in

Senarai Pemenang Cabaran Shell FuelSave 2011

Cabaran Shell FuelSave 2011 Nobatkan Pemenang Negeri Selangor
Pemenang dari Selangor memandu 26.6 km dengan SATU liter Shell FuelSave 95 dan melayakkan diri untuk merebut gelaran Juara Cabaran Shell FuelSave 2011

Shell Malaysia meneruskan bahagian kedua Cabaran Shell FuelSave 2011 dengan mengumumkan Encik Lee Chee Koon sebagai pemenang negeri Selangor. Beliau telah memandu sejauh 110 kilometer dengan hanya satu liter Shell FuelSave 95 sepanjang laluan XX kilometer yang ditetapkan serta memenangi hadiah bernilai RM3,000. Beliau juga berpeluang untuk memenangi RM50,000 di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung pada Oktober 2011 nanti.

Shell

“Minat saya untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011 bermula apabila saya melihat iklan yang melaungkan pesanan penjimatan minyak. Penjimatan adalah prinsip gaya hidup saya dan saya sentiasa mencari cara terbaru untuk menjimatkan wang. Dengan menyertai Cabaran ini, saya sekarang tahu mengenai cara – cara untuk mengurangkan penggunaan petrol semasa memandu. Petua Shell FuelSave bukan sahaja berguna, tetapi juga praktikal untuk orang yang sering memandu seperti saya!” kata Encik Lee. Beliau juga menambah, “Selain itu, saya teruja untuk bertanding dalam Pusingan Akhir 2011 menentang pemenang dari Johor dan Pulau Pinang. Sementara itu, saya akan berlatih dengan mengamalkan petua Shell FuelSave dan saya berharap dapat menjadi Juara Cabaran Shell FuelSave Malaysia 2011 dengan mencatat hitungan kilometer paling tinggi.”

Encik Tan Moh Chuan, seorang anggota polis yang mencatat 29.45 kilometer dengan satu liter Shell FuelSave 95 sambil mengamalkan petua Shell FuelSave, memenangi Cabaran Shell FuelSave Negeri Johor 2011 yang dianjurkan pada hujung minggu lepas. Beliau bersama pemenang dari Pulau Pinang dan Encik Lee akan bertarung dalam Pusingan Akhir yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.

Encik Leslie Ng, Pengurus Jualan Kebangsaan Runcit, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd yang menganjurkan acara tersebut berkata, “Kini, semakin ramai pemandu mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan gaya hidup mereka. Shell FuelSave 95 yang diperkaya dengan Peningkat Kecekapan Shell (Shell Efficiency Improver) telah dirumus untuk membantu pemandu menjimatkan sehingga satu liter untuk setiap tangki minyak . Ia merupakan penjana gaya hidup yang membantu rakyat Malaysia meningkatkan nilai wang ringgit mereka. Pemandu kini boleh memandu lebih jauh tanpa sebarang kos tambahan.”

Beliau menambah, “Selain daripada menyediakan petrol yang bermutu tinggi, Shell juga komited mendidik masyarakat para pemandu untuk menggunakan minyak secara cekap. Cabaran Shell FuelSave 2011, yang menggambarkan keadaan memandu di bandar raya sebenar, bertujuan menunjukkan sejauh mana pemandu boleh memandu menggunakan Shell FuelSave 95, dan mengaplikasikan petua Shell FuelSave yang mudah dan praktikal.”

Selain itu, peminat Fahrin Ahmad berpeluang untuk bertemu dan beramah-mesra dengan Duta Shell FuelSave ini, yang akan turut berada di pameran bergerak Cabaran Shell FuelSave 2011 di Pulau Pinang pada hujung minggu depan. “Sebagai Duta Shell FuelSave, saya amat gembira kerana berpeluang membantu rakyat Malaysia menjimatkan petrol dan membaiki gaya memandu mereka. Oleh kerana tugas saya yang memerlukan saya memandu dari satu lokasi ke lokasi lain, saya juga turut merasai kesan kegawatan ekonomi sedunia. Justeru itu, saya berharap menerusi Cabaran ini, para peserta akan dapat mendidik, menggalakkan dan memberitahu pemandu lain tentang petua Shell FuelSave dan betapa pentingnya memilih petrol yang bersesuaian dengan kereta,” kata Duta Shell FuelSave tersebut.

Untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011, pemandu berusia 24 tahun dan ke atas, dengan pengalaman memandu selama lima tahun, hanya perlu mengunjungi Pameran Bergerak Shell FuelSave untuk menjawab beberapa soalan dan melalui proses temu duga. Pameran bergerak untuk pendaftaran peserta Cabaran Shell FuelSave seterusnya akan diadakan di Sunway Carnival, Pulau Pinang (3 – 5 Jun 2011).

Selain itu, pemandu juga boleh mendaftar di www.shell.com.my/fuelsave untuk membolehkan mereka merebut peluang memenangi hadiah menarik, dan dinobatkan sebagai Juara Cabaran Shell FuelSave 2011:
• 1 x Juara Peringkat Akhir: Hadiah Utama bernilai RM50 000
• 1 x 3 Pemenang Negeri: Hadiah Utama bernilai RM3,000
• 10 x 3 Pemenang Hadiah Sagu Hati Negeri: RM300

Tarikh tutup pendaftaran peserta ialah 5 Jun 2011. Jadi, daftarlah hari ini untuk mengambil bahagian dalam Cabaran ini.

Keputusan:

1 Mr Lee Chee Koon 108.4 4.07 26.6
2 Ms Shirlie tan 109 4.18 26.1
3 Ms Lina Toon 107.7 4.17 25.8
4 Mr Jerry Ng 108.3 4.34 24.9
5 Ms Jamuna Devi A/P Sundar 108.2 4.5 24.0
6 Ms Lai Poh Yee 107.6 4.51 23.9
7 Mr Lok Kin Mun 108.1 4.82 22.43
8 Pn Norhafiza bt Razali 108.5 5.13 21.2
9 En Shaharudin b Mohamad 108.2 5.15 21.0
10 Cik Nurul Izma Mohammed 106.2 5.83 18.2

Mengenai Shell
Shell adalah syarikat pembekal tenaga yang terkenal di dunia, dengan perniagaan Hiliran (produk minyak) yang mempelopori pelbagai kemajuan dalam teknologi minyak dan pelincir, dan menawarkan salah satu pilihan produk dan perkhidmatan petroleum yang paling luas kepada pengguna. Perniagaan runcit minyak Shell adalah yang terbesar di dunia, dengan lebih 46,000 stesen runcit di lebih 90 negara, dan Malaysia merupakan pasaran pertumbuhan penting. Shell adalah penaja rasmi dan rakan kongsi teknikal pasukan Formula One Ferrari.

Mengenai Cabaran Shell FuelSave 2011
Untuk menjadi peserta, anda perlu:
1. Kunjungi Pameran Bergerak Shell FuelSave atau laman web www.shell.com.my/fuelsave
2. Isi borang penyertaan dan jawab beberapa soalan
3. Pendaftar yang memberikan semua jawapan betul akan dipilih untuk pusingan penyingkiran
4. Pendaftar yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temu duga bagi memilih hanya 10 finalis Cabaran

Pemenang Negeri akan ditentukan menerusi jarak paling jauh yang dipandu menggunakan kereta Shell FuelSave 95. Di Pusingan Akhir peringkat kebangsaan, kesemua tiga Pemenang Negeri akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Shell FuelSave 2011 dan membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM50,000.

Shell

Shell

Shell

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. mlm ni isteri saya da jgk trima sm yg srupa mcm dato tu..no siri pon sma jgk..bg sya pkr mcm ni xbleh nk pcy sbb klo btol la kta mnang satu cabutan dh msti pihak shell akn col trus bgtau kt kta..dlu pon sya dh pnh trima sm mcm tu..bla sya col no yg diorang kasi tu sya brbual dgn die pstu nk tau ape yg die mtk plk kt sya..die tny de akaun my bankdk..klo ade msih hdup ke x..klo hdup ade byk mn duit die akn tny..klo kurng dr 1000 die akn soh kta bank msuk dlu duit tu br die akn bank duit 15k tu..ade plk mcm tu..xlojik lngsung kn..dlu sya penah menang jgk cabutan btuah no hp sya..sya dpt bcuti tp tu mmg btol sbb diorang yg col sndri tp syg sya xdpt nk pegi la sbb ade syartt yg xdpt sya tunaikn..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 5

Drama Episod SHE Stail Hebat Elegan