in , ,

Senarai Penuh Pemenang Trofi KNKV Viral Award 2024 di Zepp Kuala Lumpur

Satu-Satunya Anugerah Yang Mengiktiraf Digital Influencer Tanah Air Yang Cukup Berprestij & Gah di Malaysia!

KNKV Group syarikat pengiklanan, hub media dan pengurusan acara yang meningkat naik dalam merealisasikan pelbagai kempen serta pemasaran bersepadu membuka tirai ‘event calendar’ mereka bagi tahun 2024 dengan menghargai para pempengaruh dan pencipta kandungan digital menerusi KNKV Viral Award 2024 yang telah berlangsung pada Selasa, 20 Februari 2024 bertempat di Zepp Kuala Lumpur. 

Ini merupakan tahun ke-2 bagi acara berprestij ini dan bakal menjadi acara tahunan untuk menghimpunkan yang terbaik serta terulung dalam arena penciptaan konten digital dan sebagai satu platform penghargaan kepada penggiat, pempengaruh digital yang telah menukar landskap era digital tanah air ke arah yang lebih positif.

Acara tahun ini diselaraskan dengan visi Malaysia Madani iaitu membina satu rangka kerja yang mampan di dalam komuniti digital negara yang akan memberi impak yang konstruktif terhadap masyarakat. 

KNKV Viral Award 2024 dimeriahkan dengan lebih 1,000 penonton di arena dan menampilkan kehadiran istimewa tokoh pemimpin muda iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli Bin Abd Halim.

Acara anugerah ini turut menerima kehadiran YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. 

Finalis bagi setiap kategori telah dinilai dan dipilih berlandaskan impak kandungan setiap content creator terhadap komuniti digital negara. Barisan juri professional KNKV Viral Award 2024 adalah: 

1. Profesor Adjung Haji Adam Richman
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group yang bertindak selaku ketua juri. 

2. Wan Utama
Pengarah Eksekutif KNKV Viral Award 2024 

3. Dato’ Kamil Othman Pengerusi FINAS 

4. Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim Penasihat Shariah KNKV Group 

5. Nasrul Hakim Bin Md Noh Timbalan Pengarah Produksi TV RTM 

6. Puan Eneng Faridah Iskandar
Ketua Bahagian Perancangan Strategi SKMM 

7. Rashid Sibir
Penerbit & Pengarah Filem/Drama 

“Dalam Malaysia kita belum ada lagi anugerah yang mengiktiraf dan menghargai golongan pempengaruh dan selebriti media sosial di tiga platform facebook, tiktok dan Instagram. Kalau ada pun khusus satu platform berbanding kami yang menggabungkannya. Malah kita ada penjurian yang profesional dan arif dalam bidangnya bagi memastikan kualiti pemenang disamping undian peminat,” jelas Profesor Adjung Haji Adam Richman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group. 

Tambah beliau, “Kita mengumpulkan sejumlah 600 pempegaruh yang bersaing pada peringkat undian, dah kita pilih hanya 31 finalis untuk di bawa kepada panel juri”. 

Tujuh pemenang bagi Viral Laureate Award iaitu kategori anugerah khas pada malam yang merupakan penghargaan tertinggi kepada penggiat tanah air dari pelbagai latar belakang dan industri yang telah meninggalkan legasi dan pencapaian yang memberi impak positif kepada negara serta masyarakat.

Senarai penerima trofi Viral Laureate Award yang akan hadir pada malam KNKV Viral Award 2024 adalah: 

i) Adrian Teh – Viral Laureate Film Director Award

ii) Alif Satar – Viral Laureate Influencer Award

iii) Zhafvlog – Viral Laureate Film Influencer Award

iv) Sofyank – Viral Laureate Content Creator Award

v) Dato M Nasir – Viral Laureate Song Award – lagu ‘Tiara’ vi) Fara Fauzana – Viral Laureate Golden Mic Award 

vii) Beto Kusyairy – Viral Laureate Actor Award 

Senarai penuh pemenang kategori lain adalah:

Best National Original Viral Video – Pemenang Awanaz Style 

Best National Original Islamic/Motivational Content – Pemenang Mika and Daddy 

Best National Original Educational/Informative Content – Sir Asai

Best National Original Business Content – Hafiz Mahamad

Best National Original Comedy Content – DavidVidzKumbibi

Best National Original Food Content – Hisham Raus 

Best National Educational/Informative Influencer – Sir Asai

Best National E-Sports Influencer – Daddy Kr3w

Best National Health/Beauty/Sports Influencer – Dr Samhan

Best National Motivational/Business Influencer – Inche_lebah

Best National Comedy Influencer – Ryan Bakery 

Best National Food Influencer – Che Sayang Kitchen

Best National Entertainment Influencer – Mek Yun

Best National Viral Page/Channel – Mstar Online

Malaysia Madani Special Award – Shermine Hau-Ah Moi

Best National Influencer – Hafiz Mahamad 

Best National Content Creator – Ryan Bakery 

Akhir sekali, satu trofi khas iaitu Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award 2024 diserahkan kepada penyanyi popular, Aina Abdul atas pencapaian yang penuh inspirasi sepanjang sedekad kariernya sebagai penyanyi. 

“Tahun depan kita merancang untuk menganjurkan di dalam stadium supaya lebih ramai penonton boleh hadir bagi menyatakan sokongan kepada pempengaruh kesayangan mereka. Untuk tahun ini, kita independently finance this project up to RM2 juta. Kalau kita ada penajaan untuk tahun hadapan kita boleh buat yang lebih gah untuk meraikan pempegaruh yang telah berperanan dalam menerbitkan konten bermanfaat serta mewujudkan suasana yang positif dalam media sosial supaya media digital kita lebih positif untuk generasi masa depan.” ujar Profesor Adjung Haji Adam Richman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group selaku penganjur. 

Tahniah buat semua pemenang!~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Destinasi Super T: Jelajah Konsep Bougie Kampung di The Starhill Kuala Lumpur

Konsert Wali X Setia Cari Jodoh & Dawai In Penang Berlangsung Meriah!