in

Senarai Pemenang Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2011

Malam ini.. satu malam yang pastinya ditunggu-tunggu oleh para karyawan, anak seni, selebriti dan pelakon drama & filem tanahair di mana Anugerah Skrin 2011 berlangsung dan bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00 malam dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Budiey rasa, kepada pembaca yang tak menonton secara live di PWTC ni, boleh menontonnya di TV3. Secara online pun ada… layari:

Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air itu bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.

Anjuran Stesen Televisyen Malaysia Berhad TV3, Anugerah Skrin 2011 berlangsung dengan rasa aura percikan glamor seiring dengan tema ASK2011 kali ini iaitu Golden Glamor (glamor keemasan?). Sebelum ASK berlangsung, acara yang gilang-gemilang acara red carpet bermula pada jam 7.30 malam ini diacarakan oleh Adzriefaiz Adzlan dan Nabila Huda bersama pemenang Juara Hos Bintang Pantene iaitu Nik Husna Nik Ali.

Budiey terpaksa melengahkan untuk balik ke kampung semata-mata untuk hadir di ASK bagi memberikan gambaran jelas tentang anugerah berprestij ini. Bermula dengan acara red carpet di mana ramai karyawan dan artis melaram bergaya memperagakan fesyen mereka sehinggalah ke acara kemuncak di mana sebanyak 24 anugerah akan disampaikan kepada pemenang.

Video Red Carpet Anugerah Skrin 2011 juga akan diletakkan di sini sejurus selepas acara berlangsung malam ini.

Bagi Budiey, Anugerah Skrin kali ini seperti tahun yang sudah akan memberikan kejutan kerana ada beberapa keputusan pemenang di luar jangkaan.

GANDINGAN ALLY ISKANDAR & ROZITA CHE WAN
Seperti yang digembar-gemburkan ASK 2011 dihoskan oleh hos terkenal Ally Iskandar dan pelakon cantik Rozita Che Wan. Kecoh satu Malaya apabila Rozita Che Wan dilantik selaku pengacara. Apa taknya, Budiey rasa, fokus utama ASK kali ini sudah tentu untuk melihat sejauh mana relevannya tugas berat ini disandang di bahu Rozita Che Wan.

Namun, corak majlis tidaklah kelihatan terlalu serius sangat kerana Ally Iskandar bijak memberi punch line dan buat lawak spontan. Gandingan ini dilihat terlalu mencuba untuk mencuit penonton dengan lawak jenaka. Selain keputusan pemenang, gandingan pengacara kali ini pasti akan dikecam atau dikutuk di laman twitter dan Facebook. Apa cacat celanya sangat, Budiey tak pasti.

Kalau kita tengok balik, ramai yang cakap Anugerah Skrin 2010 tahun lalu sangat hambar dan membosankan. Walhal nama-nama besar telah diletakkan untuk membuat persembahan seperti Anuar Zain, Ziana Zain, Adibah Nor, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Begitu juga dengan penonton di dewan, tidak banyak yang sukarela dan ikhlas memberikan tepukan. Itu gambaran imbas kembali senario ASK tahun lepas. Tahun ini pula… bagaimana ya? Korang rasa?

Secara keseluruhan, ASK 2011 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama dipertandingkan termasuk Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada 2009. Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2010 ini mempertandingkan 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi. Manakala kategori filem pula 29 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011.

Tahun ini, ASK 2011 turut menyampaikan Anugerah Yasmin Ahmad

PENYAMPAI ANUGERAH SKRIN 2011
Barisan pengacara ASK2011 kali ini turut ditemani oleh beberapa orang penyampai yang terdiri daripada barisan pelakon dan artis tanahair seperti Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shila, Farid Kamil, Scha Alyahya, Zahiril Adzim, Johan Asa’ari, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Datin Paduka Umie Aida, Izara Aishah, Awie, Neelofa, Aaron Aziz, Siti Saleha antara yang diberi penghormatan sebagai penyampai anugerah.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.

Anugerah Skrin 2011

Persembahan Cinta Muka Buku dari Najwa Latif

PERSEMBAHAN ANUGERAH SKRIN 2011
Bintang-bintang muda yang baru dan juga yang lama turut diundang untuk buat persembahan. Antaranya, Black, Azlan Typewriter, Elecoldxhot (ECX), Najwa Latif, Awi Rafael, Nashrin, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Alyah, Zain Ruffedge, Zizan dan Altimet. Lebih istimewa, dramatis popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay bergabung bersama Ferhad, Aizat, Akim dan Tomok.

Datuk Rahim Razali juga turut mendeklamasikan sebuah puisi berjudul Tenanglah Di Sana ciptaan Ahmad Fedtri Yahya untuk memberi penghormatan kepada penggiat seni yang telah kembali ke rahmatullah.

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

23 Kategori Taruhan Anugerah Skrin 2011

KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

KATEGORI DRAMA

  1. Drama Terbaik: Sanggul Beracun
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Eman Manan – Janji Syurga
  3. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Umie Aida – Airmata Nur Salina
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Allahyarham Faizal Yusof
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Elfira Loy
  6. Pengarah Terbaik Drama: Sabri Yunus – Sanggul Beracun
  7. Lakon TV Terbaik: Sabri Yunus – Sanggul Beracun
  8. Drama Rantaian Terbaik: Juvana
  9. Drama Komedi Terbaik: Geng Surau
  10. Videografi Terbaik: Sanggul Beracun
  11. nugerah Artis Harapan Pantene dimenangi oleh Fazli Daniel Ali – Yang Terpuji

KATEGORI FILEM

  1. Filem Terbaik: Magika – Kru Studios
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak – Filem CUN
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Eja – Filem Janin
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Sidek Husin – Filem Karak
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nadiya Nisa – Filem CUN
  6. Pengarah Terbaik Filem:Osman Ali – CUN
  7. Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin – Aku Tak Bodoh.

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

  1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Suatu Ketika – Yuen Yuet
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa – Datuk Fadzilah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik: Maharaja Lawak Akhir – Astro
  4. Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011
  6. Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama – Pengemis Terhormat

ANUGERAH YASMIN AHMAD: Syamsul Yusof

Budiey nak ucap tahniah buat semua pemenang. Jumpa lagi di Anugerah Skrin 2012 pula.

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Awi Rafael di Anugerah Skrin 2011

Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011