in , ,

Senarai Pilihan Filem Luar Negara Menarik Yang Disiarkan di TV2

Pilih sahaja filem kegemaran yang ingin anda tonton menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV2 kerana sepanjang minggu ini penonton ditawarkan dengan beberapa tayangan filem terbaik.

Daripada tayangan filem “The Professor and The Madman” pada 15 Julai ini, pukul 9.00 malam, ada juga filem Thailand “The Promise” disiarkan pukul 10.30 malam pada 17 Julai 2021. Seterusnya filem Tamil dengan tajuk “Kuttram 23” menemui anda pukul 9.00 malam pada 18 Julai depan.  

Professor and the Madman

Latar cerita filem “The Professor and The Madman” membawakan kisah Profesor James Murray yang memulakan kerja menyusun perkataan bagi edisi pertama ‘Oxford English Dictionary’ pada pertengahan abad ke-19. Dia menerima lebih 10,000 penyertaan daripada Dr. William Minor, seorang pesakit di Broadmoor Criminal Lunatic Asylum. Filem ini lakonan mantap Mel Gibson, Sean Penn dan Eddie Marsan.

the promise

Sementara itu dalam filem “The Promise” pula tentang Ib dan Boum berjanji untuk membunuh diri bersama-sama di Bangkok pada tahun 1997. Namun Boum mengingkarinya pada saat akhir. Selepas 20 tahun berlalu, jelmaan Ib kembali untuk membalas dendam terhadap Boum dan anak perempuannya. Lakonan Bee Namthip, Apichaya Thongkham dan Thunyaphat Pattarateerachaicharoen.

Akhir sekali saksikan filem Tamil “Kuttram 23”, memaparkan kisah watak utama iaitu ACP Vetrimaaran merungkai kes jenayah yang membabitkan pakar perubatan. Walaubagaimanapun, hari demi hari tugasnya menjadi semakin rumit kerana kes tersebut menjadi semakin sukar. Ia lakonan Arun Vijay, Mahima Nambiar dan Vamsi Krishna.

Luangkan masa senggang anda dengan menonton program-program menarik ditawarkan di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayuh Bangkit, Jangan Mengalah! Hikmah Di Sebalik Cabaran Pandemik Covid-19

Senarai Filem Seram Thailand & Aksi Tamil Hiasi Slot Screen On 2