in ,

Agnesia Lancar Bedak Penjagaan Kaki Terbaru

Keluaran terbaru ini dirumus untuk melindungi kaki dan mencegah jangkitan

Agnesia — jenama isi rumah paling dipercayai dan peneraju dalam bidang penghasilan bedak berubat, melancarkan inovasinya yang terkini iaitu Bedak Agnesia Foot Care, bertujuan melindungi kaki dan mencegah jangkitan. Bedak Agenesia Foot Care boleh didapati pada harga RM16.90 di semua gedung AEON Wellness, Multicare, Big dan farmasi-farmasi terkemuka lain di seluruh negara.

Menggabungkan bahan-bahan semula jadi dan sintetik, bedak penjagaan kaki berinovasi ini dirumus dengan Tri-Activ Botanical Complex yang terdiri daripada Ekstrak Akar Bambusa Arundinacea, Ekstrak Equisetum Arvense (Ekor Kuda), dan Salvia Officinalis (Sej); Klorheksidina yang terbukti mampu membunuh sehingga 99.9% bakteria; dan Zink Oksida. Bahan-bahan berkenaan terbukti mempunyai tahap penyerapan lembapan yang tinggi, oleh itu berkesan untuk memastikan kaki sentiasa kering, mengecilkan bukaan liang serta bertindak sebagai agen penyahbauan.

Keluaran Terbaru Ini Dirumus Untuk Melindungi Kaki Dan Mencegah Jangkitan

“Peluh yang berlebihan, juga dikenali sebagai hiperhidrosis, berkait rapat dengan bagaimana kelenjar peluh di kaki berfungsi. Apabila seseorang itu terpaksa memakai kasut lebih daripada 4 jam setiap hari, kaki yang mempunyai lebih daripada 250,000 kelenjar peluh cenderung untuk mengeluarkan lebih banyak peluh berbanding dengan anggota badan yang lain. Peluh, ditambah pula dengan kulit mati serta bakteria akan mengakibatkan bau busuk. Kebanyakan orang tidak selesa membincangkan mengenai topik kaki berbau, namun saya percaya bahawa dengan rutin kebersihan diri setiap hari, kita tidak perlu berdepan dengan perasaan malu yang disebabkan olehnya,” kata Penolong Pengurus Besar Apex Pharma (syarikat induk Agnesia), Ang Girl Bee. 

“Melihat kepada kejayaan bedak Agnesia Hygiene, kami memutuskan untuk berkembang ke dalam bahagian penjagaan kaki kerana kami melihat ada peningkatan permintaan di dalam pasaran. Rutin penjagaan kebersihan kaki yang mudah setiap hari biasanya berkesan dalam menangani masalah kaki berpeluh. Dengan Bedak Agnesia Foot Care, kami berhasrat untuk memberikan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan masalah ini kerana ramai di antara pengguna tidak tahu apakah penyelesaian dan cara terbaik untuk menjaga kaki mereka.Kami mahu pelanggan kami sentiasa berasa selesa dan dapat melangkah dengan yakin,” tambah Ang.

Para pengguna yang membeli sebotol bedak Agnesia Foot Care di mana-mana cawangan AEON Wellnes berpeluang untuk memenangi Medifeet Joint Care Slipper bernilai RM100 atau baucar AEON Shopping*. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi facebook.com/AgnesiaMY

*Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.agnesia.com.my

Keluaran Terbaru Ini Dirumus Untuk Melindungi Kaki Dan Mencegah Jangkitan

Mengenai Agnesia

Sejak 1930an, Agnesia Hygiene Care Powder telah menjadi sebahagian daripada isi rumah rakyat Malaysia, membantu tidak terkira ramainya keluarga melegakan kegatalan kulit dan mengurangkan masalah ruam akibat cuaca lembap di negara ini.

Rumusan Agnesia yang berasal dari Britain di bawa ke sini dan disesuaikan dengan keadaan cuaca tropika agar dapat memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Didatangkan dalam ‘tin merah’ yang sememangnya amat disukai oleh setiap generasi, ia kini turut popular di luar negara. Ia boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai di Singapura, Mauritius serta Nigeria. 

Pada 2004, Agnesia berjaya memenangi anugerah berprestij Superbrands Award, yang menjadi bukti kepada jenamanya yang kukuh lagi diiktiraf oleh rakan-rakan industri serta para pelanggan sekalian. Ia juga disahkan Halal.

Berbekalkan pengalaman menghasilkan produk berubat selama berdekad lamanya, jenama Agnesia telah berkembang dengan menghasilkan sabun pembersih bagi memberikan keselesaan dan kelegaan yang berlanjutan untuk para penggunanya. Agnesia akan terus berinovasi dan membangunkan produknya dengan tujuan untuk menjadi jenama terunggul di Malaysia dalam kategori produk berubat. 

Mengenai Apex Pharmacy

Apex Pharma, ialah anak syarikat pengedaran Apex Healthcare Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia. Sebagai peneraju kumpulan penjagaan kesihatan, Apex Healthcare Berhad mempunyai operasi di Malaysia, Singapura, Vietnam dan Myanmar dengan kepakaran dalam pembangunan, pengeluaran, penjualan dan pemasaran, pengedaran, pemborongan dan peruncitan farmaseutikal, produk penjagaan kesihatan pengguna dan diagnostik. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jatt | 23

Senarai Lagu Tugasan Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 2019

Arashi | 24

ARASHI Announces Upcoming Activities to Fans in Singapore