in , ,

“Semoga Allah Menjagamu,” Neelofa Memaafkan Syamira Safiya Seikhlas Hati

Pengacara popular Neelofa memaafkan individu yang menyebar fitnah mengenai dirinya dan pendakwah bebas PU Riz di Twitter baru-baru ini.

Pelakon dan pengacara, Neelofa memaafkan individu bernama Syamira Safiya yang membuat fitnah terhadapnya di laman Twitter dan laman sosial lain pada 26 Disember lalu.

Menerusi ruangan Instagram Stories, Neelofa memuat naik tangkap layar permohonan maaf individu yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu berserta kapsyen ringkas.

“Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu,”

– NEELOFA

Dalam hantaran sama, Neelofa turut menitipkan nasihat buat individu itu. 

“Adik, kamu masih muda baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat,”

– Neelofa

Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej perbualan di aplikasi WhatsApp dengan mendakwa Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz sudah berkahwin di Kelantan, Neelofa membuat pemindahan wang ke akaun Riz dan terkena minyak pengasih.

Syamira kemudiannya membuat permohonan maaf menerusi laman Twitter yang menjelaskan dia tidak ada niat jahat ketika muat naik ciapan itu. 

Neelofa sebelum ini menafikan semua tuduhan yang dilemparkan menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan media yang diedarkan kepada pihak media, minggu lalu.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Didakwa Sudah Berkahwin & Menjadi Isteri Kedua, Ini Penjelasan Ziela Jalil

Khai Bahar Tampil Dengan Lagu BANGIT SEMULA, Jalin Kerjasama Dengan MAIWP