in ,

Senarai Finalis Anugerah Industri Muzik ke 14

Seperti Anugerah Industri Muzik yang lepas-lepas, AIM14 tidak lepas daripada terpalit kontroversi. AIM kali ini juga wujud persaingan sengit antara pendatang baru dan penyanyi yang sedia ada.

Anugerah Industri Muzik ke 14 akan berlangsung pada 28 April serentak dengan Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu ke-7. Ini menimbulkan isu di mana astro dikatakan tidak menghormati AIM sebab masih berkeras untuk mengadakan Konsert AF serentak dengan AIM14. Saya rasa dalam soal ini, Astro sepatutnya mengalah dan menunda Konsert tersebut pada hari Ahad. Kalau tidak, nanti akan ada perlawanan rating sebagaimana siaran Perkahwinan Siti Nurhaliza di TV3 dan siaran temubual eksklusif Mawi & Ina di RTM tahun lalu.

439720917 27E2682799 O | 4

M Nasir mendominasi 3 pencalonan bagi kategori Lagu Terbaik menerusi Juwita…Citra terindah, Sang Pencinta dan Tujuh Nafas Lagi.

314865465 A13Dea8B89 O | 5

Album Sean Ghazi, Semalam tidak berjaya untuk tersenarai dalam kategori Album Pop Terbaik walaupun mendapat pencalonan dalam 5 kategori yang lain.

 “Saya rasa soalan itu harus ditanyakan kepada juri. Setiap keputusan bukan daripada kami tetapi juri dilantik. Mereka adalah profesional. Itu adalah keputusan dan suara mereka,??

– Pengerusi PAIMM, Aziz Bakar

 “Kalau diikut dari segi logik, memang sepatutnya album saya tersenarai sebagai album terbaik kerana ia tercalon dalam pelbagai kategori. Malah, untuk kategori susunan muzik terbaik terdapat tiga lagu saya dicalonkan. Jadi apabila ini berlaku sedikit sebanyak saya rasa sangsi,??

 – Sean Ghazi

Senarai Finalis AIM14:

Artis Baru Terbaik:
1. Bob
2. Farhan
3. Fazli zainal
4. Izwan Pilus
5. Sean Ghazi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki):
1. Bob
2. M Nasir
3. Reshmonu
4. Saleem
5. Sean Ghazi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita):
1. Aishah
2. Farhan
3. Jaclyn Victor
4. Noryn Aziz
5. Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album:
1. Firdaus
2. Hijjaz
3. Khafi
4. KRU
5. Raihan

Rakaman Album Terbaik:
1. Alip, Mamak, Omi, Kamal & Zairie (Analogi, Kristal)
2. Fadzli Fauzy, Zairie, Roslan Aziz, Marzuki & Peter Chong (Sang Pecinta, M.Nasir)
3. Hadie Lizard, zairi Ariffin & Alfie Zainal (Gothik Malam Edan, Search)
4. Mamak, Kamal & Zairie (Rock Yeh Yeh 60’an, Kristal)
5. Phil Punch, Peter Chong & C. L Toh (Sean Ghazi – Semalam, Sean Ghazi)

Video Muzik Terbaik:
1. Andy Mak (Caramu, Nikki)
2. Jordan Suleiman (Lost In America, Pete Teo)
3. Osman Ali (Bisakah, Siti Nurhaliza)
4. Tate Mario Ghazali (Ku Impikan Bintang, Sean Ghazi)
5. Tate Mario Ghazi (Semalam, Sean Ghazi)

Album Pop Etnik Terbaik:
1. Satu Taakulan (Natasha, S Atan & Pak Ngah)
2. Syahda Berdendang (Syura, Pak Ngah, Eddie Hamid & Idzhar Azwa)

Album Nasyid Terbaik:
1. Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan, Omar Ali & Ali Hussein Mawla)
2. Doa, Berzanji, Qasidah berlagu (Mawi, Othman Mahmood & Arab)
3. Dunia Yang Lebih Indah (Firdaus, Faizal Tahir, Akmal Miwrana, Isman Isam, Haris Isa firdaus & Zulkifli Majid)
4. Pelita Hidup IV – Perjalanan (Hijjaz, Munif Ahmad, Faizal Osman & Isman Isam)
5. Tawakkal -(Raihan, Bakafro & Farihin Abdul Fatah)

Album Pop Rock Terbaik:
1. Analogi (Kristal, Kristal & Bong)
2. Epigoni (Saleem, Umarul Mahdzar)
3. Gorr…Renng Jer (Chobib)
4. Janjiku (Sofaz)
5. Sang Pecinta (M.Nasir)

Album Pop Terbaik:
1. Alam Maya (Noryn Aziz, Michael Veerapen & Daniel Veerapen)
2. Harapan (Fazli Zainal, Hazami, Azlan Abu Hassan, Audi Mok, Terry Lee, Adnan Abu Hassan, Aman & Ahmad Firdaus)
3. Inilah…Jac (Jaclyn Victor, Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Audi Mok, Kieran Kuek & Aidit Alfian)
4. Kurnia (Aishah, Adanan Abu Hassan)
5. Transkripsi (Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud & Damian VE)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
1. Aubrey Suwito (Teman Sejati, Juwita Suwito)
2. Audi Mok (Inilah Masanya, Jaclyn Victor)
3. Brice Hurn (Hujan Di Tengah Hari, Sean Ghazi)
4. Vivian Chua (Getaran Jiwa, Sean Ghazi)
5. Vivian Chua (Semalam, Sean Ghazi)

Lagu Terbaik:
1. Drama (Nikki, Ning & Yanie, Audi Mok, AD Samad)
2. Juwita…Citra Terindah (M Nasir)
3. Sang Pecinta (M Nasir)
4. Tujuh Nafas Lagi (M. Nasir)
5. Ceritera Cinta (Ross Ariffin, Habsah Hassan)

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chrisye Meninggal | 24

Salam Takziah! Lagenda Chrisye Meninggal Dunia

Amylea Aziza 2020 | 25

Gambar Selebriti di Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ketiga