in

Senarai Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012

[dropcap]S[/dropcap]eperti yang anda sedia maklum, hari ini 9 Januari adalah hari pengumuman senarai pencalonan kedua Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) atau lebih senang Budiey sebutkan Finalis Top 5 ABPBH2012. Dengarnya, pola undian kali ini sungguh sukar untuk diramal.

[pullquote align=”right”]Budiey berdebar, peminat berdebar, pengundi lagi berdebar dan semestinya selebriti yang tercalon pun berdebar.[/pullquote]

Tapi rata-rata dah pun mendapat jemputan untuk ke majlis sidang media pada petang ini, kiranya dah tahu mereka akan tercalon.

Budiey juga turut diundang untuk buat liputan pada majlis tahunan anjuran akhbar popular ini yang akan diadakan di Holiday Villa Subang Jaya pada jam 3 petang ini. Sebelum ini, beberapa pihak telah pun buat ramalan dan kita dah dengar ada beberapa selebriti yang dah bersiap sedia untuk melihat apa kejutan yang akan berlaku pada hari ini.

Senarai Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012

Budiey dapat tahu, ramai peminat dan pengundi khususnya tak sabar untuk mengetahui senarai keputusan Top 5. Tengoklah nanti, ada ke tak artis yang anda undi tu, kalau takde tak pela kan, cuba undi lagi pada tahun depan. Seperti tahun lalu, ada peminat yang tak puas hati, selebriti pujaan mereka tak berjaya memboloskan diri ke barisan artis paling ngetop 5 nih.

[pullquote]Kepada artis yang dah dipilih untuk ke Top 5, okay ini masanya yang anda nantikan untuk menggunakan khidmat pengundi anda bagi memangkah nama anda sekali lagi.[/pullquote]

Pola undian kali ini sukar dijangka. Ada selebriti baru yang memasuki pencalonan buat kali pertama dengan menyingkirkan artis sedia popular dan ada yang selebriti yang dah berkurun berada di dalam pencalonan tapi kali ini namanya dah didelete dari senarai gara-gara kurang undian. Persaingan yang sengit dan juga peminat kini dah beralih arah, sudah tentu memberi warna pada penganjuran ABP 2012 ini.

Seperti tahun lepas, ada nama artis yang glamor giler tapi tak berjaya mendapat tempat di Top 5. Tapi tahun ini, lebih mengejutkan ada nama selebriti wanita popular giler dengan kontroversi yang selama ini sering sahaja terukir namanya di bintang Top 5, kali ini tiada lagi. Korang mesti dapat tangkap siapa yang Budiey maksudkan. Budiey tak nak kasi tau takut nanti ada pulak pihak yang marah-marah kat Budiey. Apa-apa pun Budiey akan berikan jawapanya pada petang ini. Tunggu!

[pullquote align=”right”]Anugerah Bintang Popular 2012 akan berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam dengan tema Ledakan Geometri.[/pullquote]

Sudah tentu, bila tiada artis popular dalam senarai, beberapa wajah baru bakal mewarnai senarai pencalonan. Ini mewujudkan persaingan sengit dan sihat antara artis lama dan baru. Apa-apa pun, korang undilah artis yang berbakat dan dari situ, kita boleh iktiraf mereka sebagai seorang selebriti yang popular. Budiey harap sangat tahun ini, kita mampu mengangkat artis atau bintang-bintang yang betul-betul berkualiti dari segi bakat, bukan dari segi glamor semata-mata.

Apa yang Budiey dapat tahu, ada peningkatan dari segi borang undian. Bermakna tahun ini, ramai yang hantar undian. Budiey pun ada hantar. Tapi semata-mata nak hadiah yang ditawarkan oleh Berita Harian. Lumayan woooo sape tak nak kan?

Peningkatan sebanyak 50% borang undian yang diterima dianggap satu impak yang sangat memberangsangkan. Tahun ini, format baru diperkenalkan dan rata-rata peminat cakap, ia memudahkan mereka untuk memangkah atau mengundi.

Kalau dulu syarat supaya mengumpul 7 borang undian agak sukar. Nampaknya, format baru yang diperkenalkan sangat berkesan. Mungkin sebab itulah ada peningkatan dari segi undian.

Jadi, siapa selebriti yang anda rasa akan berada dalam senarai Top 5 ABPBH pada petang ini?

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

====

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2012

Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsurdin

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Tahniah kepada semua yang tercalon. Selamat maju jaya!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video & Gambar Fesyen Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 27

Gambar Selebriti di Sidang Media Pencalonan Top 5 ABPBH2012