in

Gambar Fizo Omar di Sidang Media Drama Bila Musang Berjanggut

Pada 17 Mac lalu (semalam), TV3 telah mengadakan sidang media & majlis ramah mesra dengan pelakon drama Slot Lagenda – Bila Musang Berjanggut. Drama bersiri 20 episod ini diadaptasi dari drama popular Allahyarham seniman Tan Sri P.Ramlee dan diberikan nafas baru dengan jalan cerita komedi dan melucukan. Ramai pelakon utama drama ini hadir sebagai satu sokongan dan publisiti untuk drama ini.

Antara pelakon yang hadir ialah Fizo Omar, Nur Fathia, Shahrulnizam, Sheila Rusly, Mahmud Ali Bashah, Kuna, Datuk Jalaluddin Hassan dan Zaibo.

Tumpuan diberikan kepada pelakon utama iaitu Fizo Omar yang membawa watak Ashraf dalam drama ini. Budiey pasti ramai pembaca yang akan menonton drama ini kerana siri terbaru ini pasti mencuit hati dan berhibur dengan kompilasi muzik-muzik menarik yang akan membawa anda mengimbau kembali nostalgia filem lagenda – Musang Berjanggut.

Jadi jangan lupa untuk tonton drama ini mulai 29 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Fizo hadir dengan menggayakan jaket hitam dengan pakaian kasual berT-shirt dan seluar hitam. Tak lupa dengan kaca mata hitamnya. Santai & bergaya kemas! Sempoi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Akhir Anugerah Industri Muzik AIM17

Pertandingan Nasyid Piala Rabbani