in , , , ,

Senarai Program Menarik Sempena Sambutan Aidiladha 2021 di Rangkaian RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program-program penuh keberkatan mulai 17 hingga 22 Julai depan dalam menghayati sambutan Aidiladha tahun ini.

Meskipun sekali lagi sambutannya penuh kesederhanaan dalam situasi seluruh dunia berjuang menentang pandemik Covid-19, RTM tetap mengharapkan seluruh penonton dan pendengar setia salurannya terus ceria dan berbahagia menyambutnya bersama yang tersayang.

Dua telemovie mendahului siaran program diaturkan iaitu bermula dengan tajuk “Tabung Haji Atuk”, pukul 3.00 petang dan diikuti “Rindu Tanpa Batas”, pukul 10.00 malam. Kedua-duanya menemui penonton pada 17 Julai ini di TV1.

Menjelang sambutan Aidiladha, RTM pada 19 Julai ini menyiarkan dua program iaitu “Salam Baitullah Edisi Wukuf”, pukul 6.00 petang, di TV1 dan sebelah malamnya tayangan telemovie “Sebelum Pulang”, pukul 9.00 malam, di TV2.

Selang-seli gema takbir Aidiladha di RTM pada 20 Julai ini diserikan juga dengan himpunan tujuh program khas termasuklah telemovie “Sejadah Dari Mekah”, pukul 8.00 pagi, TV2, dokumentari “Menanti Panggilan Suci”, pukul 9.30 pagi, TV1, dan telemovie “Kugenggam Kunci Syurga”, pukul 10.00 pagi, TV1.

Istimewa turut dikongsikan dokumentari “Pejuang Di Perjalanan Akhir” disiarkan pada 20 Julai ini, 12.30 tengah hari, di TV1 dan pada 22 Julai ini pukul 5.30 petang di TV Okey.           

Melengkapkan lagi program khas RTM sebuah dokumentari bertajuk “Masjid Al-Ghazali” pada 20 Julai ini, 1.30 tengah hari, di TV1 dan esoknya 21 Julai, pukul 9.00 malam di TV Okey.

Saksikan juga tayangan telemovie “Fitrah” pada 20 Julai ini, 9.00 malam, di TV2 dan dokumentari “Menanti Panggilan Haji” pada 20 Julai ini, 9.00 malam, TV Okey. Ia bakal diakhiri pada 21 Julai ini dengan telemovie “Begitu Janji Tertulis”, pukul 9.00 malam, di TV2.

TELEMOVIE: TABUNG HAJI ATUK 

Sinopsis: Kesusahan yang dialami oleh atoknya sepanjang menjaga ayahnya ketika sakit telah menyebabkan Rafiq sedaya upaya cuba membalas jasa atoknya dengan melakukan pelbagai perkara. Tetapi dalam masa yang sama Rafiq sering menerima tekanan dari Pak Usunya.

Pelakon: Wan Hanafi Su, Yus Waisar, Muhammad Daeng Faiz, Fatah Faqrullah, Fazli Daniel, Ahmad Fazli dan Sweet Qismina.

rindu tanpa batas

TELEMOVIE: RINDU TANPA BATAS 

Sinopsis: Maryam seorang ibu tunggal, telah lama berhasrat menunaikan haji di Mekah. Namun masih belum dapat menunaikan ibadah tersebut kerana hanya memperoleh pendapatan dengan menjual nasi lemak. Pelbagai dugaan ditempuh untuk merealisasikan impian ibadah tersebut disamping cabaran membesarkan anak lelaki tunggalnya, Syafami. 

Pelakon: Sherry Merlis, Fimie Don dan Elisha Sandha.

sebelum pulang

TELEMOVIE: SEBELUM PULANG 

Sinopsis: Amira dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Sejak kecil Amira menghidap penyakit Asthma dan dianggap membawa nasib malang kerana berbagai kejadian buruk menimpa keluarga mereka sejak kelahirannya. Dia tidak disayangi oleh ayah, abang dan kakaknya Liza. Mereka sering menghina dan mencari salahnya.

Pelakon: Nad Zainal, Amyza Adnan dan Wan Maimunah.

TELEMOVIE: SEJADAH DARI MEKAH

Sinopsis: Kisah seorang bapa tunggal yang menjaga dua anak gadisnya setelah kematian isterinya 15 tahun lalu diuji dengan sikap salah seorang anak gadisnya yang berpewatakan seperti lelaki dan kemuncaknya terlibat dengan najis dadah.

Pelakon: Nasir Bilal Khan, Izreen Azminda, Eira Syazira, Ryzal Jaafar, Mohd Shahfriz dan Hairee Es.

DOKUMENTARI: MENANTI PANGGILAN SUCI

Wabak pandemik Covid-19 telah menghalang Jemaah Haji dari menunaikan rukun Islam ke-5. Kerajaan dan Jemaah Haji harus akur dengan ketetapan ini untuk 2 tahun berturut-turut demi menghalang wabak ini terus merebak.

TELEMOVIE: KUGENGGAM KUNCI SYURGA

Melihat sikap abang dan kakak ipar yang tidak berminat menjaga ayah dan adiknya yang lembam, Rizal  nekad berhenti kerja untuk menjaga mereka.

Pelakon: Amar Asyraf, Eyfa, Jalil Hamid, Ungku Hariz, Z.Zamri, dan Nazia Mustafar.

DOKUMENTARI: PEJUANG DI PERJALANAN AKHIR

Saksikan jerih perih kumpulan sukarelawan yang dipimpin oleh Abam Botak bersama-sama dengan barisan hadapan menggalas tanggungjawab menguruskan mangsa Covid-19 yang telah meninggal dunia di daerah Sandakan, Sabah.

DOKUMENTARI: MASJID AL-GHAZALI

Sinopsis: Memaparkan pembinaan dan seni bina Masjid Al-Ghazali yang didirikan menggunakan bayaran wang pampasan mangsa tragedi MH17 empat tahun lalu iaitu Allahyarham Tambi Jiee sekeluarga. 

fitrah

TELEMOVIE: FITRAH

Sinopsis: Kisah seorang wanita Orang Asli dan anak lelakinya yang ditinggalkan oleh suaminya seorang Ustaz. Penantiannya selama 20 tahun mengharapkan kepulangan suaminya yang pergi menunaikan haji di Mekah mencabar keimanannya dan menjadikan dia hampir putus asa. 

Pelakon: Khatijah Tan dan Halim Radzi.

DOKUMENTARI: MENANTI PANGGILAN HAJI

Dokumentari yang membongkar isu Covid-19 menjadi penghalang seruan haji. Bakal jemaah perlu menunggu lagi untuk menunaikan Rukun Islam ke-5.

begitu janji tertulis

TELEMOVIE: BEGITU JANJI TERTULIS

Kisah seorang ibu tunggal yang mendapat tawaran mengerjakan haji. Dia perlu menunaikan wasiat arwah suaminya yang mahukan salah seorang anak mereka menemaninya ke Mekah sebagai mahram, tetapi dia menghadapi masalah kerana anaknya memberi pelbagai alasan.

Pelakon: Khatijah Tan, Putri Hanan Shahidan, Zamarul Hisham, Bohari Ibrahim dan Mohd Said Sabri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Jadi Peserta ICSYV, Kini Nisha Haque Muncul Single Terbaru Berjudul YO YO OH

Sinopsis Drama SUARA HATI Gandingan Pertama Syafiq Kyle & Hanna Aqeela