in

Senarai Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia 24

Festival Filem Malaysia Ke-24 berlangsung pada malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya menyaksikan sebanyak 25 anugerah dipertandingkan. Pada 16 November 2011 yang lalu, Anugerah Gemilang Cipta FFM24 diadakan di Panggung Anniversari, Tasik Perdana dengan mengumumkan 10 kategori.

Selaras dengan tema FFM pada tahun ini iaitu Gemilang Filem Malaysia, maka anugerah anjuran pertama kali dari Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) akan dinamakan Anugerah Gemilang yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Anugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta.

FFM24

Dikatakan GAFIM akan berusaha sedaya upaya menjadikan FFM24 lebih daripada tahun-tahun sebelum ini dengan peruntukan kewangan sebanyak RM650,000. Sebelum ini, FFM dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

FFM kali ini bernasib baik juga kerana Astro yang menjadi penyiar rasmi bersetuju untuk membayar sewa PICC, artis yang membuat persembahan dan mereka yang menyampaikan trofi serta ‘air time’ yang semuanya bernilai RM1 juta.

Pecah rekod bila sebanyak 41 filem bertanding dalam FFM24 kali ini dan jumlah itu adalah sejarah dalam FFM menjadi FFM paling banyak menerima filem yang bertanding.

FFM24

Tahniah Abang Martias Ali – menang Anugerah Cerita Asal Terbaik untuk Filem Libas!

Bajet yang Gafim dapat ini dibahagikan kepada beberapa kempen dan promosi seperti menyediakan kain rentang, iklan TV dan perkara lain. GAFIM merasa berpuas hati dan anggap iklan dan promosi untuk FFM24 yang diatur sudah cukup. Ya lah, untuk menjayakan acara yang begini besar, kalau ikutkan bajet yang ada memang perit. Paling kurang kena ada RM2 juta.

Untuk kategori Anugerah Gemilang Perdana sebanyak 14 trofi yang akan menjadi rebutan. Manakala di bawah Anugerah Gemilang Cipta pula sebanyak 11 trofi yang akan dipertandingkan.

Keputusan pemenang Anugerah Gemilang Cipta telah pun kita ketahui pada Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 diadakan di Panggung Anniversari, Tasik Perdana.

FFM24

Johan Raja Lawak

FFM24

Hos FFM24 Ogy Ahmad Daud & Johan Raja Lawak berjaya menghiburkan penonton dengan lawak jenaka santai.

FFM24

Awal Ashaari pula jadi hos untuk Pasca – FFM24 di Post Party

LIVE BLOGGING:

Jam 9 malam: FFM24 bermula dengan persembahan Johan bersama gitarnya.Menyanyikan sebuah lagu yang mana liriknya menggabungkan semua 31 filem yang bertanding.

9.05 malam: Giliran Ogy Ahmad Daud melagukan lagu beliau dengan menukarkan lirik dengan gaya yang sinis dengan iringan gitar dari Johan. Lawak tak?

9.10 malam: Hos mengucapkan terima kasih dan alu-aluan kepada tetamu kehormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Gafim, Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan dan semua yang hadir.

12 pencalonan paling banyak diberi kepada filem Hikayat Merong Mahawangsa diikuti dengan filem Nur Kasih.

9.15 malam: Hos menjemput Harun Salim Bachik menyampaikan anugerah Filem BoxOffice FFM24: Tahniah buat Filem KL Gangster dengan kutipan RM11.74 juta.

9.18 malam: Persembahan Medley dari artis menyanyikan rangkaian lagu-lagu dari filem aksi. Antara artisnya, Daly, Fiq,

9.20 malam: Komersial break.

9.25 malam: Salleh Yaakub, Khairul Rashid dan Pia penyampai radio Sinar menyampaikan pemenang untuk:

  1. Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24: Sidek Hussien.
  2. Anugerah Khas Juri Filem Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
  3. Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
  4. Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin

9.35 malam: Hos menyindir mana-mana pihak yang tak puas hati dengan keputusan juri. Hos seterusnya menjemput artis untuk menyanyikan lagu-lagu dari filem seram yang didendangkan oleh Daly, Bandi Amuk.

9.39 malam: Komersial Break. Ditayangkan trailer filem Azura 2012.

9.42 malam: Zizan Raja Lawak & Juliana Evans menyampaikan anugerah Skor Muzik Asal Terbaik FFM24: Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa.Tahniah! Pemenang Pereka Kostum / Busana Terbaik FFM24: Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid

9.50 malam: Hos menjemput persembahan medley dari filem-filem Cinta iaitu dari vokal mantap Ana Rafali, Marsha & Dafi.

9.55 malam: Anugerah Penyunting Terbaik disampaikan oleh pelakon jelita, Nur Fazura & juru edit terkenal, Johari Ibrahim.

Tahniah! Pemenang Penyunting Terbaik FFM24: Syamsul Yusof – KL Gangster menang RM15ribu

Tahniah! Pemenang Penataan Bunyi Terbaik FFM24: Hisham Jufri – Filem KL Gangster membawa pulang hadiah wang tunai RM10ribu

10.01 malam: komersial break

10.04 malam: Lisa Surihani & Aziz M.Osman menyampaikan anugerah:

Tahniah! Pemenang Cerita Asal Terbaik FFM24: Martias Mohd Ali – Filem Libas bawa pulang wang tunai RM15ribu

Jam 10.10 malam: Scha Alyahya berganding dengan Arja Lee menyampaikan anugerah:

Tahniah! Pemenang Sinematografi Terbaik FFM24: Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa wang tunai RM15ribu

Tahniah! Pemenang Penataan Seni Terbaik FFM24: Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa

10.14 malam: Penyanyi Yassin mendendangkan lagu tema Nur Kasih The Movie

10.18 malam: ZulhHuzaimy & Liyana Jasmay menyampaikan anugerah:

Tahniah! Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM24: Faezah Ilai – Filem CUN bawa pulang wang tunai RM10ribu & barang kemas.

Tahniah! Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM24: Shofi Jikan – KL Gangster bawa pulang RM10ribu

Tahniah! Pemenang Pencapaian Gemilang FFM24: Michelle Yeoh

10.38 malam: Mimi Sham mendendangkan lagu tema Azura 2012, Sandarkan Pada Kenangan bersama Hafiz.

Tahniah! Pemenang Filem PILIHAN Astro First FFM24: Kongsi

10.40 malam: Chif Kodok aka Afdlin Shauki menyampaikan anugerah:

Tahniah! Pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM24: Siti Shahriza (Eja) – Janin bawa pulang wang tunai RM15ribu & barangan kemas RM40ribu

10.57 malam: Rubiah Suparman menyampaikan anugerah:

Tahniah! Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik FFM24: Shaheizy Sam bawa pulang wang tunai Rm15ribu

11.06 malam: Salamiah Hassan mendendangkan rangkaian lagu-lagu popularnya.

11.14 malam: Hos menyampaikan anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat FFM24: YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin. Standing ovation plis

11.20 malam: Datuk Rahim Razali dijemput ke atas pentas untuk menyampaikan Anugerah untuk Pengarah Terbaik.

Tahniah! Pemenang Pengarah Filem Terbaik FFM24: Syamsul Yusof membawa pulang hadiah wang tunai RM20ribu, trofi & sijil. Tahniah Sol.

11.25 malam: Hos memperkenalkan persembahan artis mendendangkan lagu dari nyanyian Allahyarham Sudirman – Hoorey Hoorey

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FFM24

Kategori Poster Filem Terbaik
Pemenangnya Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Kategori Kesan Khas Visual Terbaik
Pemenangnya Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Pemenangnya Adik Mia Sara Nasuha

Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Pemenangnya Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)

Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Pemenangnya Nadia (Filem Cun)

Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
Pemenangnya filem bertajuk Great Day

Kategori Lagu Tema Asal Terbaik
Pemenangnya Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain

Kategori Pengarah Harapan Terbaik
Pemenangnya En Jurey Rosli (Filem Libas)

Kategori Filem Pendek Terbaik
Pemenangnya Filem Bertajuk The Other Side

Kategori Filem Animasi Terbaik
Pemenangnya Mushroom Head (Multimedia University)

Majlis ini turut disiarkan secara langsung di Astro PRIMA pada jam 8.30 malam dengan siaran karpet merah. Dihoskan oleh Ogy Ahmad Daud, Johan Raja Lawak, Reza Era, Aril AF dan Awal Ashaari.

Selepas berlangsung malam anugerah malam ini, FFM24 disusuli pula dengan Malam Pasca & Post Party FFM24.

Selain itu terdapat dua lagi Anugerah Khas diwujudkan dalam FFM 24 ini ialah Anugerah Perdana Khas & Anugerah Khas Juri. Berbanding dengan FFM 24 yang lalu, festival pada tahun ini, selain penjurian ketat dan terperinci, ia juga turut mengenakan syarat penyertaan. Salah satunya ialah setiap calon yang akan bertanding wajib menjadi ahli persatuan-persatuan di bawah naungan GAFIM. Misalnya jika bertanding untuk anugerah pengarah terbaik, maka calon mestilah menjadi ahli FDAM. Begitu juga bagi anugerah Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik, calonnya mestilah menjadi ahli SWAM. Jika tidak mereka tidak layak untuk dicalonkan.

FFM24

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA 

  1. Filem BoxOffice: KL Gangster
  2. Skor Muzik Asal Terbaik:Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
  3. Pereka Kostum / Busana Terbaik: Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
  4. Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof – KL Gangster
  5. Penataan Bunyi Terbaik: Hisham Jufri – Filem KL Gangster
  6. Cerita Asal Terbaik: Martias Mohd Ali – Filem Libas
  7. Lakon Layar Terbaik: Syamsul Yusof – Filem KL Gangster
  8. Sinematografi Terbaik: Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  9. Penataan Seni Terbaik: Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Faezah Ilai – Filem CUN
  11. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shofi Jikan – KL Gangster
  12. Pelakon Wanita Terbaik: Siti Shahriza (Eja) – Janin
  13. Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam
  14. Pengarah Filem Terbaik: Syamsul Yusof
  15. Filem Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa.

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS

  1. Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS FFM24: Filem Kongsi
  2. Pencapaian Gemilang FFM24: Datuk Michelle Yeoh
  3. Pencapaian Sepanjang Hayat FFM24: YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin

ANUGERAH KHAS JURI

  1. Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24: Sidek Hussin
  2. Anugerah Khas Juri Filem Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
  3. Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
  4. Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin

Anugerah khas juri mengikut tema festival dan pandangan juri-juri. Terpulang kepada budi bicara panel juri.

Kami di Budiey.com ingin mengucapkan jutaan tahniah buat semua pemenang FFM24!

FFM24

Kejayaan besar buat KRU Studios

FFM24

Tahniah Eja, menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM24

FFM24

Syamsul Yusof rangkul 3 buah trofi untuk KL Gangster

FFM24

David Teo menjulang sebuah trofi kemenangan

FFM24

Shaheizy Sam menjulang trofi untuk Pelakon Lelaki Terbaik FFM24

FFM24

Norman KRU bersama trofi kemenangan besar untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa

FFM24

Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24: Sidek Hussin

FFM24

Syamsul Yusof menjulang trofi kemenangan. Tahniah Sol!

FFM24

Martias Ali menang Cerita Asal Terbaik FFM24. Tahniah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Ezlynn Bertunang

Gambar Amanda Imani di Karpet Merah Festival Filem Malaysia 24