in ,

Senarai 12 Lagu Terbaik Layak Ke Anugerah Juara Lagu 29

Budiey nak ucapkan tahniah buat semua 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral semalam.

Lagu-lagu yang layak ke AJL29 yang akan diadakan pada 18 Januari hadapan terdiri daripada Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikai (Hazama), Romancinta (Mojo), Apa Khabar (Joe Flizzow), Lelaki (Yuna), Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila), dan Masih Aku Cinta (Shila Amzah).

MUZIK MUZIK 29

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Datuk AC Mizal & Mawi (Al Haq), Ronnie & Marsha (Cinta Makrifat), Bunkface & Amy Search ( Rentak Laguku), Alyah (Sesal Separuh Jiwa), Yuna ( Lelaki), Hafiz Hamidun ( Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Forteen ( Tak Pernah Berjumpa) dan Joe Flizzow & Sona One ( Apa Khabar).

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Haiza dan EVA.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 14 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2014.

Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 29 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Edrie Hashim, Damien Mikhail, Helen Yap, LY, Ad Samad, Dato’ Mokhzani Ismail dan Azmeer bertindak selaku ketua juri.

Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 14, 21 dan 28 November menerusi siaran langsung yang dipancarkan di TV3.

Foto dari: Portal Berita Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Sifatkan Produk Airish Miracle Sesuatu Yang Ajaib

Drama Bersiri Satu Hari Temukan Remy Ishak & Sara Ali