in

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2012

Penganjuran Anugerah Skrin 2012 telah mendapat pelbagai komen dan kritikan di laman sosial dari awal sehingga tamat siaran.Rata-rata yang melontarkan komen dan kritikan di laman sosial mengatakan konsep yang ditampilkan di kaca TV meleret dan membosankan. Nampaknya orang kita masih memandang teater sesuatu yang membosankan. Walaupun beberapa part segmen ada yang lawak tapi masih tak dapat menampung keseluruhan perjalanan anugerah. Apa-apa pun, Anugerah Skrin pada tahun ini yang berlandaskan dunia fantasia dan drama sedikit sebanyak memberikan keunikan dan variasi persembahan pentas untuk anugerah ini. Mungkin pada tahun depan, produksi perlu mengerah minda untuk idea yang lebih kreatif dan tak membosankan penonton.

Tahniah kepada pemenang Budiey ucapkan.

Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bondadiangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Jumaat.

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama yang dimenenangi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Ruminah Sidek membawa pulang anugerah tersebut menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa.

Pelakon veteran Abu Bakar Omar dan Ruminah Sidek masing-masing memenangi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Gincu Ayah dan Parit Jawa.

Dalam kategori filem, Bunohan, filem terbitan Apparat Sdn. Bhd memenangi trofi Filem Terbaik di majlis yang sama. Filem Bunohan turut memenangi trofi Lakon Layar Terbaik Filem untuk Dain Said. Namun demikian, pengarah filem tersebut tewas kepada Effende Mazlan dan Fariza Azlina Isahak menerusi filem Songlap untuk trofi Pengarah Terbaik Filem.

Pelakon Shaheizy Sam memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Songlap dan Maya Karin memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Bertemakan fantasi, Anugerah Skrin 2012 berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Keputusan Penuh

Drama Terbaik
•  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
•  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd PEMENANG
•  Ku Petik Dosa – JS Pictures Sdn Bhd
•  Parit Jawa – Current Pictures Sdn Bhd
•  Parut Ashikin – Balang Rimbun Sdn Bhd

Pengarah Drama Terbaik
•  Aku Mahu Terbang – Mohamed Feroz Abdul Kader
•  Di Telapak Kaki Bonda – Kabir Bhatia PEMENANG 
•  Ku Petik Dosa – Hj Azman Hj Yahya
•  Parit Jawa – Tunku Mona Riza
•  Parut Ashikin – Sabri Yunus

Filem Terbaik
•  Songlap – GRAND BRILLIANCE & RED FILM
•  Bunohan – APPARAT SDN BHD (PEMENANG)
•  Ombak Rindu – TARANTELLA PICTURES SDN BHD
•  Libas – MDAG MARKETING SDN BHD
•  7 Petala Cinta – METROWEALTH MOVIES SDN BHD

Pengarah Filem Terbaik
•  Fariza Azlina / Effendee Mazlan – Songlap PEMENANG
•  Dain Said – BUNOHAN
•  Osman Ali – OMBAK RINDU
•  Azhari Zain – 7 PETALA CINTA
•  Jurey Latiff Rosli – LIBAS

Lakon TV Terbaik
•  100 Hari – Afiza Kamarulzaman
•  Di Telapak Kaki Bonda – Lum Pung Fui PEMENANG 
•  Pak Ngah Haji Omar – Mufid Suhaimi
•  Parit Jawa – Mohd Jamil Mutalib & Tunku Mona Riza
•  Sepatu Merah – Eirma Fatima

Lakon Layar Terbaik Filem
•  Fariza Azlina Isahak – Songlap
•  Dain Said – Bunohan PEMENANG 
•  Osman Ali – OMBAK RINDU
•  Martias Ali – LIBAS
•  Shariman Wahap – 7 PETALA CINTA

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
•  100 Hari – Ridzuan Hashim
•  Gincu Ayah – Abu Bakar Omar PEMENANG 
•  Ku Petik Dosa – Zaidi Omar
•  Parut Ashikin – Eman Manan
•  Sepatu Merah – Ku Haris Ku Mohamed

Pelakon Wanita Terbaik Drama
•  Gincu Ayah – Aida Aris
•  Hilangnya Doa Seorang Ibu – Lisdawati
•  Maharku Untukmu – Nabila Huda
•  Ruminah Sidek – Parit Jawa PEMENANG 
•  Sepatu Merah – Umie Aida

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
•  Shaheizy Sam – SONGLAP PEMENANG 
•  Aaron Aziz – OMBAK RINDU
•  Faizal Hussein – BUNOHAN
•  Beto Kusyairy – CHOW KIT
•  Que Haidar – MISTERI JALAN LAMA

Pelakon Wanita Terbaik Filem
•  Maya Karin – OMBAK RINDU PEMENANG 
•  Mimie One Nation Emcees – KLIP 3GP
•  Nabila Huda – JALAN KEMBALI (BOHSIA 2)
•  Sara Ali – SONGLAP
•  Intan Ladyana – FLAT 3A

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
•  Maharku Untukmu – Rahim Jailani
•  Pak Ngah Haji Omar – Wan Hanafi Su
•  Namron – Parit Jawa  PEMENANG 
•  Parut Ashikin – Along Ezzendy
•  Pelarian – Azhan Rani

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
•  Di Telapak Kaki Bonda – Sherry Merlis PEMENANG 
•  Gincu Ayah – Rosnah Mat Aris
•  Hilangnya Doa Seorang Ibu – Maimon Talib
•  Petik Dosa – Fadilah Mansor
•  Maharku Untukmu – Norish Karman

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
•  Syafie Naswip – SONGLAP PEMENANG 
•  Zahiril Adzim – BUNOHAN
•  Zaidi Omar – OMBAK RINDU
•  Bront Palarae – JIWA TAIKO
•  Soffi Jikan – JALAN KEMBALI BOHSIA 2

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
•  Lisa Surihani – OMBAK RINDU PEMENANG 
•  Nadiya Nisaa’  – JIWA TAIKO
•  Dira Abu Zahar – CHOW KIT
•  Normah Damanhuri – SONGLAP
•  Fauziah Nawi – HOORE HOORE

Videografi Terbaik
•  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd PEMENANG 
•  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd
•  Pak Ngah Haji Omar – A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
•  Parit Jawa – Current Pictures Sdn Bhd
•  Parut Ashikin – Balang Rimbun Sdn Bhd

Drama Rantaian Terbaik
•  Tentang Dhia – Primeworks Studios Sdn Bhd
•  Tahajjud Cinta – Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
•  Makbul – Unit Drama TV RTM
•  Karma – Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
•  Jangan Ambil Padang Kami – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd PEMENANG

Drama Komedi Terbaik
•  Paan Paiz – Radius One Sdn Bhd
•  Lembu Lawan Lembu – Ribuvision Enterprise Sdn Bhd
•  Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd PEMENANG 
•  Annisa´ – Primeworks Studios Sdn Bhd

Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik
•  Edisi Siasat Mandarin :11 Ali Baba – Producer: Wong Loke Tung
•  Tangisan Somalia – Producer: Tan Su Lin
•  Majalah Islam:Palestin Terus Berdarah – Producer: Syafinah Othman
•  Majalah 3 :Badang Kinabalu – Producer: Gan Bock Khim
•  Dunia Tersembunyi : Rambu Solok – Producer: Mohd Raziff Zulkafli PEMENANG

Rancangan Bual Bicara Terbaik
•  Apa Saja FBI : Dilema Wanita – Producer: Roslina Abd Rahman
•  Liga Ilmu : Menjaga ibubapa tanggungjawab lelaki atau perempuan? – Producer: Mohd Fairuz Mydeen
•  The Breakfast Show : Labour Day Special – Producer: Albert Thein
•  Wanita Hari Ini : Dera & Kurung Anak – Producer: Norazlina Nekmat
•  Bella : Labour Day Special – Producer: Fakhrunnisa Hamdan PEMENANG

Rancangan Hiburan Terbaik
•  Maharaja Lawak Mega Ep : 9 – Producer: Khairul Nizam Jamaludin
•  Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 : Ep 10 – Producer: Khairul Nizam Jamaludin
•  Anugerah Industri Muzik 2011 – AIM2011 – Producer: Salimin Lockman
•  CNY Treasure Hunt In Taiwan – Producer: Mas Ayu Ali
•  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 – Producer: Nurhul Huda PEMENANG

Rancangan Muzikal Terbaik
•  Mania : Duet – Producer: Lydia
•  Ultimate Power Star 2: Grand Finals – Producer: Jun Chan
•  Soundcheck TV9 – Producer: Ahmad Shaifullizam Arshad
•  Akustik : Adira – Producer: Iwan Rauf
•  Anugerah Juara Lagu 26 – Producer: Nurhul Huda Hj Khalid PEMENANG

Rancangan Realiti Terbaik

•  Medan Imam Muda : Ep 5 Khurafat – Producer: Mohd Najib Mohd Amin
•  Mentor 6 : Akhir – Producer: Sufian Isa
•  Showdown 2012 : The Final Showdown – Producer: Shazreena Mohd Kassim & Ganesh
•  Yuna Bintang di langit : Ep 4 Los Angeles – Producer: Ismadi Ismail
•  Jemputan Umrah : Ep 1 Pengenalan – Producer: Basirun Othman PEMENANG

Laporan Khas/Berita Terbaik

•  Berita TV9 – Tagih Laut- Producer: Aminhayat Abd Rahim
•  Berita TV9 – Litar Maut – Producer: Ahmad Farith Zahir
•  Buletin Awani- Berbelanja Demi Kucing – Khairunnisa Kasnoon
•  Berita Wilayah – Hari Guru (Pendalaman) – Producer: Noor Yusof
•  Berita TV9 – Bom Jangka – Producer: Aminhayat Abd Rahim PEMENANG

Anugerah Yasmin Ahmad
 – Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan PANTENE
•  Putri Balqis – Pelarian PEMENANG 
•  Farah Nadiah Zulkifli – Ku Petik Dosa
•  Nad Zainal – 100 Hari
•  Syafieq Syazwan – Aku Mahu Terbang

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012

1. Kategori Filem

Filem Terbaik: Bunohan.

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap)

Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)

Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)

Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd.

Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)

Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd)

3. Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special.

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26.

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan.

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 – Bom Jangka.

Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre

Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nora Danish di Karpet Merah Anugerah Skrin 2012

Sinopsis Telefilem Miang Buluh Keladi Birah