in , ,

Tahniah! Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Podcast SYOK 2022 

Penggiat podcast di Malaysia dan kisah inspirasi mereka diiktiraf di ‘Anugerah Podcast SYOK 2022’ yang berlangsung pada 28 Disember, di Simply Live by Tin Box Kuala Lumpur.

Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan undian rakyat Malaysia untuk podcast kegemaran mereka menerusi laman rasmi SYOK dari 1 hingga 22 Disember 2022.

Thinker Studios diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Podcast SYOK 2022 bagi kategori istimewa laitu Podcast Kegemaran Persendirian menerusi program PodcasThinker.

Thinker Studios, Amelia Henderson Terharu Raih Anugerah SYOK Podcast 2022

Anugerah yang berlangsung pada malam Rabu bertempat di Simply Live by Tin Box itu menyaksikan wakil dan juga merupakan podcaster Podcas Thinker laitu Syafa mengambil trofi kemenangan tersebut.

“Saya ingin berterima kasih kepada SYOK podcast kerana menganugerahkan kami dengan anugerah ini iaitu sesuatu yang amat kami nantikan. 

“Sebab kami bermula pada tahun 2019 dan pada 2022 akhirnya dapatlah kami kecapi manisnya sedikit. Alhamdulillah.

– Syafa
PodcasThinker

Tidak tidak ada orang lain yang kami boleh ucapkan sebanyak-banyak terima kasih melainkan kepada pendengar.

“Terima kasih kerana selalu menyokong kami sejak dari mula-mula kami memulakan podcast. Terima kasih banyak-banyak,”

– Syafa
Studio Sembang

Selain itu, pengacara rancangan Gempak Most Wanted, Amelia Henderson juga dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori yang sama menerusi program Studio Sembang. 

“Semua ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa tetamu jemputan yang memberikan kepercayaan kepada kami.

“Audience menakjubkan yang sering menonton setiap minggu dan sudah pasti tanpa ragu-ragu, dengan adanya pasukan terbaik di dunia, ini adalah untuk anda semua,” 

– Amelia Henderson
Bahasa Melayu_ Confession Bilik Gelap

Sementara itu, wartawan Harian Metro iaitu Sudirman Mohd Tahir telah memenangi kategori Syok Podcast Sepanjang Tahun Bahasa Malaysia menerusi program kendaliannya disiarkan di aplikasi Syok berjudul Confession Bilik Gelap.

“Memang tak sangka kerana podcast lain yang tercalon adalah podcast yang memang ada penggemarnya tersendiri.

“Confession Bilik Gelap ini baru sahaja masuk musim ketiga jadi bila tercalon top 5 itu pun sudah cukup berterima kasih. “Bila diundi untuk menang, terasa sangat dihargal. Terima kasih kepada SYOK podcast kerana memilih saya sebagai salah seorang podcaster untuk segmen tersebut.

“Keunikan Confession Bilik Gelap ini kelainan dan keunikannya adalah cerita-cerita yang dibawa itu sangat eksklusif dan tiada di tempat lain,”

– Sudirman Mohd Tahir
TTYL_ Talk To You Later

Calon-calon ‘Anugerah Podcast SYOK 2022’ dalam lima kategori merangkumi pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Kategori Pemenang

SYOK Podcast of the Year

• Inggeris: The Podball Sportcast

• Bahasa Malaysia: Confession Bilik Gelap

• Cina: Moon Parenting

• Tamil: Raagavil Marma Desam

SYOK Most Popular Podcast 

• Inggeris: Let’s Talk Marketing with Ceddy

• Bahasa Malaysia: Ultras Kuaci

• Cina: Nelson & Huan

• Tamil: Raagavil Marma Desam

SYOK Favourite Podcast Episode

• Inggeris: The C Word S4E3

• Bahasa Malaysia: KINABALUMPUR EP9

• Cina: Malaysian Roads EP5

• Tamil: Pei Diary EP1

Favourite Radio Podcast

• Inggeris: HITZ Morning Crew Rewind

• Bahasa Malaysia: Pagi Di SINAR

• Cina: GOXUAN Pick

• Tamil: Best of Hyper Maalai

Favourite Independent Podcast

• PodcasThinker

• Studio Sembang

• TTYL: Talk To You Later

Pemenang dinilai berdasarkan ketulenan, keunikan, penceritaan, jumlah pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses pencalonan. 

Rakyat Malaysia telah membuang undi untuk kesemua lima kategori, termasuk dua kategori: ‘SYOK Podcast of the Year’ dan ‘Favourite Independent Podcast’ juga menerima penilaian daripada pihak juri-juri profesional. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luqman Hafidz & Isteri Disahkan Sudah Bercerai Pada 31 Jun Lalu

NCT DREAM

NCT DREAM, WayV, KARD & ALICE Bakal Perform di SEEN FESTIVAL di KL 2023