in ,

Senarai Lokasi Pawagam Tayang THE NEW KING OF COMEDY

Filem THE NEW KING OF COMEDY adalah ‘remake’ dari filem “King Of Comedy” pada tahun 1999 yang mana ia dibintangi oleh Stephen Chow, Karen Mok, Ng Man Tat dan Cecilia Cheung. Pasti ramai yang nak tengok movie ni, jadi jangan lupa bergegas ke pawagam untuk layan filem ini.

Nah! Ini Senarai lokasi pawagam yang bakal menayangkan filem komedi padat dengan aksi berjudul The New King Of Comedy. Kepada korang yang nak gelak ketawa, nak lepas stress ke, nak bersantai bersama famili ke, boleh la menuju ke pawagam berdekatan dengan rumah anda.

List Lokasi Pawagam The New King Of Comedy

Pelakon, pengarah dan penerbit filem terkenal Stephen Chow bakal kembali dengan filem komedi terbaru berjudul THE NEW KING OF COMEDY.

Bagaimanapun untuk filem terbaru ini, Stephen tidak akan membintanginya sebaliknya hanya akan bertindak sebagai pengarah dan penerbit filem itu.

Filem itu akan menampilkan barisan pelakon popular seperti E Jing Wen, Wang Baoqiang, Tin Kai-man, Zhan Quandan, Ji Ruyang, Zhang Qi dan Yuan Xingze.

Trailer Filem THE NEW KING OF COMEDY

Menurut Stephen, filem THE NEW KING OF COMEDY ini memberi fokus kepada seorang pelakon tambahan yang berusaha keras untuk jadi pelakon terkenal.

“Menerusi filem ini, saya menerapkan falsafah ‘bekerja keras untuk berjaya’, biarpun terdapat pelbagai rintangan yang harus dihadapi. Selain itu, ada juga sebahagian babak yang memberikan gambaran tentang kehidupan dan kerjaya saya dalam 20 tahun terakhir ini dan berharap ia memberi inspirasi kepada penonton,”

– Stephen Chow

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “The New King Of Comedy” pada 5 Februari ini di pawagam di seluruh negara.

Comfirm akan ketawa berdekah-dekah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“He Was Great But Still Using Her…” – Ezlisa Loy

Video DIMATAMU Sufian Suhaimi di AJL33 Cecah 2 Juta