in , , ,

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 14

Pengumuman pemenang AIM semalam telah terjawab. Yang menang tu jangan lupa berterima kasih kepada yang sepatutnya ya. Yang kalah pulak jangan pulang dengan tangisan tapi pulanglah dengan satu semangat untuk mengecapi kejayaan.

Apa yang saya mahu katakan di sini… jangan salah sangka, walaupun Datuk Siti Nurhaliza gagal mempertahankan gelaran Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita, Siti Nurhaliza tetap menang pada AIM14 semalam. Dalam erti kata lain, Siti tetap menang di hati peminat. Haa gituh…

Jaclyn Victor tentunya berbangga kerana telah memecahkan benteng pertahanan yang dipegang selama 8 tahun berturut-turut oleh diva no satu negara itu. Syabas! Tahniah buat Jac! Ternyata Jac pada malam itu disokong padu oleh kelab peminatnya, Jacsville. Fuh memang gempaklah diorang nih.

Buat Siti, bukan senang untuk mengekalkan kejuaraan vokal terbaik selama 8 tahun. Mutu album perlu ada setiap tahun di samping mencari lagu yang sesuai dengan vokal. Tunggu tahun depan la pulak macamana…

475869419 1Daaaec7E6 O | 4

Di sudut hati saya berkata, ala, kira dah OK dah tu, sekurang-kurangnya, nama Siti Nurhaliza masih menguasai anugerah paling penting iaitu Album Pop Terbaik dan Album Terbaik.

Sebagaimana yang pemerhati dan pengulas hiburan ramal, Album Transkripsi adalah yang terbaik dihasilkan oleh Siti Nurhaliza setakat ini. Video Terbaik pun Siti tak menang jugak. Kesian kat Osman Ali… Susah tau nak buat video klip tu. Tup-tup orang lain gak menang. (Ni yang I nak marah nih! Hehe) 🙂

Tahniah! Semoga Datuk Siti akan terus menghasilkan album yang lebih bermutu dan menepati citarasa semua peminat tahun depan.

Oh ya, masa dalam Dewan Merdeka tadi, saya tersenyum menerima mesej yang bernada hampa dari Mazen. Peminat nombor satu Siti Nurhaliza ini ada mengeluh yang dia sangat kecewa Siti tidak dapat menang vokal terbaik. 🙂

Berikut adalah senarai pemenang AIM14:

Artis Baru Terbaik
>Sean Ghazi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
>Reshmonu – Album: Superfine

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
>Jaclyn Victor – Album: Inilah…Jac

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album
>Raihan – Album: Tawakkal

Kulit Album Terbaik
>Marcus Ericsson (Television – Pete Teo)

Rakaman Album Terbaik
>Alip, Mamak, Omi, Kamal & Zairie (Analogi – Kristal)

Muzik Video Terbaik
>Jordan Suleiman (Lost In America – Pete Teo)

Susunan Lagu Terbaik di dalam Lagu
>Vivian Chua

Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik
>Kumpulan Dragon Red

Album Indonesia Terbaik
>Naluri Lelaki (Samsons – Samsons)

Album Pop Etnik Terbaik
>Syura – Album: Syahda Berdendang

Album Nasyid Terbaik
>Ahmadi Hassan – Album: Bahagia Berkasih

Album Pop Rock Terbaik
>M.Nasir – Album: Sang Pencinta

Album Hard Rock Terbaik
>Search – Album: Gothik Malam Edan

Album Pop Terbaik
>Siti Nurhaliza – Album: Transkripsi

Lagu Terbaik
>Juwita…(Citra Terindah) – Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)

Persembahan Terbaik AIM
>M. Nasir (Opening Act) Power siot first time M. Nasir menari.

Album Terbaik
>Transkripsi (Siti Nurhaliza

Saki Baki foto-foto red karpet:

475775404 A4Da8E8392 O | 5
Kumpulan tersohor yang diterbangkan khas dari Indonesia. Sebut betul-betul tanpa huruf G di belakang. SAMSONS. Keren banget sih!
475775920 Cc4671Ca50 O | 6
Mawi lagi. Lagi-lagi Mawi. Ada ke dia kata Mawi ini lagenda SMS? Dia masih juara SMS. Siapa boleh rebut gelaran itu dari Mawi? Hitz 1 Final pun Mawi juara tau!
475775710 8A311198Dd O | 7
Jinbara yang membara. Semangat bara dan waja setelah ada ahli yang tiada.
475774998 265E01D8E9 O | 8
Wings dengan rombongan Cik Kiahnya. Semua bawak bini. Awie je tak bawak. Kata Awie, bini aku dalam pantang. Hahaha!
475774582 C77Dba5D8A O | 9
475774460 D57Fea84E2 O | 10

Persembahan penutup daripada lagenda rock Wings & Search (Double Trouble) memang power giler. Kira klimaks AIM memang sampai ke kemuncak dengan show rock kapak yang happening dari Awie & Amy. Phewwwwiiittt. Meletop! Ka baa boooom!

475784999 76Cb4F77B2 O | 11
Duta dan model iklan daripada penaja pun ada. Maya Karin. Anggun dan lawa. Tak ubah seperti J.Lo. Kan?
475784869 6F618136C0 O | 12
Diva Ning menghulurkan senyuman pada semua jurugambar. Sementara pengurusnya pula melilau-lilau di belakang itu. Tengah rungsingkan sesuatu agaknya.
475784739 43D7686D0C O | 13
Khairil dengan 3 orang insan yang bernama Faizal. Nganga mulut tu ya, jangan tak nganga. You all memang rocks lah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi | 43

Foto Selebriti & Gambar Menarik di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik 14

Siti Nurhaliza 1 | 44

Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party Anugerah Industri Muzik 14