in

Senarai Pemenang Pertandingan Akhir Juara Bertemu Juara Bintang KLASIK

Rasyidah Dinobat Juara Dalam Pertandingan Akhir Juara Bertemu Juara Bintang KLASIK. Pertandingan Juara Bertemu Juara Bintang Klasik berlangsung dengan meriahnya di Auditorium Darul Makmur Sultan Ahmad Shah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuantan Sabtu lalu menobatkan peserta berasal dari Kluang, Johor, Rasyidah Abd. Rahim, 24, bergelar juara.

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang RM60,000 selain RM5,000 bagi kategori persembahan terbaik.

Rasyidah ketika dinobat sebagai juara

Rasyidah yang juga Juara Bintang Klasik 2012 menewaskan tujuh peserta lain dalam pertandingan dianjurkan Radio Klasik itu dengan mempertaruhkan lagu Yang Ditunggu Tak Tiba nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada pusingan akhir.

Rasyidah turut berduet dengan Juara Klasik kategori perempuan 2009, Norzarina Mohd. Nordin untuk persembahan saingan dengan membawakan lagu Nirmala, nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Rasyidah menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki anak sulung yang sedang dikandung.

Selain Rasyidah, pusingan akhir pertandingan tersebut turut menampilkan Iffah Izzati Baharudin, Mohd. Amirulhusni Mustafa, Sabihah Abdul Wahid, Azizul Haqim Mohd. Anuwar, Norzarin Mohd. Nordin, Tuan Izzat Izzuddin Tuan Abdul Aziz dan Muhaimin Azzahan.

Ketujuh-tujuh peserta itu masing-masing menerima hadiah sagu hati RM7,000 setiap seorang.

Pertandingan akhir itu diadili oleh juri profesional dengan diketuai oleh Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama seperti Datuk DJ Dave dan Datin Alyah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Al-Manna Berkorban Demi SELAWAT KITA SEMUA

Peraduan Jom Menonton MAZE RUNNER: THE SCORCH TRIALS