in , ,

Shuk & Jihan Muse Hos Program SENANG TERHIBUR

Apakah yang meletup sekiranya seorang pelawak wanita yang besar bakatnya bergabung dengan seorang pelawak yang besar perutnya? Pada awal tahun 2019, Shuk Sahar dan Jihan Muse bakal kendalikan sebuah rancangan bual bicara mereka sendiri untuk menghiburkan malam minggu penonton selama satu jam bermula 6 Januari pada pukul 11 malam.

Setiap episod akan bermula dengan sebuah nyanyian parodi oleh Shuk dan Jihan yang akan berakhir dengan kemunculan tiga artis jemputan. Antara artis jemputan yang akan menghiburkan para penonton ialah Izzue Islam, Erwin Dawson, Elly Mazlein, Amy Mastura, Ara Johari, Azrel Ismail, Nadia Brian, dan ramai lagi.

SENANG TERHIBUR
Poster promo SENANG TERHIBUR

Shuk & Jihan Memperkenalkan Tahun Baharu Tanpa Duka!

Segmen kedua dinamakan Tahan! Tahan! Tahan! Dimana tetamu jemputan akan berentap sesama mereka dan perlu menahan ketawa daripada aksi-aksi lucu yang dilakukan oleh Jihan dan Shuk. Selebriti yang kalah akan didenda dengan makanan-makanan aneh seperti otak lembu, telur mentah, wasabi dalam nasi himpit, set sirih dan banyak lagi.

Di episod lainnya, para selebriti akan bermain permainan yang dinamakan ‘Pening Lalat’. Dalam permainan ini, mereka akan diajukan beberapa soalan mudah. Tetapi untuk menjawab soalan-soalan itu, mereka perlu berputar di atas kerusi sebanyak 10 pusingan dan berlari untuk menekan butang.

Pada segmen ketiga, para tetamu jemputan perlu menggunakan kreativiti mereka bersama Shuk dan Jihan. Dalam segmen ‘Double Terabur’ ini, mereka akan lakonkan sebuah sketsa dengan menggunakan props yang dibekalkan. Para penonton di studio juga berpeluang untuk memberikan situasi untuk dilakonkan para selebriti.

Di episod lainnya, Shuk dan Jihan akan memperkenalkan seorang tetamu jemputan yang mempunyai bakat luar biasa.

Mereka mungkin berbakat dalam tarian, silap mata, gimnastik, dan sebagainya. Para selebriti jemputan dikehendaki untuk meniru bakat tetamu jemputan itu.

Dalam Segmen keempat dan terakhir, Shuk dan Jihan akan memperkenalkan segmen ‘Adlib’ atau ‘Karok Kaw’. Dalam segmen Adlib, selebriti jemputan akan diajukan soalan rambang dan jawapan mereka perlu digunakan dalam persembahan sketsa mereka.

Dalam segmen ‘Karok Kaw’ pula, keupayaan fokus para selebriti akan diuji apabila mereka dikehendaki menghafal lirik lagu-lagu klasik dan menyanyikannya semula tanpa ada kesilapan. Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk melakonkan sebuah sketsa mengikut lagu yang diberikan.

Cabaran lainnya pula, para selebriti akan memilih sebuah lagu dan menyanyikannya semula dengan muzik yang berlainan. Cabaran-cabaran ‘Karok Kaw’ ini akan berbeza-berbeza setiap episod.

– Shuk

Dengan menyajikan perlbagai segmen-segmen menghiburkan ini, Senang Terhibur akan membuat anda tidak kering gusi bersama Shuk dan Jihan. Layari laman media sosial Instagram, Facebook, Twitter serta YouTube TV3 Malaysia dan Instagram Senang Terhibur untuk maklumat lanjut.

Para penonton juga dapat memperoleh info-info terkini program ini dengan mendengar Hot FM selaku rakan radio Senang Terhibur. Gunakan tanda pagar #senangterhibur di laman media sosial anda untuk hangatkan lagi perbualan di medan digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Radio RAAGA Perkenal Penyampai Baharu

Ada 14 Hujung Minggu Yang Panjang pada tahun 2019