in

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007

Disaksikan oleh kira-kira 5 ribu orang penonton di Arena of Stars, selebriti dan tetamu jemputan serta dipancarkan secara langsung menerusi TV3, Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2007 malam tadi telah merungkaikan jawapan siapa pemilik Bintang Paling Popular.

Budiey ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mawi kerana memenangi anugerah paling dinantikan dan paling ingin dimiliki oleh setiap selebriti. Namun, Budiey rasa tepukan di Arena of Stars tidak segamat Mawi menerima trofi yang sama pada 2 tahun lalu. Buktinya jelas pada undian yang begitu merosot di mana sebanyak 261,555 undi pada tahun lepas berbanding pada tahun ini Mawi meraih hanya 119,268 undian.

Banyak juga kejutan dalam keputusan kali ini. Antaranya kemenangan Dynaz untuk Pelakon TV Wanita Paling Popular, Fara Fauzana membolot 2 anugerah sekaligus, Rusdi Ramli yang berjaya menarik undian terbanyak dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan tak lupa Faizal Ismail yang memecah kekebalan Halim Othman dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

40 pemuzik di bawah pimpinan Ramli M. S mengiringi persembahan hebat semalam menjadikan anugerah ini antara yang cemerlang pernah dijayakan oleh Berita Harian. Namun, malangnya keseluruhan acara semalam amat membosankan penonton sehingga ada yang mengalihkan siaran? Mengapa? Adakah hos yang banyak kali menjerit dengan lakonan yang entah apa-apa? Syiok sendiri? Atau persembahan yang hambar? Atau tidak banyak kejutan dalam keputusan pemenang?

Tahniah Budiey ucapkan kepada Berita Harian atas penganjuran gemilang dan berprestij

Pengacara TV Lelaki Paling Popular
Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Paling Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Paling Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Paling Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Nasyid Paling Popular
Rabbani

Artis Lelaki Komedi Paling Popular
Saiful Apek

Artis Komedi Wanita Paling Popular
Sheila Rusly

Artis Baru Lelaki Paling Popular
Dafi

Artis Baru Wanita Paling Popular
Mila

Pelakon TV Lelaki Paling Popular
Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Paling Popular
Dynaz

Penyanyi Duo Berkumpulan
Sofaz

Penyanyi Lelaki Popular
Mawi

Penyanyi Wanita Popular
Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah Bintang Paling Popular
Mawi

Anugerah Khas Anugerah Pencapaian Sepanjang HayatABP 2007
M. Nasir

Tahniah kepada semua pemenang!

Budiey baru pulang dari Genting jam 2 petang tadi. Letih dan penat berparty di post party semalam pun masih belum hilang. Gambar karpet merah dan post party akan menyusul selepas ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Haneesya Hanee

Terima kasih Kepada Sponsor Bulan Mac 2008

Nora Danish & Ijoy Pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007