in ,

Senarai Lagu di Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Tema Berdua Lebih Baik

Nasib tidak menyebelahi Raja Azura atau lebih dikenali dengan nama Kak Engku di pentas ‘GV’ apabila perjalanan beliau terkandas di konsert ketiga yang bertemakan ‘Berani Ke Idok’ pada Ahad lalu. Kak Engku menyahut caburan tema minggu tersebut untuk menyanyikan lagu yang di luar lingkungan zon selesa beliau dengan mempertaruhkan lagi ‘Perhaps Perhaps Perhaps’ nyanyian asal Pussycat Dolls. Kak Engku memperolehi markah 61.2% yang meletakkan beliau di kedudukan terendah, dengan perbezaan markah hanya 0.2% dengan rakan seperjuangannya Elyana.

Senarai Lagu Di Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Tema Berdua Lebih Baik

Sementara itu, bintang favourite, Liza Hanim berjaya mempertahankan kedudukan di tempat pertama mengulangi kejayaan minggu sebelum ini dengan markah 83.4%. Kreativiti dalam berkarya dan kawalan vokal beliau dipuji oleh pihak juri sewaktu membawakan lagu ‘Lagu Untukmu’ nyanyian asal oleh Meet Uncle Hussein. Lagu yang sama juga pernah dinyanyikan oleh penyanyi Nora, yang merupakan peserta ‘GV’ musim lepas.

Peserta tunggal dari Indonesia, Firman berjaya menebus kekurangan minggu lalu apabila tampil dengan persembahan yang cukup menarik sewaktu membawakan lagu ‘Zalikha’ nyanyian asal Floor 88 sekaligus meletakkan beliau di tangga kedua dengan markah sebanyak 77.6%. Lan Kristal dengan markah yang sama iaitu 77.6% juga tidak kurang hebatnya dengan lagu Sayang-Sayang Aliff Aziz.

Senarai Lagu di Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Tema Berdua Lebih Baik

Senarai Lagu Di Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Tema Berdua Lebih Baik

Konsert ‘GV’ di minggu keempat Ahad ini bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ bakal menyaksikan bintang-bintang ‘GV4’ berduet dengan artis pilihan untuk persembahan tugasan.

Untuk pusingan ini, Firman bakal berpadu suara dengan pasangan duetnya, Misha Omar untuk menyanyikan lagu ‘Biar Menjadi Kenangan’ nyanyian asal oleh Reza & Masaki Ueda. Hazami & Azharina pula dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’ (Deddy Dores & Mayank Sari), Lan Kristal & Siti Nordiana dengan ‘Naluri Cinta’ (Rohana Jalil & To’ki), Tia Jinbara & Aweera dengan ‘Arjuna Mencari Cinta’ (Dewa) dan Aqasha & Tomok dengan ‘Cinta Ini Membunuhku’ (D’Masiv).

Manakala bintang wanita Aishah akan bergandingan dengan Sam Innuendo untuk membawakan lagu yang pernah dipopularkan oleh Jaclyn Victor & Rio Febrian berjudul ‘Ceritera Cinta’, Liza Hanim & Hafiz Suip dengan lagu ‘Dirgahayu’ (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir), Elyana & Aepul Drama Band dengan ‘Aku Yang Tersakiti’ (Judika), Syura & Bob Yusof dengan ‘Selasihku Sayang’ (Ahmad Jais & Rafeah Buang) dan Haida & Ezad Lazim dengan ‘Memori Daun Pisang’ (Iwan & Amelina).

Konsert Gegar Vaganza Musim 4 (Minggu Keempat) akan berlangsung pada 12 November 2017 (Ahad), jam 9.00 malam @ Dewan Sri Putra.

Sama-sama kita saksikan siapakah yang akan tersingkir pada minggu ke-4 ini. Korang rasa siapa?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FTV Filem Televisyen Karya 12 Vol. 2 – Luar Biasa

Dream Cruises Racks Up the Recognitions