in ,

Semangat Kental Menyentuh Jiwa dalam The Karate Kid

Budiey dikhabarkan tadi, filem The Karate Kid lakonan cemerlang Jackie Chan dan bintang muda, Jaden Smith telah pun mendapat kutipan USD55.7 juta setakat ini. Ini menempatkan filem ini ditangga nombor satu dalam carta ketika ini.

Banyak sebab yang menjadi faktor filem ini digemari penonton. Mungkin impak dari kemunculan terbaru anak kepada Will Smith ini dan juga promosi yang besar-besaran diadakan. Bercakap pasal anak lelaki Will Smith ini, bakatnya dicungkil dari sitkom Fresh Prince of Be Air dan kemudian bergandingan dengan bapanya dalam The Pursuit of Happiness pada tahun 2006. Pernah dinobatkan sebagai pelakon Harapan Terbaik di Anugerah Filem MTV 2007.

Juga tak lupa ya, filem ini didokongi oleh pelakon legenda terkenal, Jackie Chan yang dikatakan mencipta watak yang begitu matang.

Jalan cerita filem ini sangat ringkas. Bermula dengan perpindahan seorang kanak-kanak bernama Dre Parker dengan ibunya dari Detroit  ke China. Sekaligus mengubah gaya hidup Dre kerana perbezaan budaya dan suasana yang lain di China. Tanpa kawan rapat di tempat baru, Dre bertemu dengan maintenance bernama Mr. Han lakonan Jackie Chan.

Oleh kerana berlainan bangsa dan budaya, Dre menjadi mangsa buli yang diketuai oleh Cheng. Ini membawa minatnya untuk belajar Kung Fu dengan Mr. Han yang sebenarnya pandai berkung-fu. Di bawah didikan Mr. Han, Dre berusaha untuk menundukkan budak-budak buli yang selalu cari pasal dengannya.

Dre kemudiannya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya, Mei Ying. Namun, hubungan mereka dihalang oleh keluarga Mei Ying. Dapatkan Dre Parker menjalinkan hubungannya dengan Mei Ying dan adakah Dre berjaya mengalahkan budak-budak buli? Itu, korang kena tonton sendiri di pawagam. Filem ini telah pun ditayangkan mulai 10 Jun lalu. Budiey sendiri dah tonton filem ini sebanyak 2 kali. Ramai yang pelik dengan judul filem ini, The Karate Kid yang sebenarnya asas seni pertahanan diri yang ditonjolkan adalah Kung Fu. Budiey rasa, tajuk asal filem ini ialah The Kung Fu Kid, tapi telah ditukar kepada The Karate Kid.

Bagi Budiey, filem ini mempunyai ruh semangatnya yang tersendiri. Beberapa babak dalam filem ini ada spiritual dan inspirasi. Ada moral of story yang sangat basic dalam kehidupan. Jangan sekali-kali berputus asa dan cepat mengalah. Tidak dinafikan lagi, walaupun ada aksi ganas dan pembulian, filem ini sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga. Budiey pasti ramai yang tersentuh hati semasa Mr. Han bercerita tentang insiden yang berlaku dalam hidupnya. Adakah anda turut menangis? Budiey menangis sikit. Hehe 🙂

Lakonan Jaden Smith memang serasi dengan watak Dre. Walaupun kata orang di sebelah saya, suara dan wajah Jaden Smith agak kewanitaan tapi watak itu seperti Dre yang ada di dunianya yang sebenar.

Dalam pada itu, skrip filem ini juga disuntik dengan elemen yang menghiburkan. Penonton pasti akan ketawa dengan beberapa scene yang boleh dikira lawak antarabangsa. Contohnya semasa Dre menggantungkan jaketnya dengan gaya penuh ‘karakter’.

Budiey juga suka dengan visual dan sinematografi. Panoramik dalam video ini mengkagumkan di mana mengambil lokasi tempat-tempat menarik di China.

Dari 5 bintang, Budiey memberikan 4 bintang untuk filem ini. Syabas!

Jaden Smith dan pengarah Harald Zwart semasa di set untuk babak terakhir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scholl Lancar Koleksei Terbaru BEBAS UNTUK BERGERAK

Video Viral Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari Jadi Trending