in

Senarai Penuh Pencalonan Akhir Anugerah Industri Muzik AIM17

Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) semakin hampir dan sebentar tadi satu sidang media telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengumumkan senarai lima calon akhir yang layak bertanding untuk acara berpestij itu. Anugerah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga industri muzik ini akan mempertandingkan 24 kategori kesemuanya dan semua yang layak dicalonkan adalah album dan single yang diterbitkan pada 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

Setiap tahun pasti ada perubahan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur AIM untuk selari dengan perubahan industri muzik sekarang ini. Jika tahun dahulu AIM buat julung kalinya memperkenalkan 12 kategori khusus untuk mengiktraf single-single yang diterbitkan, tahun ini AIM telah memutuskan untuk membenarkan penyertaan album-album daripada genre hip hop dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk bertanding dalam kategori ‘Album Hip Hop Terbaik’.

Kalau tahun lalu, kumpulan-kumpulan indie yang mendominasi, tetapi senarai pencalonan AIM17 kali ini sudah bertukar corak. Jika diperhatikan, ramai juga artis lama yang turut tersenarai. Seperti biasa, Dato’ Siti Nurhaliza berjaya menempatkan diri. Diva popular ini layak bertanding bagi empat kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) menerusi lagu “Ku Percaya Ada Cinta”, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu “Amarah” (duet dengan Krisdayanti), Album Pop Terbaik melalui album ‘Tahajjud Cinta’ dan ‘CTKD’ serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu melalui lagu “Sebagai Teman”.

Dayang Nurfaizah juga tidak kurang hebatnya, dia merupakan saingan kepada Dato’ Siti untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) dan Album Pop Terbaik. Selain itu, album Dayang berjudul ‘Dayang Live’ berjaya tercalon dalam kategori Rakaman Album Terbaik.

Tidak ketinggalan, Jamal Abdillah, Hattan, Noraniza Idris, Flop Poppy dan Jay Jay. Masing-masing berjaya tercalon dalam satu kategori. Jamal misalnya, tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki) menerusi lagu “Tak Hilang Cinta Di Dunia” dan Jay Jay dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu “Permaisuriku”, ciptaan Omar K dan Azlan Abu Hassan.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di SIdang Media AIM17 semalam

Bagaimana pula dengan artis baru? Azlan & The Typewriter, Bunkface, Yuna, Prema Yin dan Tomok tersenarai sebagai calon Artis Baru Terbaik. Walaupun ada di antara mereka ini bukanlah benar-benar baru tetapi nama mereka tercalon kerana muncul dengan menggunakan nama baru.

Faizal Tahir juga mampu tersenyum apabila lagu dendangannya “Bencinta” tersenarai dalam dua kategori iaitu Lagu Rock Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki). Kalau tahun lepas, kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain tercalon untuk Artis Baru Terbaik, kali ini mereka tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik pula. Malah, album ‘Mencari Konklusi’ dari Hujan turut dicalonkan untuk Album Rock Terbaik.

Lain-lain artis yang turut tercalon dalam AIM17 Vince Chong , Mawi, Hazami, InTeam, Rabbani, Disagree, Ahli Fiqir, Ayu OIAM, Pop Shuvit, Saujana, Aizat dan Maximus.

Secara keseluruhan, jumlah pencalonan yang diterima oleh Akademi pada tahun ini meningkat seiring dengan peningkatan pasaran muzik dengan jumlah 925 pencalonan, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan paling ketara dilihat dalam pencalonan untuk 12 kategori single.

AIM17 akan menemui anda secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 Mei mulai jam 8.30 malam di saluran ntv7. Siaran langsung ini dibawakan bersama oleh Celcom, sebagai penaja utama serta rangkaian radio rasmi, Hot dan Fly FM. [sumber]

1. Artis Baru Terbaik – Artis
Best New Artiste – Artiste

Artis / Artiste
1.Azlan & The Typewriter
2.Bunkface
3.Prema Yin
4.Tomok
5.Yuna

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Artis
Best Vocal Performance In A Song (Male) – Artiste

Artis / Artiste Lagu / Song
1.Faizal Tahir Bencinta
2.Hazami Survivor
3.Jamal Abdillah Tak Hilang Cinta Di Dunia
4.Riz Kehilangan Kamu
5.Vince Chong Buah Hati

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Artis
Best Vocal Performance In A Song (Female) – Artiste

Artis / Artiste Lagu / Song
1.Dato’ Siti Nurhaliza Ku Percaya Ada Cinta
2.Dayang Nurfaizah Hilang (Live Version)
3.Jaclyn Victor Bertamu Di Kalbu
4.Juwita Suwito Sejak Hadirmu
5.Yuna Dan Sebenarnya

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu -Artis
Best Group Vocal Performance In A Song – Artiste

Artis / Artiste Lagu / Song
1.Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti Amarah
2.Dj Fuzz & Malique Feat Salam Cerita Kedai Kopi
3.Inteam Allahu Rabbi
4.Rabbani Kejora Sinar Zaman
5.Ruffedge Pemuja Dari Jauh

5. Kulit Album Terbaik – Pereka
Best Album Cover – Designer

Pereka / Designer Album / Album Artis / Artiste
1.Sarah Joan Mokhtar – To Prevent The Earth From Moving With You/ Disagree
2.Aida / Nizam Rahmat – Liyana Jasmay / Liyana Jasmay
3.Ong Cheng Han – All About Rynn / Rynn Lim
4.Rewan Ishak – The Great Battle/ Sevencollar T-Shirt
5.Anthony Ho – Kronologi Cinta /Vince Chong

6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Best Engineered Album – Engineer

Jururakam / Engineer Album / Album Artis / Artiste
1.Greg Henderson – Into… Akasha / Akasha
2.Aubrey Suwito, Audi Mok, Sanjeevi, Azlan Abu Hassan, Man
Wtb, Anton Morgan, Nick Lee, Cl Toh & Greg Henderson – Inspirasi Ayu
3.Alvin Koh, Jim Teh & Peter Chong – Dayang Live / Dayang Nurfaizah
4.Zairi Ariffin – Inderawala / Hattan
5.Greg Henderson / Murat Oezmen – Eyo Eyo / Prema Yin

7. Video Muzik Terbaik – Pengarah
Best Muzik Video – Director

Pengarah / Director Video Muzik / Music Video Artis / Artiste
1. Krol – Fiqir- Fiqir / Ahli Fiqir
3.The Commonist, Barney Chua- Haley / Disagree
2.Razz Kazz – Osaka / Disagree
4.Nam Ii Cho – Oh! Sizuka / Pop Shuvit
5.Kerol – Eyo Eyo / Prema Yin

8. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Best Ethnic Pop Song – Composer / Lyricist

Lagu / Song Komposer / Composer Penulis Lirik / Lyricist Artis / Artiste
1.Dusta Berkalang – Hafiz Hamidun Fedtri Yahya Aiman
2.Penangan Rindu – Tok Wan Aie Ghazala Ghazala
3.Barangkali – Aidit Alfian Ad Samad Mawi
4.Enjut – Cat Farish & Adeeb Ahmad Fedtri Yahya Noraniza Idris
5.Inang Anak Perantau – Manis Helma Atie Saujana

9. Album Nasyid Terbaik – Produser / Artis
Best Nasyid Album – Producer / Artiste

Album / Album Produser / Producer Artis / Artiste
1.Syukran Hafiz Hamidun Hafiz Hamidun
2.Allahu Rabbi Frizdan, Amin Inteam, Amin Inteam
Nordin, Suhaimi, Shamir
Supaat, Salleh Brotherz
3.Suatu Perjalanan Farihin Abdul Fatah Marjan
4.Mahabbah Mohd Asri Ubaidullah Rabbani (Rabbani Productions (M) Sdn Bhd) & Dakmie
5.Nota Cinta Isman Isam, Faizal Osman, Saujana Munif Ahmad, Sufian Amrin,Hafiz Hamidun, Azalinor, Adi

10. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Best Nasyid Song – Composer / Lyricist

Lagu / Song Komposer / Composer Penulis Lirik / Lyricist Artis / Artiste
1.Allahu Rabbi Amin Inteam Zubaralhadid &
Amin Inteam Inteam
2.Dia Muhammad Frizdan Frizdan Inteam
3.Kejora Sinar Zaman Dakmie B.Nury Rabbani
4.Mahabbah Dakmie B.Nury Rabbani
5.Syahadah Dakmie B.Nury / Hj. Abu Rabbani Hassan Morad

11. Album Rock Terbaik – Produser / Artis
Best Rock Album – Producer / Artiste

Album / Album Produser / Producer Artis / Artiste
1.Adrenalin Audi Mok, Faizal Tahir, Faizal Tahir
Ahmad Izham Omar
2.Rasa Andy Flop Poppy
3.Mencari Konklusi Noh Hujan Hujan
4.Prolog 2009 Shamril Salleh Maximus
5.Rasopariso Izo Xpdc Xpdc

12. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Best Rock Song – Composer / Lyricist

Lagu / Song Komposer / Composer Penulis Lirik / Lyricist Artis / Artiste
1.Kelibat Si Penyair Tass & Lan Tass & Lan Azlan & The Typewriter
2.Situasi Sam Sam Bunkface
3.Bencinta Audi Mok Faizal Tahir Faizal Tahir
4.Mencari Konklusi Noh Hujan Noh Hujan Hujan
5.Drama King Taja Tun Teja Meet Uncle Hussain Feat Black

13. Album Pop Terbaik – Produser / Artis
Best Pop Album – Producer / Artiste

Album / Album Produser / Producer Artis / Artiste
1. Tahajjud Cinta Eddie Marzuki, Audi Mok, Tya Subiakto, Dato’ Siti Nurhaliza Dato’ Siti Nurhaliza
2.Ctkd Aubrey Suwito, Audi Mok, Charly St12, Dato’ Siti Nurhaliza
Dato’ Siti Nurhaliza, Krisdayanti & Kris Dayanti
3.Dayang Live Jenny Chin Dayang Nurfaizah
4.Aku Stacy Audi Mok, Ajai, Edry Kru, Kieran Kuek Stacy
5.Kronologi Cinta Vince Chong, Greg Henderson & Sharon Paul Vince Chong

14. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Best Pop Song – Composer / Lyricist

Lagu / Song Komposer / Composer Penulis Lirik / Lyricist Artis / Artiste
1. Pergi Pete Teo Amran Omar Aizat
2. Masih Jelas Aidit Alfian Ad Samad Hafiz
3.Permaisuriku Omar K / Azlan Zel J. Jay Abu Hassan
4.Cinta Ada Fred Chong Ajmin Mudin Karen Kong/Dato’ Sheila Majid/Jaclyn Victor
5.Dan Sebenarnya Yuna Yuna Yuna

15. Album Hip-Hop Terbaik – Produser / Artis
Best Hip Hop Album – Producer / Artiste

Album / Album Produser / Producer Artis / Artiste
1. Irama Berima Aj Pop Shuvit, Dj Uno, Illegal Ahli Fiqir Choy, Yasin, Syaheed & Ahli Fiqir
2.Jian Altimet, Terrytyelee, Avex, B Altimet
Edsty, Qumran
3.1212 Ariz, Dedeq, Don M Colabr8
4.K.O. The Mixtape Dj Fuzz & Malique Dj Fuzz & Malique
5.The Turning Point Point Blanc, Major R.E., Alvin Gold Point Blanc

16. Lagu Hip-Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Best Hip Hop Song – Composer / Lyricist

. Lagu / Song Komposer / Composer Penulis Lirik / Lyricist Artis / Artiste
1.Chantek Altimet Altimet Altimet
2.Syukur Avex Altimet Altimet
3.Sayang-Sayang Dj Fuzz Altimet Altimet, Dj Fuzz
4.Masih Hip Hop Dj Fuzz & Malique Daly, Altimet Dj Fuzz & Malique
& Malique Feat Daly (Ahli Fiqir)
& Altimet
5.Cerita Kedai Kopi Malique, Dj Fuzz & Salam Malique Dj Fuzz & Malique Feat Salam

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Produser / Artis
Best Local English Album – Producer / Artiste

Album / Album Produser / Producer Artis / Artiste
1.Yeah Ajai Amanda Imani
2.To Preven T The Earth Lo Disagree From Moving With You
3.Running Hazami Hazami
4.The Turning Point Point Blanc, Major R.E., Point Blanc Alvin Gold
5.The Great Battle Jeffrey Little & Sevencollar Sevencollar T-Shirt T-Shirt

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Best Local English Song – Composer / Lyricist

Lagu / Song Komposer / Composer Penulis Lirik / Lyricist Artis / Artiste
1.Prom Queen Sam Sam Bunkface
2.Haley Mohamed Zahid Yon Mohamed Zahid Yon Disagree
3.Osaka Mohamed Zahid Yon Mohamed Zahid Yon Disagree
4.Survivor Hazami Hazami Hazami
5.Deeper Conversation Yuna Yuna Yuna

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara
– Artis Best Malay Song Performed By A Foreign Artiste – Artiste

Lagu / Song Artis / Artiste
1Teruskanlah Agnes Monica
2.Aku Wanita Biasa Krisdayanti
3.Madu Tiga Muhammad Dhani
4.Terlanjur Cinta Rossa Feat Pasha Ungu
5.Nuansa Bening Vidi Aldiano

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
Best Musical Arrangement In A Song – Arranger

Penggubah / Arranger Lagu / Song Artiste / Artis
1.Aubrey Suwito Sebagai Teman Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
2.Acis Masih Jelas Hafiz
3.Aubrey Suwito Sejak Hadirmu Juwita Suwito
4.Jenny Chin Cinta Ada Karen Kong/ Dato’ Sheila Majid/Jaclyn Victor
5.Greg Henderson Eyo Eyo Prema Yin

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. SEMENJAK DUA MENJAK NIH, AIM CAM DAH TAK BAPER BEST DAH..EH EH..CT DAH TK PAKAI TUDUNG/SELENDANG KER TU..? ATAU MUNGKIN DIA COVER CKIT RAMBUT DIA NGAN CERKUP KALER ITAM KOT

  2. ala biala siti nk pakai tudung ke tak…nape nk pening?….bukan die pakai terdedah2 pun…sopan lagi apa…kira mcm dulu2 jugak pakaian die cume kali ni siti pakai tudung fesyen mcm tu..so biarlah…yg ko pakai tudung tu mcm la betul sgt…pakai tudung pun tah2 tak pakai anak tudung…so jgn ckp org…bnyak artis yg tak pakai tudung n terdedah sana sini nape ko tak nk complain????? sebab siti adalah nama besar kat industri sebab tu la sume org dengki…jgn la dengki2,….biarlah siti…die dh berjaya…yg ko bertudung berjayakah anda dalam hidup seperti siti dalam bidang masing2??…tak de pun kan?…so…diam.

  3. siti guna tudung ke x.cukupla..jangan la pertikaikan lagi..dia tetap cantik pe..
    good luck dato ct…luv u..muah2…nak dato siti menang lagi tahun ni..
    halo..halo..kadang2 org yang bertudung penuh tu pun bukan nye baik sgt pun..kepala bertudung tapi mulut bila bercakap x betudung..kan..btol x?

  4. Org yang marah pd org yg mention psl ct btudung mcm menidakkan hukum Allah bahawasanya membuka aurat wanita itu haram, dan Allah telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran tentang hukum menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada. Memanglah org lain kat luar sana ramai lg tak btudung tp kat sini kita mention psl siti btudung. Dlm quran pun ade surah an-nas supaya kita ingat mengingati antara manusia. So by mentioning here org lain yg baca pun akan berfikir dan ingat. Wallahua’lam.

  5. Tahniah Riz tercalon Top5 AIM17. Riz mmg brbakat…semoga berjaya mencapai impian anda tuk jd artis terkenal tnh air. Good luck.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tahanan Reman Pelakon Lelaki Edar Dadah Dilanjutkan

Gambar Fizo Omar di Sidang Media Drama Bila Musang Berjanggut