in ,

SEDIHSEDIH

Senarai Lagu Tugasan Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 2019

Sepuluh peserta program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal diuji menerusi cabaran lagu bertemakan ‘Curahan Hati’, malam ini. Jatt Ali kembali merampas kedudukan teratas, KOOL akur menjadi peserta ketiga tersingkir dari pentas GV6!

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim keenam (GV6) telah menyaksikan 11 bintang berjaya menyampaikan persembahan yang cukup bertenaga! Bertemakan ‘Haa Tepuk’, minggu tersebut merupakan minggu duet di mana para peserta diberi peluang untuk bergandingan dengan barisan penyanyi sensasi tanah air dan juga alumni Gegar Vaganza dari musim-musim sebelumnya.

Jatt Ali kembali berjaya merampas kedudukan teratas dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 77.00 peratus. Persembahan beliau bersama Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai Ilusi menerusi lagu ‘Debunga Wangi’, nyanyian asal Lefthanded, telah mendapat pujian melambung dari juri tetap, Datuk Ramli MS. Kemenangan berganda buat Jatt apabila turut diumumkan sebagai pemenang anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ bagi minggu tersebut!

Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4

Cukup mengejutkan apabila peserta, Nurfatima, yang digandingkan  bersama penyanyi, Liza Hanim, berjaya meletakkan dirinya di kedudukan kedua tertinggi dengan mengumpul markah sejumlah 76.00 peratus! Beliau mempersembahkan lagu ‘Anggapanmu’, nyanyian asal Ziana Zain dan persembahan beliau berjaya memenangi hati para juri dan audiens!

Seterusnya, bergandingan bersama penyanyi dangdut popular era 90-an dan juga merupakan alumni Gegar Vaganza 5 iaitu AmelinaRoy berjaya buat pertama kalinya berada di kedudukan tiga teratas dengan merekodkan markah sejumlah 75.00 peratus. Beliau yang menyanyikan lagu ‘Yang Tersayang’, nyanyian asal Amelina dan Iwan, telah mendapat pujian yang positif dari juri tetap iaitu Hetty Koes Endang yang mengatakan Roy merupakan seorang penyanyi yang cukup sesuai dengan lagu berirama dangdut.

Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4

Namun begitu, konsert Gegar Vaganza pada minggu lalu telah menyaksikan Feeza, Noorshila Amin dan KOOL tersenarai di kedudukan tiga terendah. Hasrat kumpulan KOOL untuk mara ke peringkat seterusnya tidak tercapai apabila mereka diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 6. Kumpulan KOOL bergandingan bersama alumni Gegar Vaganza 5, Farahwahida, menerusi lagu ‘Siapa Dia Sebelum Daku’ nyanyian asal Francissca Peter & Royston Sta Maria. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila persembahan tersebut dikritik hebat oleh Datuk Ramli MSyang mengatakan nyanyian yang disampaikan “agak berselerak dan tidak selaras!”.

Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4

Persaingan barisan penyanyi ‘otai’ minggu keempat itu membabitkan Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees. 

Meletakkan kuasa pemarkahan di tangan juri iaitu pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang, siapakah pula bintang yang bakal dihentikan perjuangannya pada minggu ini? 

Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4

Sementara menantikan teka-teki terjawab, kami kongsikan lagu-lagu tugasan dipertaruhkan para peserta:

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 5 

  1. Nurfatima – Can’t Fight The Moonlight (LeAnn Rimes) 
  2. Sham Visa – Terima Kasih Cinta (Afgan) 
  3. Naqiu Boboy – Di Ambang Wati (Wings) 
  4. Wann – Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (Uji Rashid) 
  5. Jatt – Benci Bilang Cinta (Radja) 
  6. One Nation Emcees – Mahluk Tuhan Paling Sexy (Mulan Jameela) 
  7. Hady Mirza – Luluh (Khai Bahar) 
  8. Feeza – Jutaan Purnama (Alyah) 
  9. Noorshila Amin – Semakin (Siti Sarah) 
  10. Roy – Crazy Little Thing Called Love (Queen)
Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4

Di konsert minggu kelima pada Ahad ini yang bertemakan ‘Curhat’ atau ‘Curahan Hati’, bintang GV6 akan menyanyikan lagu-lagu yang bersifat luahan hati dan rintihan emosi. Adakah Jatt Ali akan terus mengekalkan kedudukan beliau di kedudukan pertama pada minggu hadapan menerusi lagu popular Radja yang bertajuk ‘Benci Bilang Sayang’ ?

Bagaimana pula dengan persembahanNurfatima yang akan menyampaikan lagu berjudul ‘Can’t Fight The Moonlight’ nyanyian asal LeAnn Rimes? Dan mampukah Naqiu BOBOY kembali fokus dalam persembahan nyanyian  pada minggu hadapan, seterusnya kembali di kedudukan teratas menerusi lagu Wings, ‘Di Ambang Wati’? Siapakah pula yang akan tersingkir pada minggu hadapan? Nantikan bersama, Ahad ini!

Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4
Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke 4

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

IrisA Cosmetics Raikan Ulang Tahun Pertama dengan 5 Rona Terkini Matte Lip

Agnesia Lancar Bedak Penjagaan Kaki Terbaru