in ,

Seminggu di Pusat Pemulihan, Keluarga Harap Nia Ramadhani & Suami Berubah & Insaf

Pejam celik, rupanya sudah hampir seminggu pelakon terkenal Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya berada di Pusat Pemulihan. Semoga dengan didikan dan bimbingan di sana dapat memulihkan dan membentuk semula jiwa mereka.

Pihak peguam pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie iaitu Waode Nur Zaina yang memberi khabar mengenai mereka. 

Nia dan suaminya yang ditangkap atas kesalahan dadah jenis syabu baru-baru ini sudah mula menjalani kegiatan mereka di pusat pemulihan di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Pasangan ini sudah hampir seminggu dimasukkan ke pusat pemulihan. 

“Alhamdulillah keadaan mereka berdua baik,”

– Waode Nur Zaina

Menurut Waode, pasangan suami isteri yang mengambil syabu sejak lima bulan lalu tersebut berada dalam keadaan sihat. Dalam masa sama, Waode juga turut mendedahkan pasangan itu sudah dikunjungi keluarga. Malah keluarga ini sangat mendukung Nia dan Ardi. 

“Alhamdulillah semua support Bu Nia dan Pak Ardi agar segera pulih, boleh kembali ke kehidupan normal, dan tidak menggunakan dadah lagi,” jelas Waode lagi. 

Waode bagaimanapun merahsiakan lokasi Nia dan Ardi yang menjalani pemulihan saat ini. Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Nia menangis sewaktu diberi peluang melihat tiga anaknya melalui panggilan video di telefon bimbit. 

Sejak dirinya dan suaminya ditahan, anak mereka iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie dijaga oleh keluarga Ardi iaitu usahawan Aburizal Bakrie. 

Sementara itu, InsertLive melaporkan ibu Nia, Chanty Mercia berharap agar pelakon dan hos itu dapat mengambil hikmah daripada insiden yang terjadi. Biar sedih, Chanty menerima apa yang terjadi sebagai dugaan yng perlu dtempuh dengan sabar oleh keluarganya. 

“Untuk anakku dan Ardi menantuku, semoga kalian boleh menjalani proses hukum yang berjalan. Doa mama selalu menyertai kalian berdua. 

“Tidak ada hentinya air mata ini menangis untuk apa yang terjadi. Tapi mama tahu Allah akan menolong kita semua amin,” tutur ibu Nia. 

Pelakon yang popular menerusi sinetron ‘Bawang Merah Bawang Putih’ itu ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah bersama suaminya dan pemandu mereka pada 7 Julai lalu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Murung | 23

Ramai Alami Depresi, Lelaki Buka Khemah Tepi Jalan & Sedia Jadi Pendengar Luahan

Noor Hisham Covid | 24

Awas 7 Simptom Baharu Ini Tanda Anda Dijangkiti Varian Delta Yang Paling Bahaya & Dominan