in

JoHaRa Pagi ERA Hadiah Notebook Untuk Pelajar Terbaik Era SPM 2013

Pada pagi tadi, JoHaRa Pagi ERA raikan pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia 2013, Nur Baitina binti Mohd Hassan yang telah mendapat keputusan cemerlang 10A baru-baru ini. Adik Nur Baitina merupakan anak kelima dari enam adik-beradik, telah membuktikan kesusahan hidup bukanlah penghalang bagi mencapai impian dan mengejar kejayaan dalam hidup.

JoHaRa Pagi ERA

Keluarga Terharu Pelajar Cemerlang 10A Terima Komputer Riba

[dropcap]T[/dropcap]idak sesenang dan semewah keluarga lain, Nur Baitina datang dari keluarga kurang berkemampuan, yang mana ayahnya tidak bekerja dan ibunya kadangkala bekerja sebagai pembantu kedai.

Menurut Penerbit Rancangan Pagi JoHaRa Pagi ERA, Raja Nadia Salwana binti Raja Hisham:

“Kebiasaannya memang JoHaRa akan meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang dipilih secara rawak dari mana-mana sekolah setiap tahun. Jika sebelum ini kami meraikan berdasarkan keputusan SPM semata-mata, tapi untuk tahun ini JoHaRa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Negeri Selangor untuk membantu kami mendapatkan maklumat mengenai pelajar cemerlang SPM yang kurang berkemampuan. Daripada maklumat yang diperolehi mengenai latar belakang adik Nur Baitina dan keputusan cemerlangnya di dalam SPM, kami bercadang untuk menganugerahkan dia sebagai Pelajar Terbaik ERA SPM 2013 dan menghadiahkan komputer riba kepadanya sebagai persediaan untuk memasuki universiti.”

Selain itu, pemberian seumpama ini adalah untuk menghargai penat lelah para pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh di samping menunjukkan sokongan pihak ERA fm kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM kelak.

Pihak ERA fm juga turut berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membantu dalam menjayakan hasrat JoHaRa Pagi ERA pada pagi ini.

JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Pagi ERA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Jadi Tumpuan Dunia Gara-Gara Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

Senarai Atlit Popular Hadir di Laureus World Sports Awards