in

Scholl Lancar Koleksei Terbaru BEBAS UNTUK BERGERAK

Kebebasan untuk Bergerak
Koleksi “Kebebasan” baru menggabungkan gaya dengan keselesaan,
tetapi canggih dari segi teknologi

SSL Healthcare (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan secara rasmi koleksi barunya bertema “Kebebasan untuk Bergerak” dalam satu majlis muzikal yang menarik dan memberi informasi di 1 Utama Shopping Centre. Koleksi baru ini pasti memberi keselesaan kepada kaki anda sambil menjaga kesejahteraan dan kesihatannya. Di majlis pelancaran pada petang ini, Scholl memperlihatkan ciptaan dan koleksi terbarunya yang meliputi lebih 20 kasut rekaan baru.

Koleksi baru ini membawakan ciri-ciri unik seperti Bioprint, Gelactiv, Massage, Memory Cushion, Sole Support, Arch Support dan Biomechanics. Semua kasut ini akan membolehkan anda berjalan sepanjang hari tanpa merasa penat. Memandangkan pengguna zaman sekarang mementingkan gaya dan fesyen, koleksi kasut baru Scholl akan membolehkan anda bergaya dengan fesyen terkini sambil membaiki kesejahteraan anda menerusi kaki anda.

Seperti sarung tangan untuk kaki anda, Bioprint mengikut kontur kaki anda untuk menjamin keselesaan optimum. Ia juga memberikan tahap tekanan dan sokongan yang berlainan kepada setiap bahagian kaki, memastikan kelancaran dalam setiap langkah yang anda ambil.

Gelactiv mengurangkan kelesuan dan mencergaskan semula kaki walaupun anda telah lama berjalan atau berdiri, dengan gel penyerap hentakan yang melapik dan melindungi kaki bila anda berjalan.

Memory Cushion adalah tapak kasut unik yang mengikut kontur kaki anda dan melantun balik ke bentuknya, menawarkan tahap sokongan yang sama untuk pemakaian seterusnya. Ia juga melegakan kaki yang sakit.

Biomechanics direka suai untuk memberi kesan positif kepada postur dan jajaran kaki, seterusnya mengurangkan tekanan ke atas kaki dan sendi anda.

Seperti kelazimannya, Massage adalah ciri yang menjadikan kasut kami paling laris. Teknologi ini mengurangkan tekanan ke atas kaki anda dengan mengurut tapak kaki anda secara perlahan-lahan apabila anda berjalan. Nodul dalam lapik tapak dalam kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.

Arch Support membantu melegakan bebanan dan keletihan kaki dengan menjamin keselesaan untuk lengkungan tapak kaki yang rata, lemah atau terturun.

Ciri Sole Support membantu otot-otot jari kaki anda bersenam dan mencergaskannya semasa anda berjalan. Ia juga mengangkat lengkungan metatarsus untuk melega dan melindungi kelembutan di bahagian bebola kaki.

Cik Christine Ong, Pengurus Produk Senior – Scholl Footwear, SSL Healthcare (M) Sdn Bhd, memberitahu wakil-wakil media, “Falsafah teras perniagaan kami tidak pernah berubah, iaitu untuk menambah baik kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan insan menerusi kaki mereka.” Beliau menambah, “Di Scholl, kami sentiasa berusaha untuk membawa evolusi ke dalam rekaan kami, menjamin keselesaan yang selama ini diakui, dan memperkenalkan teknologi paling canggih yang terdapat dalam industri kasut kepada pelanggan kami. Sudah tentulah, semua rekaan kami menepati falsafah kami, gaya dengan keselesaan.”

Pameran Koleksi Kebebasan Scholl 2010, yang bermula dari 16 Jun, diadakan di Highstreet (Rainforest), Pusat Beli-Belah 1 Utama, dan akan diteruskan hingga 20 Jun. Orang ramai yang berminat untuk melihat aneka pilihan kasut baru dalam Koleksi Kebebasan dijemput datang ke gerai pameran kami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lifebuoy CSR Campaign Gives Hope To Less Fortunate

Semangat Kental Menyentuh Jiwa dalam The Karate Kid