in

Senarai Atlit Popular Hadir di Laureus World Sports Awards

Perenang remaja Amerika Syarikat, Missy Franklin, perenang wanita pertama dalam sejarah memenangi enam pingat emas dalam satu edisi Kejohanan Dunia pada usia hanya 18 tahun, adalah bintang sukan dunia terbaharu mengesahkan kehadiran pada Majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus, majlis penghargaan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa.

sport

Bintang Perenang Remaja Amerika Missy Franklin Akan Hadiri Anugerah Dunia Sukan Laureus

[dropcap]P[/dropcap]emenang, yang akan dipilih oleh Akademi Dunia Sukan Laureus, panel juri tertinggi yang dianggotai 46 atlet lelaki dan wanita terhebat sepanjang zaman, akan diumumkan pada malam anugerah yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, dalam satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada Rabu, 26 Mac ini.

Juga hadir ke majlis itu ialah dua bintang sukan handalan Malaysia iaitu juara dunia tujuh kali skuasy Nicol David dan pemain badminton nombor 1 dunia, Lee Chong Wei.

Pelakon Britain, Benedict Cumberbatch akan menjadi pengacara pada Majlis Anugerah ini manakala pemenang OScar dan Grammy, Jamie Foxx akan mengadakan persembahan pentas di depan barisan tetamu bertaraf bintang. Pelakon Jerman, Daniel Brühl, yang memegang watak sebagai Niki Lauda dalam filem Rush, juga akan turut hadir, bersama-sama supermodel dan pelakon China, Du Juan. Antara Ahli Akademi Laureus, Duta, Calon dan Tetamu yang sudah mengesahkan kehadiran setakat ini adalah:

Giacomo Agostini Nicol David Tony Hawk Ilie Năstase
Vítor Baía Deng Yaping Raphael Holzdeppe Alexey Nemov
Robert Baker Marcel Desailly Nico Hülkenberg Antonis Nikopolidis
Kenny Belaey Kapil Dev Michael Johnson Sophie Pascoe
Jamie Bestwick Mick Doohan Franz Klammer Patrick Peterson
Ronald de Boer Du Juan Michael Laudrup Morné du Plessis
Annabelle Bond Paulo Ferreira Lee Chong Wei Hugo Porta
Daniel Brühl Nacho Figueras Tegla Loroupe Sarah Louise Rung
Bob Burnquist Sean Fitzpatrick Steve McManaman Jimmy Spithill
Fabio Capello Missy Franklin Marc Márquez Mark Spitz
Dan Carter Dawn Fraser Felipe Massa Terrell Suggs
Bobby Charlton Maya Gabeira Gaizka Mendieta Daley Thompson
Sebastian Coe Stephanie Gilmore Luis Milla Angelika Timanina
Nadia Comaneci Ruud Gullit Edwin Moses Steve Waugh
Johan Cruyff Marvelous Marvin Hagler Hidetoshi Nakata  

 

Kutipan daripada majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus disalurkan terus untuk memberi manfaat dan menampung usaha-usaha Laureus Sport for Good Foundation, yang menyokong lebih 140 projek sukan komuniti di 34 negara. Sejak pengenalannya, Laureus sudah mengumpul lebih 60 juta euro untuk pelbagai projek bagi memperbaiki kehidupan berjuta-juta belia dan golongan muda di seluruh dunia.

Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) adalah rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat Anugerah Dunia Sukan Laureus dan sudah memulakan kerjasama dengan Laureus Sport for Good Foundation untuk membantu golongan muda di Malaysia menerusi sukan.

Edwin Moses berkata:

“Kami bukan sekadar berada di Malaysia untuk menghadiri Anugerah Dunia Sukan Laureus. Kami sudah memulakan usaha dengan YR1M untuk cuba membantu golongan muda. Kami cukup gembira dapat bekerjasama rakan kongsi yang cemerlang seperti YR1M dan kami berharap aktiviti kami akan memberikan perbezaan.”

YB Dato’ Seri Mohamed Nazri, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, berkata:

“Kuala Lumpur amat berbesar hati diberi peluang istimewa ini untuk menjadi tuan rumah Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 yang berprestij ini dan bandaraya ini tidak sabar untuk menganjurkan satu majlis yang amat dinanti-nantikan oleh peminat sukan antarabangsa serta mengalu-alukan kehadiran himpunan ramai legenda ke Malaysia. Ini adalah negara yang cintakan sukan dan saya boleh memberi jaminan kemesraan rakyat Malaysia yang menanti setiap tetamu kami. Bersama-sama penganjuran bertaraf antarabangsa seperti Piala Monsun dan Grand Prix Formula Satu, kami amat yakin bahawa Kuala Lumpur, Malaysia adalah tuan rumah yang sempurna untuk satu majlis yang amat signifikan ini. Saya positif ia akan menjadi satu acara yang akan kita ingati.”

Senarai penuh calon bagi Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 adalah:

Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus

Usain Bolt (Jamaica) Olahraga; Mo Farah (UK) Olahraga; LeBron James (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Bolasepak; Sebastian Vettel (Jerman) Sukan Permotoran

Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus

Nadine Angerer (Jerman) Bolasepak; Missy Franklin (Amerika Syarikat) Renang; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Olahraga; Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Tina Maze (Slovenia) Ski; Serena Williams (Amerika Syarikat) Tenis

Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus

All Blacks (NZ) Ragbi; Bayern Munich (Jerman) Bolasepak; Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brazil; Bob & Mike Bryan (Amerika Syarikat) Tenis; Miami Heat (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Red Bull (Austria) Sukan Permotoran

Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus

Pasukan Kriket Afghanistan; Marc Márquez (Sepanyol) Motosikal; Raphael Holzdeppe (Jerman) Olahraga; Nairo Quintana (Colombia) Berbasikal; Justin Rose (UK) Golf;

Adam Scott (Australia) Golf

Kebangkitan Semula Terbaik Tahunan Laureus

Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Oracle Team USA – Perahu Layar; Tony Parker (Perancis) Bolakeranjang; Ronaldinho (Brazil) Bolasepak; Tiger Woods (Amerika Syarikat) Gol

Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus

Marie Bochet (Perancis) Ski; Marcel Hug (Switzerland) Lumba Berkerusi Roda; Tatyana McFadden (Amerika Syarikat) Lumba Berkerusi Roda; Sophie Pascoe (NZ) Renang; Sarah Louise Rung (Norway) Renang; Olga Sviderska (Ukraine) Renang

Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus

Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Papan Luncur; Mick Fanning (Australia) Luncur Air; John John Florence (Amerika Syarikat) Luncur Air; Maya Gabeira (Brazil) Luncur Air; Shaun White (Amerika Syarikat) Luncur  Salji

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JoHaRa Pagi ERA Hadiah Notebook Untuk Pelajar Terbaik Era SPM 2013

The Jespers Bakal Anjur BANGKIT TOUR Seluruh Malaysia