in

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2013

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Anugerah Planet Muzik 2013 telah berlangsung pada 18 Oktober 2013 lalu, Jumaat, di Suntec City, Singapura jam 8.30 malam. Budiey ingin ucapkan tahniah kepada semua pemenang terutama penyanyi dari Malaysia nampaknya kali ini mendominasi senarai pemenang terutamanya Hafiz yang bukan sahaja dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular (tahun lepas anugerah tersebut jatuh kepada Taufik Batisah) tetapi lagu “Muara Hati”, duet-nya bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang ditulis Manusia Putih muncul sebagai Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Kumpulan Terbaik.

Najwa Latif dan Syamkamarul bersama SleeQ pula dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Kolaborasi Terbaik untuk “Sahabat”. Lagu “Masih Aku Cinta” nukilan Shila Amzah sendiri memenangi Lagu Terbaik Malaysia.

Senarai penuh pemenang APM 2013 seperti di bawah:

Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik: Judika
Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
Ikon Media Sosial: SleeQ
Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone

Tahniah buat semua pemenang.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Shout! Awards 2013

Biodata & Perjalanan Seni Snapshot