in , ,

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-36

Tahniah buat lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mencipta kejutan apabila mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishammuddin muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Menewaskan 11 lagu yang lain, melayakkan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah  membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi bersalut emas.

Naib juara dimenangi penyanyi Marsha Milan dengan lagu Cinta yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.

Seperti menepati ramalan, Aina Abdul memenangi Vokal Terbaik, manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan

Juara Tempat Pertama – Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah)

Naib Juara: Cinta – Marsha Milan 

Tempat ketiga: Mimpi – Haqiem Rusli 

Vokal Terbaik: Aina Abdul – Sepi

Persembahan Terbaik: Marsha Milan – Cinta

Penyanyi Pilihan Popular AJL: Aina Abdul & Khai Bahar

Anugerah Juara Lagu ke-36 diadili oleh Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato’ Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan

AJL36 dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Sissy Iman serta Sean Lje. Pembuka tirai disajikan persembahan yang bakal diingati ramai dibarisi oleh Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia. Selain itu, persembahan interlude AJL36 dihiburkan oleh kumpulan Wings.

Anugerah berprestij ini yang berlangsung di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC), kembali dengan kehadiran penonton secara fizikal berskala kecil seramai 200 orang terdiri daripada petugas media dan peminat-peminat.

Membawakan tema Inilah Rentak Kita sebagai tema AJL36, kehadiran penonton dihadkan kepada seramai 200 orang sahaja terdiri daripada kumpulan penyokong finalis yang bertanding.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOIR

Madammu, Pengasas Noir: Dari ‘Queen of Live’ di Media Sosial Hingga Jadi Penaja Utama AJL

Park Seo Jun trending

Pelanggaran SOP di RIUH EK! Berlaku Secara Spontan, MyCreative Ventures Mohon Maaf