in , ,

Senarai Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan

Apple kebiasaannya tidak mendedahkan kapasiti bateri yang dimuatkan pada iPhone mereka, termasuk siri iPhone 14 pada kali ini.

Akan tetapi, laporan terbaharu daripada MacRumors mendakwa telah memperoleh maklumat mengenai kapasiti bateri siri iPhone 14 daripada pangkalan data pengawalseliaan China.

Dinyatakan, tiga daripada empat model iPhone 14 dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding barisan iPhone 13, kecuali iPhone 14 Pro Max yang dilengkapi dengan bateri lebih kecil sedikit berbanding iPhone 13 Pro Max.

Berikut adalah senarai kapasiti bateri yang dimuatkan bagi setiap model iPhone 14 pada tahun ini serta perbandingan bagi kapasiti bateri siri iPhone 13.

iPhone 14:

  • iPhone 14 –  3,279mAh
  • iPhone 14 Plus – 4,325mAh
  • iPhone 14 Pro – 3,200mAh
  • iPhone 14 Pro Max – 4,323mAh

Kapasiti bateri iPhone 13 yang dilancarkan tahun 2021:

  • iPhone 13 mini –  2,406mAh
  • iPhone 13 – 3,227mAh
  • iPhone 13 Pro – 3,095mAh
  • iPhone 13 Pro Max – 4,352mAh

Menurut MacRumors, pangkalan data yang sama telah mendedahkan kapasiti bateri dengan tepat bagi empat model iPhone 13 dan Macbook Pro 14-inci dan 16-inci yang dilancarkan pada tahun lalu. Terdahulu, Apple melalui acara pelancaran minggu lepas mengatakan keempat-empat model iPhone 14 hadir dengan “all-day battery life”. 

Bagi yang ingin membuat pra tempah siri iPhone 14, ianya boleh dilakukan bermula 16 September untuk pasaran Malaysia. Senarai penuh harga boleh diperoleh melalui pautan ini.

Sumber: MacRumors

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KINGSLEY BEN-ADIR

Marvel Lancar Trailer Siri Secret Invasion Bersama Barisan Pelakon

Janna Nick Mohon Maaf Akui Miming GATAL Di Pentas AIM23