in ,

Senandung Hari Raya Untukmu 2021 Hangatkan Kempen #SempurnaBersama

BIARPUN ramai yang kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, namun semangat beraya harus perlu diteruskan juga.

Tidak dapat pulang ke kampung bukanlah alasan untuk kita tidak meraikannya kerana dunia kini penuh dengan teknologi dan kemajuan.

Kita sudah boleh berhubung dengan orang yang jauh hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau teknologi lain di mana dan bila masa sahaja.

Tahun 2021 ini, Todak Music membawakan kempen #SempurnaBersama bagi menguatkan lagi semangat kebersamaan dalam sambutan hari raya, khususnya dalam suasana pandemik yang mencabar ini .

Kempen #Sempurnabersama ini dihangatkan lagi dengan penghasilan sebuah lagu dan muzik video yang baru sahaja dilancarkan. Lagu ini merupakan lagu raya lama yang popular dan masih lagi dimainkan setiap kali hari raya menjelang, namun Todak Music mengambil pendekatan dengan merakam semula lagu ini tapi diberikan nafas baru.

Susunan muzik lagu ini menggabungkan beberapa elemen dan genre muzik yang berbeza seperti ballad, pop, rock, tradisional dan ska. Ianya sungguh berbeza dari kebiasaan yang didengari pun begitu originaliti lagu ini masih tetap dikekalkan.

Tajuk lagu ini adalah Senandung Hari Raya Untukmu 2021 yang menggabungkan 6 orang artis iaitu Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai, Dina Nasz, Muzza dan kumpulan Gerhana Skacinta.

Lirik lagu ini masih dikekalkan dan tiada perubahan cuma susunan muziknya sahaja yang berbeza. Bercerita tentang muzik video pula, Leman menjadi watak utama dan juga sebagai narrator.

Leman sebenarnya merupakan seekor ayam kampung di dalam sebuah kampung yang bernama Kampung Fusion.

Di kampung itulah semua orang berkumpul untuk meraikan hari raya bersama. Jadi, Leman lah yang akan memperkenalkan setiap ahli keluarga Fusion yang masing-masing mempunyai ragam dan gaya yang berbeza.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Muzik, Encik Ikmal Fareeq berkata, “ Kita tidak akan membiarkan apa pun menghalang kita dari meraikan hari raya Aidilfitri.

“Sungguhpun seluruh negara terkesan dengan pandemik ini dan terkawal didalam suasana PKP, tidak bererti kita kalah dan perlu duduk bersedih.

“Kita harus menang dalam membawa pelbagai cara untuk berhubung melalui teknologi komunikasi dengan keluarga yang jauh kerinduan dan jangan biarkan mereka kesunyian.Sungguhpun hanya melalui panggilan video, atau panggilan telefon, apabila semua ada maka #SempurnaBersama.

“Ini adalah masa untuk kita menilai dan menghargai individu yang ada disekeliling kita.Itulah mesej yang cuba ditonjolkan melalui muzik video lagu Senandung Hari Raya Untukmu 2021 dan saya berharap semua yang menonton muzik video ini akan terhibur dan sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan,” katanya.

Manakala menurut Pengurus A&R Todak Muzik, Kamarul Arifin (Arul), lagu yang diberi nafas baru ini sangat berbeza dari biasa.

“Saya yakin dengan susunan muzik baru ini dapat memberikan semangat baru buat kita semua dalam meraikan hari raya yang penuh dengan cabaran ini. Sokongan dalam pengelibatan Gerhana Skacinta dan Muzza dalam projek ini juga banyak memberikan impak terhadap penghasilan lagu ini.

Muzik video Senandung Hari Raya Untukmu 2021, kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube, Facebook dan IGTV Todak Music.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Penuh Program Menarik TV3 & TV9 Sempena Aidilfitri 2021

Himaya Lancar Kempen Antibuli Siber Menampilkan Wany Hasrita, Amira Othman & Elfira Loy