in

Senarai Peserta MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua

[dropcap]P[/dropcap]ada hari Selasa lalu, 9 April lalu, Budiey telah hadir di Sidang Media & Pelancaran Program Realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang di restoran The Bee, Publika, Solaris Mont Kiara.

Senarai 19 orang selebriti atau peserta yang menyertai MasterChef Selebriti 2 ialah Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang, Datuk Aznil Nawawi, Zain Saidin, Norish Karman, Cat Farish, Celina Khor, Sathiya, Yassin Yahya, Afiq Muiz, Rozita Che Wan.

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Sharifah Shahora – Persaingan & Keunikan 

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Keroz Nazri – Populariti & Cabaran

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Sabhi Sadhi – Sejauh Mana Sabhi Pandai Masak?

Atas cetusan fenomena, penerimaan dan sambutan yang sangat menggalakkan, Astro Ria pastinya mahu meneruskan legasi untuk membawa program hiburan sambil beramal yang berteraskan bidang masakan ini ke kaca TV sekali lagi. Menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan menarik, malah dikatakan lebih menarik dari apa yang dipaparkan di musim pertama.

Pemilihan 19 peserta program pertandingan realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua dibuat berdasarkan kepada perwatakan menarik yang dimiliki mereka tanpa perlu melalui sebarang uji bakat.

Masterchef Selebriti Malaysia

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pemilihan cara itu dilakukan bukan kerana ingin mewujudkan elemen drama mahupun kontroversi dalam program pertandingan realiti itu.

“Pemilihan selebriti pada kali ini lebih kepada karakter mereka di mana program MasterChef Selebriti kali ini akan tampil lebih ceria dengan perwatakan ‘gila-gila’ mereka. Tetapi sebelum ditawarkan menyertainya sudah pasti pihak kami telah bertanyakan mengenai kepakaran mereka memasak. Lagipun menjadi perkara biasa dalam sebuah program realiti di mana akan ada elemen-elemen drama.”

Rozita Che Wan

Zain Saidin (kiri) bersama kekasihnya Rozita antara yang dijangka bakal mendapat perhatian.

Tambah Raqim, bagaimanapun, program itu masih lagi mengekalkan kualiti yang memberi fokus terhadap persembahan masakan di mana 80 peratus selebriti yang dipilih sememangnya pakar dalam masakan manakala 20 peserta lain perlu digilap bakat mereka.

[pullquote align=”right”]MasterChef Selebriti 2 setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).[/pullquote]

Masterchef Selebriti 2 masih lagi mengekalkan konsep serupa di mana barisan selebriti akan diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan mental dan fizikal di dapur. Bersiaran selama 10 minggu dan 40 episod kesemuanya dengan mengekalkan pengkritik dan juri tetap yang sama.

Selain daripada konsep dan juri yang dikekalkan, Budiey juga mendapat tahu ramai penaja yang hebat-hebat tampil untuk menaja program ini termasuklah Panasonic yang menjadi penaja utama program ini.

Program ini juga akan disiarkan selama empat kali seminggu dan akan bersiaran selama 10 minggu dengan mengekalkan barisan juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir, dan Chef Adu Amran.

“Kami percaya, para penonton akan lebih teruja melihatkan kepakaran selebriti memasak pada musim kedua ini. Apatah lagi, apabila melihat keletah spontan mereka ketika diberi tugasan memasak.” kata Raqim.

Selain itu, antara inisiatif terbaru musim kali ini adalah menampilkan peraduan drama dalam talian yang mengajak peminat rancangan ini memuat naik video di laman sosial Masterchef Selebriti Malaysia. Video ini menonjolkan bakat mereka meniru gaya artis sambil memasak dan pada akhir musim pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah menarik dari Astro.

MasterChef Selebriti 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Masterchef Selebriti Malaysia

Sharifah Shahora

Lydiawati

Radhi

Keroz Nazri

Norish Karman

Syura

Syanie

Img_5183

Rozita Che Wan

Michael Ang

Zain Saidin

Cat Farish

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

17 Pelajar Cemerlang Menerima Biasiswa Dari Maxis

Photos Siwon Choi with LINE World’s Hottest Mobile Messenger