in

Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis

SETELAH mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru Imam Muda!

4635537134 7D3E89327F O | 4

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Sepuluh orang calon Imam Muda yang dicari oleh saluran gaya hidup famili Islam; Astro Oasis melalui sesi pencarian dalam usaha untuk memecah tradisi bagi memulakan sebuah perjalanan kehidupan telah ditemui.

Senarai Peserta Program TV – Imam Muda

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

4634934373 F184A607D7 O | 5

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata:“Saya bagi pihak Astro Oasis berasa amat bersukur ke atas penerimaan orang ramai terhadap program siri pencarian IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran ini.

“Sepuluh orang yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor). Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai.”

Di sinilah lahirnya tanggungjawab kami untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang dapat diselaraskan bagi penerimaan calon semuda 19 tahun hingga 27 tahun.

“Kami di Astro berasa amat teruja kerana dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi seorang Imam Muda yang terunggul dan dapat melahirkan generasi baru sebagai pelapis-pelapis bagi tokoh- Timba ilmu agama menerusi program realiti tokoh agama kelak,” sambungnya.

Yang Berbahagia Uztaz Dzulkarnain Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program pencarian ini.

Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung. Pengalaman beliau yang pernah mewakili negara bagi Pertandingan Tahfiz dan Tarranum di peringkat antarabangsa pastinya dapat memberi manfaat kepada calon-calon Imam Muda dan penonton-penonton secara amnya.

“Kesudian Uztaz Zul untuk menjadi pengacara bagi program ini adalah amat dihargai kerana kami percaya pengalaman beliau sebagai pengacara bagi program interaktif pembelajaran Al-Quran di Astro Oasis; Kalam Suci dapat diaplikasikan ke dalam program Imam Muda di samping ilmu agama yang dimiliki beliau,” tambah Izelan lagi.

Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, pukul 6.30 petang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang
sesi uji bakat.

Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih mengikuti kelas dan aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.55 petang mulai 26 Mei.

Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam mulai 28 Mei sebanyak sembilan episod.

Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.

Calon-calon dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.

Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Adira Ku Ada Kamu

Segmen Masakan Babas TV3