in , ,

Senarai Filem Seram Thailand & Aksi Tamil Hiasi Slot Screen On 2

Tidak boleh keluar kemana-mana, hanya duduk di rumah malah melakukan aktiviti sosial di luar juga turut disekat atas faktor situasi semasa yang terpaksa dihadapi oleh setiap masyarakat negara ini.

Namun, kita harus menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu demi melindungi diri dan keluarga tersayang daripada wabak pendamik Covid-19 yang melanda negara kita.       

Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil inisiatif dengan menghimpunkan filem-filem menarik luar negara buat tontonan seisi keluarga pada hujung minngu ini.  

Senarai Filem Seram Thailand & Aksi Tamil Hiasi Slot Screen On 2

Buat yang meminati filem seram, menerusi slot Screen On 2, sebuah filem Thailand bertajuk “The Promise” bakal disiarkan pada 17 Julai 2021 (Sabtu), 10.30 malam. Filem arahan Sophon Sakdaphisit yang dirakam pada tahun 2017 di Bangkok ini turut memperkenalkan para pelakon iaitu Bee Namthip, Apichaya Thongkham dan Thunyaphat Pattarateerachaicharoen. Ia mengisahkan dua sahabat remaja bernama Ib dan Boum. Pada tahun 1997 negara mereka pada waktu itu telah mengalami krisis kewangan Asia terbesar. Krisis tersebut memberi kesan buat keluarga Ib dan Boum.

Mereka tidak mampu meneruskan kehidupan lalu memutuskan untuk membunuh diri di sebuah bangunan tinggal di Bangkok. Pada mulanya Ib dan Boum berjanji untuk sama-sama membunuh diri namun, Boum menjadi takut dan meningkarinya pada saat akhir.

Selepas 20 tahun, Boum kembali melawat ke bangunan tersebut bersama anak perempuannya. Keadaan menjadi cemas apabila jelmaan Ib kembali menyerang mereka untuk membalas dendam atas tindakan masa lampau Boum.  

Senarai Filem Seram Thailand & Aksi Tamil Hiasi Slot Screen On 2

Lari dari konflik seram, sebuah lagi filem Tamil aksi dan suspen bertajuk “Kuttram 23” menemui penonton pada 18 Julai ini, Ahad pukul 9.00 malam di TV2. Bersama bintang terkenal Arun Vijay dan Mahima Nambiar sebagai pelakon utama.

Mengisahkan ACP Vetrimaaran lakonan Arun Vijay merungkai kes jenayah yang membabitkan pakar perubatan. Walaubagaimanapun, hari demi hari tugasnya menjadi semakin rumit kerana kes tersebut menjadi semakin sukar. Turut membintangi filem tersebut ialah Vamsi Krishna, Aravind Akash, Amit Bhargav, Abhinaya, dan Thambi Ramaiah. 

Kisahnya bermula dengan Jessica yang berjumpa dengan seorang paderi untuk membuat pengakuan dosa di sebuah Gereja st Thomas, Chennai. Tiba-tiba Jessica telah diculik dan paderi tersebut telah dibunuh.

Atas kejadian tersebut ACP Vetri dituduh atas kes penculikan Jessica. ACP Vetri mengesyaki bahawa ada kaitan antara pembunuhan paderi itu dan kehilangan Jessica. Atas bantuan rakan sekerjanya, Vetri dan Thirupathi berjumpa dengan Thendral seorang guru di prasekolah tempatan yang menjadi saksi pertama kejadian tersebut.  

Pergelutan mula berlaku sepanjang penyiasatan dilakukan. Vetri mulai berasa dirinya diancam dan sedang diperhatikan. Mampukah Vetri meneruskan misinya? Saksikan kesudahannya dalam filem “Kuttram 23”, Ahad ini pukul 9.00 malam di TV2.  

Terus “Kekal Di Rumah” jalani gaya hidup sihat dan nikmati hujung minggu anda dengan menonton TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pilihan Filem Luar Negara Menarik Yang Disiarkan di TV2

Nikmati Tawaran Beli-Belah Sempena ‘Crazy Grand Sale’ di Go Shop!