in , ,

Selepas Jadi Peserta ICSYV, Kini Nisha Haque Muncul Single Terbaru Berjudul YO YO OH

Kepada yang belum mengenali penyanyi ini, beliau Qhairun Nisha Haque atau lebih dikenali sebagai, Nisha Haque merupakan bakat baru dalam industri muzik di Malaysia.

Setelah bernaung dibawah Whiteroom Music sebagai trainee, akhirnya dia muncul dengan single terbaru yang merupakan lagu sulungnya yang bertajuk ‘Yo Yo Oh’.

Selain menjadi seorang penyanyi, Nisha Haque sudah lama berkecimpung di dalam dunia hiburan sejak usia kanak-kanak lagi. Dia yang memilki bakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian, pernah menjadi pelakon cilik dalam drama bersiri ‘Cinta Medik’ dan muncul di kaca televisyen (TV) untuk iklan komersial.

Nisha Haque Tampil Dengan Single Pertamanya YO YO OH

Sejak bank sekolah lagi, Nisha Haque mempunyai hobi dan minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian seringkali memuatnaik video lagu sadurannya di YouTube. Selain menyanyi, dia juga mempunyai hobi lain seperti membaca buku, berenang dan menari.

Bakatnya sebagai seorang penyanyi mula menyerlah apabila dia menyertai program realiti ‘I Can See Your Voice’ yang bersiaran di NTV7. Nyanyian dia yang memukau para juri dan telah viral ketika mempersembahkan lagu yang bertajuk Sembunyi nyanyian asal oleh Adira. Suaranya yang lunak dan merdu telah menarik perhatian orang ramai dan video nyanyiannya itu telah mencecah 693 ribu tontonan di YouTube.

Nisha Haque

Pada tahun 2019, Nisha Haque telah menghadiri ujibakat untuk menjadi penyanyi dibawah naungan syarikat rakaman Whiteroom Music. Setelah melepasi ujibakat, dia telah berjaya di terima untuk bernaung dibawah syarikat rakaman milik komposer terkenal, SirKhan Danial yang merupakan komposer lagu Menahan Rindu, Tergantung Sepi dan Di Matamu.

Sebagai seorang pendatang baru di dalam industri muzik, Nisha Haque telah tampil dengan debut pertamanya yang bertajuk ‘Yo Yo Oh’. Lagu ini merupakan salam perkenalannya sebagai seorang penyanyi baru tanah air di Malaysia.

‘Yo Yo Oh’ merupakan karya ciptaan SirKhan, Adi Ros dan Aden King. Lagu ini bergenre pop dance sesuai dengan tona suara dan gaya nyanyian Nisha Haque. Single ini merupakan terbitan dan edaran Whiteroom Music.

Nisha Haque berharap ‘Yo Yo Oh’ dapat mencuri hati semua orang dan mendapat respon yang baik oleh pendengar muzik tempatan serta pihak media. Dia juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan dan menerima bakatnya sebagai penyanyi baru dalam bidang muzik.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita yang telah mengetahui bahawa kekasihnya selama ini telah menipu dirinya, namun begitu dia tetap bersabar dan tidak mahu untuk berpisah. Nisha Haque yakin ramai orang pernah berada dalam situasi sebegini, terluka tapi masih lagi bertahan sebab sayang untuk putuskan hubungan tersebut.

‘Yo Yo Oh’ boleh didapati di kesemua plantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Joox, dan juga Apple Music pada 2 Julai 2021.

Nisha Haque

Mengenai Nisha Haque

Nisha Haque merupakan anak tunggal yang berusia 25 tahun. Dia berasal dari Klang, Selangor dan lahir pada 29 Mei 1996. Nisha Haque adalah seseorang yang mempunyai citarasa penampilan yang elegan dan bergaya. Warna kegemaran Nisha Haque adalah warna merah jambu. Hael Husaini merupakan idolanya dan dia berharap yang suatu hari nanti mereka dapat berduet atau berkolaborasi bersama. Nisha Haque juga pernah menyertai program realiti nyanyian, Vokal Mania yang bersiaran di TV3. Selain itu, Nisha Haque turut mempunyai kelab peminat yang digelar ‘Queeny’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Covid Trending | 23

#KitaMalaysia Campaign Offers Liberating Business Packages For SMEs This National Day Celebration

Jalil Hamid | 24

Senarai Program Menarik Sempena Sambutan Aidiladha 2021 di Rangkaian RTM