in ,

Seminar Cantik Bersama Wanita Anjuran TV3

SERLAHKAN KECANTIKAN DIRI ANDA BERSAMA TV3

Keanggunan dan imej gaya diri ialah aset terpenting untuk wanita masa kini. Namun, keterampilan diri yang kemas dan menarik tidak semestinya memerlukan bahan solekan dan pakaian berjenama yang mahal. Tahun ini, seminar anjuran TV3 kembali dengan tema “Seminar Cantik Bersama Wanita” untuk berkongsi tip-tip kecantikan dan cara-cara untuk menyerlahkan penampilan diri tanpa membebankan anda. 

Seminar ini akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, 29 November 2009 (Ahad) bermula dari 8.30 pagi – 5.00 petang. Penyertaan dibuka kepada wanita berusia 18 tahun ke atas dengan yuran pendaftaran sebanyak RM120. Bagi sesiapa yang ingin menyertai bolehlah muat turun borang penyertaan di laman sesawang www.tv3.com.my/wanita. Bagi mereka yang mendaftar secara berkumpulan iaitu bersama seramai empat rakan lain, anda berpeluang untuk memenangi baucer membeli belah.  

Kenali diri anda untuk memiliki personaliti lebih menarik. Ketahui variasi warna yang menyerlahkan anda. Selami pengetahuan mengenai kecantikan keperibadian wanita ini dengan menyertai seminar yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi solekan, dandanan dan imej yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar dalam kecantikan, imej dan motivasi diri, antaranya Sharifah Shawati, para pengacara Wanita Hari Ini dan ramai lagi.     

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penyertaan percuma untuk seminar tersebut, mereka dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Seminar Cantik Bersama Wanita. Anda hanya perlu menghantar karya penulisan anda dan emel kepada [email protected] sebelum 31 Oktober 2009. Penulisan anda hendaklah berdasarkan tiga kategori yang telah disediakan seperti bawah:

Resipi & Masakan (berserta gambar)
Tip – tip yang kreatif berkaitan gaya hidup, kesihatan, fesyen
Cerpen kisah benar atau curahan perasaan seseorang wanita      

Tempat adalah terhad dan bagi wanita yang berminat menyertai seminar ini haruslah segera membuat pendaftaran. Pembayaran yuran boleh dibuat melalui kiriman wang pos ataupun cek berpalang (sila tambah 50 sen untuk cek dari luar Kuala Lumpur) bersama borang penyertaan yang lengkap ke alamat:  

“SEMINAR CANTIK BERSAMA WANITA”

BRAND MANAGEMENT GROUP (INSIPIRASI WANITA),

SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD, SRI PENTAS,

NO. 3, PERSIARAN BANDAR UTAMA, 47800 PETALING JAYA, SELANGOR.  

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui panggilan telefon ke Sri Pentas, Bandar Utama di talian 03-77266333 sambungan 3108/3400 (9.00 pagi – 6.00ptg) ataupun layari laman sesawang www.tv3.com.my/wanita untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Pangeran Penggoda Lakonan Chelsea Olivia Wijaya di 8TV

Hujan Tour 2009 Mencari Konklusi Ke Utara