in , ,

Senarai Giliran Persembahan Finalis Anugerah Juara Lagu 33

Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 telah menjanjikan AJL 33 kali ini menjadi satu persembahan setaraf konsert mega! Konsert besar yang gah dan kebaboom meletop! Wow! Ini yang rasa tak sabar nak tengok ni kan? Jom kita tengok senarai giliran persembahan finalis yang bertanding. Siapa yang kenaaa!

Melihat kepada senarai finalis Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) kali ini, pastinya anugerah berprestij AJL33 antara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat. Ada yang kata, AJL33 akan menjadi fenomena bukan sahaja kerana lagu yang dibawakan oleh para finalis malah, persembahan interlude pada AJL33 juga akan menarik ramai penonton.

Mengekalkan hos Sherry Al-Hadad dan Alif Satar sebagai peneraju pada malam itu, semestinya AJL33 tidak akan mengecewakan penonton dengan gelagat mereka.

Hos Bagi Malam Ajl33, Sherry Al Hadad Dan Alif Satar 2

Menurut Penerbit Eksekutif AL33, Nurhul Huda Khalid, AJL33 bukan sekadar menonjolkan 12 lagu terbaik malah ia turut dimantapkan dengan kemunculan bintang lagenda dan bakat-bakat muda tanah air.

“Saya amat yakin persembahan yang bakal dipersembahkan nanti amat berbaloi dengan harga tiket yang diperkenalkan. Dan, setiap tahun pihak produksi meletakkan mutu persembahan pada tahap yang paling maksimum. Kami juga bertuah kerana usaha itu mendapat kerjasama erat seluruh team produksi. Terutamanya daripada finalis AJL33.” 

Nurhul Huda Khalid, Penerbit Eksekutif AL33

Tambahnya lagi, tidak timbul isu pemilihan juri kerana, setiap juri mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Dan, antara mereka adalah komposer yang pernah menyertai AJL sebelum ini dan antara mereka juga mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. 

“Latar belakang, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing diperincikan sebelum pihak penerbitan menyenarai pendek 10 juri untuk AJL33.”

– Nurhul Huda Khalid, Penerbit Eksekutif AL33
Video Penuh Senarai Giliran Persembahan Finalis AJL 33

Berikut adalah senarai giliran persembahan finalis AJL 33:

  1. Khai Bahar – Luluh
  2. Haqiem Rusli & Aman Ra – Jatuh Bangun
  3. Syamel – Kau Pun Sama
  4. Kaer & Amylea – Tak Pernah Hilang
  5. Hael Husaini – Hajat
  6. Siti Nordiana & Jaclyn Victor – Nisan Cinta
  7. Sufian Suhaimi – Di Matamu
  8. De Fam – Bunga
  9. Siti Sarah – Semakin
  10. Ara Johari – Bunga
  11. Hael & Dayang Nurfaizah – Haram
  12. Misha Omar – Sampai Bila

Tirai persembahan AJL 33 dibuka dengan kemunculan Khai Bahar membawakan Luluh, disusuli Jatuh Bangun (Haqiem Rusly menampilkan Aman Ra), Kau Pun Sama (Syamel), Tak Pernah Hilang (Amylea & Kaer) dan Hajat (Hael Husaini).

SAYA SANGAT NEVES – REAKSI KHAI BAHAR SETELAH MENDAPAT TAHU KENA PERFORM DI AWAL AJL33

Turut bersaing Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Bunga (De Fam), Semakin (Siti Sarah Raissuddin), Bunga (Ara), Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) dan Sampai Bila (Misha Omar).

Finalis Ajl33 - Hael Husaini Dan Dayang Nurfaizah, Lagu Haram 2

Mengulas mengenai penjurian, Nurhul Huda berkata, tidak timbul isu pemilihan juri terlalu muda atau kurang pengalaman kerana setiap mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

Untuk edisi AJL 33, Nurhul Huda berkata, sebahagian daripada juri yang terpilih adalah komposer yang pernah menyertai AJL, manakala selebihnya mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

“Juri antara tonggak utama, selain lagu dan penyanyi yang menggalas amanah komposer serta penulis lirik.”

“Latar belakang, pengalaman dan kepakaran mereka diperincikan sebelum pihak penerbitan menyenarai pendek 10 juri untuk mengadili lagu yang dipertandingkan.

“Tidak timbul isu mengenai kredibiliti atau ketelusan juri memandangkan mereka mempunyai kepakaran tersendiri dalam menentukan lagu terbaik dan pemenang kategori lain,”

– Nurhul Huda Khalid, Penerbit Eksekutif AL33

Anugerah Juara Lagu Ke-33 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 3 Februari bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada jam 9 malam boleh ditonton menerusi laman Youtube rasmi TV3 Official, www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajak & Shahrul Shiro Umum Tamat Kontrak Jadi Penyampai Radio

Persiapan Dewa 19 Untuk Konsert Reunion Live in Malaysia