in ,

Awas 7 Simptom Baharu Ini Tanda Anda Dijangkiti Varian Delta Yang Paling Bahaya & Dominan

Wabak COVID-19 yang menjangkiti manusia kini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sehingga hari ini, lebih 190 juta kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia hingga telah mengorbankan empat (4) juta nyawa setakat ini.

Terdapat banyak varian COVID-19 yang dikenal pasti iaitu varian alpha, beta dan delta. Namun tahukah anda, dalam ketiga-tiga varian ini, delta merupakan varian yang paling berbahaya.

Merujuk perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), varian delta merupakan Variant of Concern (VOC) yang paling dominan di seluruh dunia serta paling berbahaya berbanding varian lain.

Bagi varian biasa (yang belum tahap berbahaya sebelum ini), simptom yang dialami pesakit mungkin bermula dengan hilang deria bau dan rasa. Namun bagi varian delta, ianya bertambah lebih banyak.

Simptom-simptom baharu yang perlu diberi perhatian antaranya adalah sakit kepala berpanjangan; keletihan dan kelesuan;  hidung berair atau tersumbat; sakit tekak; cirit-birit; muntah dan sakit otot.

Justeru, jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda disarankan untuk segera melakukan ujian saringan COVID-19 bagi mengenal pasti status kesihatan. Jaga diri, kita jaga kita.

Varian Delta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seminggu di Pusat Pemulihan, Keluarga Harap Nia Ramadhani & Suami Berubah & Insaf

Netizen Persoal Mana Kelibat Ariz Ramli di Misi Bantuan di Jordan