirahat, tetapi Riva Surya Hotel, pemenang kategori Loved by Guest ‘Most Wanted’, menawarkan suasana ketenangan syurga percutian di tengah-tengah ibu kota. Hotel yang menghadap sungai Chao Phraya ini terletak di lokasi strategik yang sesuai dijadikan pangkalan untuk ibu-ibu meninjau pusat beli-belah di Bangkok. Pasar Chatuchak, pasar hujung minggu terbesar di dunia, terletak tidak begitu jauh dari hotel ini. Begitu juga pusat-pusat beli-belah Silom yang lebih canggih dan terkenal di Bangkok.

Warisan Silam

Untuk percutian singkat, Pulau Pinang tidak kurang menarik. Banyak hotel butik telah dibangunkan sejak kebelakangan ini, khususnya menerusi transformasi hotel-hotel warisan yang dibaik pulih. Campbell House Penang terletak berhampiran pelbagai pusat penjaja yang terkenal, menjadikannya pangkalan yang sesuai untuk mereka yang gemar menikmati makanan penjaja di tapak warisan UNESCO Georgetown. Hotel butik warisan ini juga menampilkan hiasan Selat dan bilik-bilik gaya kolonial, lengkap dengan katil poster yang  membawa sentuhan gaya Inggeris.

Kawasan lama Hanoi memperlihatkan replika seni bina Perancis, rumah-rumah kecil keluarga dan lorong-lorong laluan sempit. Luxury Old Quarter Hotel, terletak berhampiran Thang Long Water Puppet Theatre yang tersohor, menyatukan warisan seni bina lama dengan kemudahan moden kurun ke-21 dalam suasana hotel butik serba mewah. Tasik Hoan Kiem, yang menjadi sumber inspirasi para cendiakawan dan penyair sejak beratus-ratus lamanya, juga terletak berhampiran – sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar menikmati ketenangan dan keindahan kawasan persekitaran.

Sementara kawasan lama Hanoi memaparkan keindahan seni bina kolonial, kawasan warisan UNESCO Hoi An yang diwartakan memperlihatkan suasana romantik, dengan deretan rumah tiub panjang Vietnam, rumah kedai kayu gaya Cina, terusan kecil dan jambatan berukir. Hoi An Ancient House Village, terletak tidak terlalu jauh dari pusat Hoi An, dikelilingi sawah padi dan deretan pokok kelapa. Hiasan dalaman hotel butik ‘Paling Dikehendaki’ ini juga membawakan gaya dan sentuhan seni dan warisan tempatan Vietnam.

Campbell House 1

Percutian setempat

Bagi sesetengah orang, penerbangan ke tempat percutian selepas kepenatan pulang berhari raya di kampung boleh menambah keletihan. Jadi, anda tidak perlu pergi jauh. Sebagai salah sebuah hotel di Kuala Lumpur yang mendapat penafaran terbaik, Majestic Hotel Kuala Lumpur telah mencipta nama yang tersendiri. Ia terkenal kerana sentuhan seni bina kolonial, dengan lobi mewah dan perkhidmatan layanan peribadi 24 jam di semua suite. Orchid Conservatory menempatkan aneka bunga orkid bermusim dalam atrium kaca yang boleh menerima sehingga 12 tetamu untuk minum teh – sesuai untuk mereka yang gemar menikmati jamuan ringan seperti skon dan sandwic selepas seminggu berhari raya dengan makanan berat.

“Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai cara yang berlainan untuk beristirahat dan bersantai selepas beraya. Ada yang lebih suka menghabiskan masa di tempat yang sunyi berhampiran alam semula jadi, manakala yang lain ingin memanjakan diri sendiri dan orang keluarga tersayang dengan percutian ke destinasi seperti Jakarta dan Bangkok. Apa pun pilihan mereka, Hotels.com sentiasa memberikan perhatian kepada kecenderungan dan kepentingan mereka. Ulasan lebih 25 juta pelanggan kami membantu Hotels.comuntuk terus memberikan cadangan dan panduan terbaik kepada pelanggan Malaysia,” kata Jessica.

Kesimpulan – Cadangan percutian lepas raya Hotels.com

Untuk Hotel Bandar Raya
Pencinta alam Sepilok Nature Resort Sandakan
Rayavadee Resort Krabi
Peminat Spa W Hotel Bali Bali
Percutian mesra kanak-kanak The Danna Langkawi Langkawi
Percutian Tengah Kota Ritz-Carlton Jakarta Jakarta
Riva Surya Hotel Bangkok
Peminat Warisan Campbell House Penang Penang
Luxury Old Quarter Hotel Hanoi
Hoi An Ancient House Village Hoi An
Percutian Setempat The Majestic Hotel Kuala Lumpur

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan & Amira Syahira Artis Jemputan di Konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL

Westworld Season 2 Concludes With Its Longest Episode