in , ,

Marvel Lancar Trailer Siri Secret Invasion Bersama Barisan Pelakon

Menjelang penghujung panel Marvel di acara D23, trailer pertama siri terbaru Disney+ Marvel yang akan datang, Secret Invasion, telah pun dilancarkan.

Trailer tersebut menampilkan kepulangan beberapa karakter yang dikenali sepanjang perjalanan MCU, termasuklah Nick Fury, Maria Hill, Talos, War Machine dan Everett Ross. Anda boleh lihat trailer pertama itu di bawah:

Butiran plot masih belum didedahkan, tetapi berdasarkan tajuk, kita mungkin mengentahui bahawa siri akan datang akan berdasarkan premis asas buku komik asal dengan memfokukan “pencerobohan Skrull di Bumi.”

Bintang One Night in Miami Kingsley Ben-Adir akan memainkan watak penjahat utama, tetapi siapakah watak itu masih belum diketahui.

Watak Emilia Clarke juga masih belum diketahui, tetapi dia akan memainkan peranan utama. Turut menyertai barisan pelakon adalah Olivia Coleman (The Favorite, The Lost Daughter).

Thomas Bezucha (Let Him Go) dan Ali Selim (The Looming Tower) telah diberi tanggungjawab untuk mengarahkan minisiri MCU itu, manakala lakon layar ditulis oleh Kyle Bradstreet (Mr. Robot). Tarikh tayangan rasmi Secret Invasion masih belum ditetapkan.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trophy Knives Bakal Lancar Album Baru Berjudul LOOK THE OTHER WAY

Senarai Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan