in ,

FTV Filem Televisyen Karya 12 Vol. 2 – Luar Biasa

FTV ini merupakan naskhah terkini Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29), Tunku Mona Riza yang sebelum ini dikenali menerusi karya “Redha” yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dari pelbagai majlis penganugerahan berprestij anjuran dalam dan luar negara seperti “Merit Award di Los Angeles Awareness Film Festival 2016 (LAAFF 2016)”, “Anugerah Khas Pengkritik Filem Rusia” dan “Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi” di Festival Filem Antarabangsa Kazan, Rusia dan banyak lagi anugerah-anugerah lain.

Poster Visual Luar Biasa

Untuk makluman, pihak Astro telah mengadakan sesi pra tonton bersama pelajar-pelajar Universiti Malaya pada 15 November 2017, bertempat di Panggung Eksperimen Universiti Malaya. Sesi tersebut turut dihadiri Tunku Mona Razi selaku Pengarah, Amal Ziaq Nawawi (Pengurus Saluran Astro Citra) dan berisan pelakon seperti Rykarl Iskandar (sebagai Ridzuan Puzi @ Dekwan) dan Idan Aedan (sebagai Saiful [email protected] Abang Pun).

Para Pelakon Di Sebalik Filem Tv Berjudul Luar Biasa Yang Diarahkan Oleh Tunku Mona Riza

Diinspirasikan dari kisah benar, “Luar Biasa” mengisahkan tentang pemenang pingat emas Paralimpik, Mohamad Ridzuan Puzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dek Wan yang menghadapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ dan abangnya, Saiful @ Abang Pun yang sentiasa ada di sisinya. Selepas beberapa minggu kelahiran, Dek Wan mengalami penyakit demam kuning dan demam panas. Hal ini menyebabkan perubahan drastik terhadap diri beliau. Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ dan segalanya kini berubah. Dek Wan kehilangan keupayaan untuk bercakap, berjalan dan mengimbang, serta keadaan fizikal yang berbeza berbanding kanak-kanak yang lain. Saiful @ Abang Pun yang hanya satu tahun perbezaan umur dengan Dek Wan adalah satu-satunya abang dan sahabat Dek Wan. Mereka sentiasa bersama dan seperti yang selalu dikatakan Abang Pun, tidak kira apa yang terjadi, sebagai adik-beradik, mereka akan sentiasa bangkit bersama.

“Luar Biasa” dibintangi pelakon yang amat disegani ramai, Sharolnizam Noor yang bertindak sebagai En. Puzi (bapa) dan turut menampilkan pelakon cilik Rykarl Iskandar sebagai Mohamad Ridzuan Puzi @ Dek Wan serta pendatang baru dalam industri seni, Idan Aedan sebagai Abang Pun.

FTV ini bakal disiarkan di Astro Citra (saluran 131), Mustika HD (saluran 134) dan platform digital ‘on demand’ pada Sabtu, 25 November ini, 9.00 malam.

Barisan Pelakon Cilik Dalam Filem Tv Luar Biasa

➢ Filem televisyen (FTV) “Luar Biasa” merupakan sebahagian dari kempen anjuran Astro, “Karya 12”, yang turut melibatkan kerjasama pengarah-pengarah terhebat tanah air seperti Mamat Khalid, Rashid Sibir, Nik Amir Mustapha, Feroz Kader, Tunku Mona Riza dan Razaisyam Rashid. Melihat kepada kejayaan kempen “Karya 12” yang diperkenalkan pada bulan April tahun lalu, tahun ini menyaksikan penganjurannya untuk tahun kedua dengan penglibatan ramai lagi nama-nama hebat, di belakang dan di hadapan tabir.

➢ “Karya 12” bertindak sebagai sebuah platform kepada graduan muda yang berjiwa kreatif untuk tampil mencurahkan idea masing-masing yang mana ianya akan terus diperhalusi menerusi beberapa peringkat saringan sehingga sedia untuk diangkat menjadi sebuah FTV dan disajikan kepada para penonton di Astro Citra (saluran 131), Mustika HD (saluran 134) dan platform digital ‘on demand’.

➢ Pada masa yang sama, kehadiran enam orang pengarah terkemuka tanah air dalam kempen ini pula bertindak sebagai ‘mentor’ kepada 6 orang pelajar yang terpilih ini. ‘Mentor’ ini turut dipertanggungjawabkan untuk membantu pelajar pilihan masing-masing mengolah kandungan penceritaan dan skrip yang dihasilkan, meningkatkan kualiti persembahan keseluruhan filem tersebut, menawarkan nasihat dan panduan terutamanya dari aspek pengarahan serta turut membantu dalam pemilihan pelakon.

➢ Dalam pada itu, keenam-enam orang pengarah profesional ini juga mengarahkan karya masing-masing untuk turut disiarkan di platform “Karya 12”. Dalam erti kata ringkas, 6 karya dihasilkan oleh pengarah profesional manakala 6 karya lagi merupakan air tangan pelajar / graduan itu sendiri, dengan bimbingan ‘mentor’ masing-masing.

Rykarl Iskandar Berlakon Sebagai Mohamad Ridzuan Puzi Atau Dek Wan

➢ Demi membuktikan komitmen Astro dalam memastikan “Karya 12” berjalan dengan jayanya, kumpulan produksi yang terlibat dalam setiap penerbitan FTV ini adalah terdiri dari mereka yang profesional dan mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan sesebuah karya. Faktor ini penting bagi memastikan kualiti untuk setiap FTV yang dihasilkan setanding dengan filem-filem komersial yang ada di luar sana. Sesi penggambaran turut diadakan di pelbagai lokasi yang berbeza, di dalam dan luar negara. Selain dari pemberian dana, Astro akan turut membantu mempromosikan karya yang dihasilkan menerusi rancangan pemasaran yang menyeluruh termasuk melalui platform 360 seperti radio, televisyen dan juga media sosial.

➢ “Karya 12” untuk tahun ini bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 23 September lalu dengan karya arahan Rashid Sibir, “The Berlian Job” menjadi taruhan yang pertama. FTV tersebut telah menampilkan nama-nama hebat seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Syukri Yahaya.

Wan Raja Sebagai Sir Dalam Luar Biasa

➢ Seramai 6 orang pelajar berjaya terpilih untuk terlibat dalam kempen “Karya 12” ini dan mereka adalah Muhammad Haffez Bin Mohd Amin (UiTM dengan karya “Pentas Haiwan” dan mentor Rashid Sibir), Ikmar Sarbini (UNIMAS dengan karya “Hajat” dan mentor Nik Amir Mustapha), Hadli Hairudin (UiTM dengan karya “Lari Hantu Lari” dan mentor Mamat Khalid), Nur Syuhada Zamri (Universiti Utara Malaysia dengan karya “Izinkan Aku” dan mentor Feroz Kader), Najmie Maziez (ASWARA dengan karya “Psikosis” dan mentor Tunku Mona Riza) dan Vigniswara (Universiti Malaysia Kelantan dengan karya “Sekolah Api” dan mentor Razaisyam Rashid).

➢ Di antara pelakon terkenal tanah air yang terlibat menjayakan “Karya 12” ini adalah seperti Amar Bahrin, Sabri Yunus, Nad Zainal, Rashidi Ishak, Zahiril Adzim, Uqasha Senrose, Datin Umie Aida, Mira Filzah, Aziz M Osman, Jue Aziz, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan, Syafie Naswip, Khir Rahman, Emelda Rosmila, June Lojong dan ramai lagi.

Tunku Mona Riza, Pengarah Filem Redha Sekali Lagi Berjaya Meruntun Jiwa Penonton Dalam Luar Biasa

➢ Filem Televisyen “Luar Biasa” merupakan naskhah terkini Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29), Tunku Mona Riza. Beliau yang sebelum ini begitu dikenali dengan karya hebatnya “Redha” telah berjaya mendapat pengiktirafan dari pelbagai majlis penganugerahan berprestij anjuran dalam dan luar negara seperti “Merit Award di Los Angeles Awareness Film Festival 2016 (LAAFF 2016)”, “Anugerah Khas Pengkritik Filem Rusia” dan “Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi” di Festival Filem Antarabangsa Kazan, Rusia dan banyak lagi anugerah-anugerah lain.

➢ Diinspirasikan dari kisah benar, “Luar Biasa” mengisahkan tentang pemenang pingat emas Paralimpik, Mohamad Ridzuan Puzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dek Wan yang menghadapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ dan abangnya, Saiful @ Abang Pun yang sentiasa ada di sisinya. Selepas beberapa minggu kelahiran, Dek Wan mengalami penyakit demam kuning dan demam panas. Hal ini menyebabkan perubahan drastik terhadap diri beliau. Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ dan segalanya kini berubah. Dek Wan kehilangan keupayaan untuk bercakap, berjalan dan mengimbang, serta keadaan fizikal yang berbeza berbanding kanak-kanak yang lain. Saiful @ Abang Pun yang hanya satu tahun perbezaan umur dengan Dek Wan adalah satu-satunya abang dan sahabat Dek Wan. Mereka sentiasa bersama dan seperti yang selalu dikatakan Abang Pun, tidak kira apa yang terjadi, sebagai adik-beradik, mereka akan sentiasa bangkit bersama.

Pelakon Shahrolnizam Noor Melakonkan Watak Bapa Kepada Abang Pun Dan Dek Wan

➢ “Luar Biasa” dibintangi pelakon yang amat disegani ramai, Sharolnizam Noor yang bertindak sebagai En. Puzi (bapa) dan turut menampilkan pelakon cilik Rykarl Iskandar sebagai Mohamad Ridzuan Puzi @ Dek Wan serta pendatang baru dalam industri seni, Idan Aedan sebagai Abang Pun.

➢ “Luar Biasa” yang berdurasi 90 minit ini bakal disiarkan di Astro Citra (saluran 131), Mustika HD (saluran 134) dan platform digital ‘on demand’ pada Sabtu, 25 November ini, 9.00 malam.

Amal Ziaq Nawawi (Pengurus Saluran Astro Citra)
➢ “Sebagai sebuah pusat penyiaran utama di negara ini, Astro menerusi salah satu saluran Melayu utamanya, Astro Citra terpanggil untuk meneruskan usaha memperkasakan industri seni tanah air sama ada dari bidang lakonan, pengarahan, penulisan skrip, kandungan, sinematografi, animasi, kreatif dan sebagainya. Bakat-bakat yang ada di luar sana perlu terus digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya agar mereka ini boleh menjadi sehebat nama-nama besar yang ada di sebalik tabir yang kemudiannya dijulang sebagai individu-individu yang cukup disegani dalam industri.

Ini merupakan tahun kedua kempen “Karya 12” diadakan dan saya begitu teruja apabila sekali lagi ia berjaya menyaksikan penglibatan enam orang pengarah terhebat tanah air untuk turut serta secara langsung dalam menjayakan kempen ini. Setiap hasil sentuhan mereka berjaya memenangi hati peminat dan melakar kejayaannya yang tersendiri. Pengalaman mereka ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan kami percaya, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan barisan pengarah ini, graduan muda ini boleh dibentuk untuk menjadi penggiat seni yang berjaya.

Karya-karya yang dihasilkan ini pula datangnya dari generasi muda belia yang dilihat mempunyai idea-idea yang lebih segar yang mana mampu menawarkan lebih pilihan kepada peminat filem Melayu khususnya. Besar harapan saya agar letusan “Karya 12” ini sedikit sebanyak mampu mengubah hala tuju industri perfileman tanah air di masa hadapan”.

Tunku Mona Riza (Pengarah “Luar Biasa”)
➢ “Melihat kepada penerimaan ramai akan filem “Redha” sebelum ini, saya terpanggil untuk sekali lagi menzahirkan sebuah naskhah yang berlatarbelakangkan ‘the common people’ atau dalam erti kata lain, orang-orang biasa yang ada di sekeliling kita. Masing-masing memiliki kisah mereka yang tersendiri dan saya merasakan ada di antara kisah-kisah tersebut sangat istimewa dan wajar dikongsi bersama.

Idan Aedan Sebagai Abang Pun Dan Rykarl Iskandar Sebagai Dek Wan

Sebagai contoh, kisah Hero Malaya kita – saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi ini. Saya mula menyedari kehadiran insan istimewa yang bernama Mohamd Ridzuan Mohamad Puzi atau Dek Wan ini selepas beliau berjaya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016. Beliau mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik dan kejayaan beliau pada ketika itu dilihat telah berjaya menyatukan kembali rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, umur dan agama yang mana sama-sama bersorak dan mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan Dek Wan dalam mengharumkan nama negara di mata dunia.

Siapa sangka, seorang anak istimewa yang sebelum ini hanya insan biasa yang namanya tidak pernah didengari di mana-mana telah berjaya membawa pulang pingat emas untuk kita semua dan menjadi lambang kebanggaan negara. Bertitik tolak dari situ, saya kemudiannya nekad untuk mendekati Dek Wan dan keluarganya seterusnya menyatakan hasrat untuk menyiapkan sebuah naskhah yang dedikasikan khas untuk keluarga ini. Terjadilah naskhah ‘Luar Biasa’, istimewa untuk penonton di luar sana.

Pujian juga harus diberikan kepada barisan pelakon seperti saudara Shahrolnizam Noor, Rykarl Iskandar, Idan Aedan, Faridah Bakiri dan ramai lagi di atas kejayaan mereka menterjemahkan watak masing-masing dengan cukup baik sekali. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya begitu gembira dengan hasil akhir FTV ‘Luar Biasa’ ini. Harapan saya semoga anda semua terhibur”.

Idan Aedan, Rykarl Iskandar, Tunku Mona Riza, Ridzuan Puzi Dan Saiful Pu...

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Upclose & Personal Showcase Maisarah Ukelele

Senarai Lagu di Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Tema Berdua Lebih Baik