in ,

Gambar Selebriti di Sidang Media Pencalonan Top 5 ABPBH2012

Akhirnya segala teka-teki terjawab. Senarai penuh pencalonan finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012 telah pun Budiey siarkan. Banyak juga respon dan feedback yang telah diberikan. Ada yang tak puas hati sebab ada nama-nama yang tak banyak keluar TV tapi tersenarai. Ada yang masih ungkit nama yang pernah menang tahun lepas tak masuk pencalonan. Macam-macam.

Anugerah Bintang Popular 2012 akan berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam dengan tema Ledakan Geometri.

[dropcap]S[/dropcap]elain mengumumkan senarai top 5, sidang media kali kedua tadi juga mengumumkan tentang senarai penaja utama dan siri Jelajah ABPBH2012 yang memperkenalkan lokasi Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya yang bermula pada 24 Februari di Sarawak ini.

Tak ramai finalis top 5 yang hadir. Dahlah tak ramai, Budiey pun tak sempat nak ambil semua yang datang termasuklah pelakon Adam dan Hawa, Nadiya Nisaa. Argh! Dang!

Neelofa juga tak hadir, tapi Budiey ada terbaca Tweet beliau:

“Terima Kasih yang tak terhingga kepada mereka yang mengangkat nama saya ke 3 category TOP 5 ABPBH. This inspires me to do better in my carrier for 2013.” – Neelofa

Tak kurang juga, ada selebriti yang tak berjaya masuk Top 5, tak ketinggalan untuk tweet tanda terima kasih kepada peminat:

Izreen nak ucapkn tahniah kpd semua sahabat2seperjuanganku krn layak ke top 5 abph..terutamanya my gorgeous sweetheart @HanezsAbdulAziz”

dan terima kasih tak terhingga kpd yg mengundi izreen..mungkin bkn rezeki lagi..hopefully korang akn terus menyokong izreen..love u!”

Kat bawah ni, antara foto-foto selebriti yang sempat ditangkap oleh lensa kamera Budiey.

Top 5 Abpbh2012

Lisa Surihani tercalon dalam Pelakon Filem Wanita Popular

Top 5 Abpbh2012

Jihan Raja Lawak tercalon dalam Artis Komedi Lelaki Popular

Top 5 Abpbh2012

Izzue Islam yang tercalon dalam Artis Baru Lelaki Popular

Top 5 Abpbh2012

Didie Alias selaku pengacara majlis bersama Along. Turut tercalon dalam Artis Komedi Wanita Popular.

Top 5 Abpbh2012

Wow, akhirnya, peminat pastinya bergembira setelah namanya tercalon dalam Pelakon TV Wanita Popular. Congrats! Sal!

Top 5 Abpbh2012

Fasha Sandha tercalon dalam Pelakon TV Wanita Popular bersaing dengan Izara Aishah, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha.

Top 5 Abpbh2012

Shila Amzah

Top 5 Abpbh2012

Shah Iskandar, pelakon yang berasal dari Singapura ini tak sangka namanya tercalon dalam Artis Baru Lelaki Popular.

Top 5 Abpbh2012

Zizan yang bakal bersaing untuk merebut takhta Artis Komedi Lelaki Popular

Top 5 Abpbh2012

Shaheizy Sam masih mempertahankan pencalonannya Pelakon Filem Lelaki Popular dan dua kategori online.

Top 5 Abpbh2012

Top 5 Abpbh2012

Top 5 Abpbh2012

Top 5 Abpbh2012

Top 5 Abpbh2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012

Drama Bersiri Anah Bertuah Lakonan Hairul Azreen