in , ,

NCT DREAM, WayV, KARD & ALICE Bakal Perform di SEEN FESTIVAL di KL 2023 

Temui NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE secara langsung di SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023

Masa untuk peminat K-Pop, bersuka ria! Adakah anda bersedia untuk menonton dan bertemu secara langsung dengan idol kegemaran anda, Januari ini? 

Sempena SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023, penganjur CM Live berbesar hati membawa barisan bintang popular seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE untuk menghibur peminat tempatan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 mulai 6:00 petang. 

Impian peminat NCT DREAM untuk menonton persembahan mereka pasti menjadi kenyataan. Kumpulan yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last serta lagu-lagu hits yang lain itu memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment. 

Poster SEEN FESTIVAL In Kuala Lumpur 2023

NCT DREAM mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce. 

Menyertai barisan festival ialah WayV, yang bermaksud “We Are Your Vision”, kumpulan lelaki yang ditubuhkan oleh SM Entertainment. Mereka memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama. Berikutan penampilan mereka di SMTOWN Live 2022 pada Ogos tahun ini, mereka membuat kemunculan semula dengan album mini keempat mereka Phantom pada bulan Disember. 

Turut memeriahkan SEEEN FESTIVAL ialah kumpulan KARD bersama empat ahli iaitu BM, J.seph, Somin dan Jiwoo. Mereka memulakan kerjaya pada penghujung 2016 dengan single Oh NaNa dan kemudiannya mencipta fenomena dengan Don’t Recall yang mendapat perhatian besar bukan sahaja di seluruh Asia tetapi juga dunia Barat, menandakan kuasa bintang mereka merentasi sempadan. 

Turut membuat persembahan pada festival itu ialah kumpulan gadis 7 ahli ALICE yang terdiri daripada Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong yang masing-masing melambangkan hati, angin, air, langit, hutan, bintang dan bulan. 

ALICE membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2017 dengan keluaran mini album pertama mereka WE, dan terkenal dengan rangkaian hits mereka termasuk Pow Pow, Summer Dream, JACKPOT, Power Of Love dan DANCE ON. 

Dengan kuasa sentuhan mata sebagai titik fokus, SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 akan mengadakan SEEN ZONE khas untuk peminat merasai detik mendebarkan apabila mata mereka bertemu mata idola mereka. 

Nantikan kerana tiket dan maklumat lain akan diumumkan tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AMELIA HENDERSON

Tahniah! Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Podcast SYOK 2022 

TRAVEL

Tourism Selangor Terus Melangkah Maju Seiring Tahun Baru 2023