in ,

Pelanggaran SOP di RIUH EK! Berlaku Secara Spontan, MyCreative Ventures Mohon Maaf

Insiden tular pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh sekumpulan pengunjung pada program RIUH EK! yang berlangsung di Ayer Hitam, dekat sini pada Jumaat lalu berlaku secara spontan.

Menurut MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV), insiden tersebut berlaku selepas majlis berakhir serta Menteri telah meninggalkan majlis dan ia bukanlah sebahagian daripada atur cara pihak penganjur.

MyCV berkata, pihak penganjur bersama pasukan Jabatan Sukarelawan (Rela) juga telah mengambil tindakan segera dengan meleraikan mereka yang terlibat dan meminta mereka beredar dengan serta-merta.

“MyCV ingin mohon maaf dan akan memastikan insiden sebegini tidak akan berulang di masa hadapan.

“MyCV juga telah mengarahkan syarikat pengurus acara untuk mengambil langkah yang lebih ketat bagi Kembara RIUH di masa hadapan,”

– MyCreative Ventures

Konsert “Riuh Ek!” yang diadakan pada Jumaat lalu merupakan sebahagian daripada program Riuh Keluarga Malaysia oleh kementerian berkenaan yang bertujuan untuk membantu pemulihan industri kreatif yang terkandas akibat wabak Covid-19.

Mengulas lanjut MyCV berkata, pihak polis telah menghubungi dan mengambil keterangan pihak penganjur di mana kerjasama sepenuhnya telah diberi bagi membantu melancarkan siasatan.

“MyCV mengambil berat isu keselamatan dan sentiasa menekankan kepentingan mematuhi SOP dalam semua acara,”

– MyCreative Ventures

Pada masa sama, MyCV turut menyerahkan kepada pihak polis bagi menentukan hasil siasatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-36

SugarBomb

Dari Seorang Graduan Kejuruteraan ke Pemilik Empayar Minyak Wangi SugarBomb