in , ,

Nora Danish & Ijoy Menang Anugerah Pakaian Paling Glamour ABP 2007

Entri ini khas buat Syida dan pembaca tersayang sekalian yang tertanya-tanya siapakah selebriti yang memenangi gelaran MOST GLAMOUROUS FEMALE & MALE untuk Anugerah Bintang Popular 2007.

Pengumuman telah dibuat di post party ABP 2007 yang diadakan di Ballroom, Hotel First World dan disampaikan oleh boss besar Berita Harian.

Tahniah, Budiey ucapkan kepada Nora Danish kerana telah mendapat gelaran Pakaian Wanita Paling Glamour dan Ijoy (suami kepada pelakon Sharifah Shahira) kerana dapat memikat hati juri untuk gelaran Pakaian Lelaki Paling Glamour! Setiap seorang daripada mereka menerima wang tunai bernilai RM10,000. Wow! Banyak tu?

Kalau tak silap Budiey, pereka fesyen untuk baju Nora Danish ialah Norazura Mazaruddin. Manakala baju?Ijoy pula direka khas oleh Hazwani Osman. Tahniah buat kedua-dua pereka.

Memang nampak elegan. Tapi hairan juga, elemen batik glam untuk pakaian ini?kurang menyerlah dan tampak terlalu minima? Atau pemilihan cuma dibuat atas dasar menepati gaya elegan dan ‘glamour’?

NORA

Kenapa pakaian Fasha Sandha tak menang? Budiey lihat pakaian Fasha Sandha pun tak kurang glamour dan cantik! Tapi dah tuah dan rezeki Nora Danish. Budiey tak terserempak pun dengan Fasha di Post Party, jadi gambat Fasha pun tak bolehlah disiarkan di sini sebab memang takde dalam simpanan pun.

nora danish
IJOY

?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007

Gambar Selebriti di Karpet Merah di Anugerah Bintang Popular 2007