in , , ,

Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35

Dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni, episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) yang dinantikan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa jam 9 malam tadi.

Persoalan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tahun hadapan telah terjawab, menghentikan gusar para penonton serta barisan semi finalis Muzik Muzik 35. Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lagu terbaik malam tadi adalah BELENGGU RINDU lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35. Selain lagu itu, dua lagu lain yang telah diangkat sebagai lagu terbaik dalam dua episod lalu iaitu ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini dan ‘7 Nasihat’ juga berjaya melangkah ke AJL35.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Dato’ Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35

Berikut 12 Lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-35

BELENGGU RINDU

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong 

Penyanyi: Dato’ Jamal Abdillah ft Wany Hasrita

7 NASIHAT

Komposer & Lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

Penyanyi: Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta

HATI

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Penyanyi: Hael Husaini

SEMALAM

Komposer & Lirik: Aina Abdul

Penyanyi: Aina Abdul

PELUANG KEDUA

Komposer & Lirik : Hael Husaini & MFMF

Penyanyi: Hael Husaini

HUTANG

Komposer & Lirik: Zai Hamzah & Achoi 

Penyanyi: Floor 88

KAU SAKITI

Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong

Penyanyi: Amir Masdi

GUNDAH

Komposer & Lirik: Ernie Zakri, Sharon Paul

Penyanyi: Ernie Zakri

GILA

Komposer & Lirik: Ezra Kong, Noki, Loca B

Penyanyi: Kaka Azraff, Noki, Tuju

JANGAN KHIANATI AKU

Komposer & Lirik: Dark

Penyanyi: Azlan & The Typewriter

EH

Komposer & Lirik: Navigator, Mambang, Zizi Kirana

Penyanyi: Zizi Kirana

AKU BIDADARI SYURGAMU

Komposer & Lirik: Ippo Hafiz, Siti Rosmizah

Penyanyi: Aishah

Lagu manakah yg bakal memenangi AJL 35?

Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35
Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35

TIGA LAGU HAEL MARA KE AJL35

Tiga lagu ciptaan bersama penyanyi dan komposer, Hael Husaini mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 dengan sembilan karya lain, seperti diumumkan pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Tiga lagu itu adalah Belenggu Rindu yang dicipta Hael bersama Ezra Kong dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Single ini turut diangkat lagu terbaik pada episod akhir SFMM35, malam tadi.

Turut mara ke pentas akhir, lagu Hati yang dicipta Hael bersama Ezra dan Peluang Kedua yang diciptanya bersama MFMF. Pada episod pertama SFMM35, Hati dipilih lagu terbaik.

Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35

Dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang didendangkan penyanyi lain turut mara ke AJL 35 yang akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 7 Februari depan.

Lagu itu adalah 7 Nasihat nyanyian Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta yang diumumkan lagu terbaik pada episod kedua SFMM35. Turut bersaing, lagu Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dendangan Aishah.

Turut memburu gelaran Juara Lagu adalah Semalam ciptaan dan nyanyian Aina Abdul serta Hutang dendangan Floor 88 ciptaan Zai Hamzah dan Achoi.

Turut bersaing Kau Sakiti, dendangan Amir Masdi yang dicipta Faizal, Mike, Ezra, Romeo dan Mage serta Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan Noki, Loca B dan Ezra).

Selain itu, lagu Gundah (Ernie Zakri ciptaan Ernie Zakri dan Sharon Paul); Eh (Zizi Kirana ciptaan Zizi, Navigator dan Mambang) serta Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter ciptaan Dark) menempah tiket ke pentas AJL35.

Sebelum ini, dua episod SFMM35 berlangsung pada 20 dan 21 November lalu di lokasi sama.

Tiga puluh lagu hasil undian peminat melalui carta Muzik Muzik 35 bersaing pada SFMM35.

Juri profesional adalah komposer Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri.

SFMM35 dihoskan Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

PELUANG KEDUA, HATI DAN BELENGGU RINDU CIPTAAN HAEL HUSAINI ANTARA 12 LAGU LAYAK KE AJL35

TIGA lagu ciptaan Hael Husaini iaitu Hati, Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dan Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang bakal berlangsung pada 7 Februari depan.

Selain itu, sembilan lagi lagu yang terpilih ialah 7 Nasihat nyanyian Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta, Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Semalam (Aina Abdul), Hutang (Floor 88) dan Kau Sakiti (Amir Masdi).

Turut layak, Eh (Zizi Kirana), Gundah (Ernie Zakri), Gila (Kaka Azraff, Loca B, Noki) dan Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

Lagu Semalam ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul turut berjaya mara ke pentas AJL 35.

Pengumuman itu dibuat di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) episod ketiga yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Selasa.

Pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) itu, Hael turut menggantikan Nabila dengan mempersembahkan lagu Peluang Kedua.

SFMM35 telah bersiaran pada dua episod sebelum ini pada 20 dan 21 November sebelum ditunda selepas salah seorang semi finalis iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Lagu Eh nyanyian Zizi Kirana turut melangkah ke pentas akhir AJL 35.

Episod pertama menyaksikan lagu Hati nyanyian Hael Husaini dipilih menjadi lagu terbaik manakala lagu 7 Nasihat dendangan Shiha Zikir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta pada episod kedua.

Lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita pula dipilih lagu terbaik untuk episod ketiga.

SFMM35 dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad.

Juri profesional yang mengadili separuh akhir kali ini ialah Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap, Datuk Mokhzani Ismail dan Azmeer selaku ketua juri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Lancar Mi Watch Lite Untuk Malaysia, Harga Hanya RM249

Dr. Fitri Haris Berjaya Temui Makna Sebenar Nasyid Dari Konteks Musikologi