in , ,

Gambar Selebriti di Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ketiga

Sebelum meneruskan ulasan Konsert Akademi Fantasia minggu ketiga, suka sekali saya meletakkan beberapa gambar selebriti yang saya temui. Di atas, foto Afiq (Puff Daddy Malaysia?) yang baru sahaja dibebaskan daripada Akademi Fantasia.

Aik? Kata pelajar yang tersingkir tidak boleh menjejakkan kaki ke konsert? Jangan salah sangka, pelajar tersingkir boleh datang ke konsert… tetapi tidak boleh diletakkan di kerusi depan. Saya tidak nampak batang hidung Afiq di kerusi artis dalam dewan. Mungkin Afiq diberi peluang untuk menontonnya di tingkat atas atau di skrin besar di luar Dewan Sivik. Itu saya tak tahu… yang penting, Afiq sekarang begitu yakin dapat menjadi artis. Rasa yakin itu bagus ya, tapi jangan over confident sangat. Untuk jadi artis dan bintang di Malaysia bukan sesenang ABC.

Apa-apa pun, semoga Afiq akan terus diminati. Bak kata Afiq ketika bersama Jimmy Shanley dalam Trek Selebriti, teruskan menyokong Afiq sehingga ke titisan darah terakhir kata dia.

Realitinya, bila dah terkeluar memang sukar untuk bangun. Terbukti, kemana perginya Azizi, Sahri, Liza, Mas dan lain-lain. Pendek kata, nak menjadi artis memang senang. Untuk bertahan yang susah!

Di gerai Maestro Record, selain Afiq, ada Felix dan Zila sedang mempromosikan album. Bertambah manis dan cantik ya Zila sekarang ni. Apa rahsia Zila ya?

Pose cantik Zila untuk semua pembaca Sensasi Selebriti

Felix berkaca mata, khabarnya kini beliau sibuk dengan show di Sabah.

Amylea yang risau dengan rambutnya… dah lawa dah rambut awak tu…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Finalis Anugerah Industri Muzik ke 14

Foto Aizat AF5: Eksklusif Untuk Fanatik Aizat Sahaja!