in , ,

Semakin Popular di TikTok, Fatia Muncul Bersama Single BAIT-BAIT RASA

Selepas berjaya menjadi artis rakaman pertama Malaysia di bawah payung platform hiburan video paling popular masa kini iaitu TikTok, bintang baharu bernama Fatia terus mengorak langkah dengan projeknya yang terkini.

Jika dahulu memulakan titik pengenalan dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysianya ‘Bebas Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul BAIT-BAIT RASA

Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat besar nan tersohor Ezra Kong itu merupakan sesuatu yang jauh berbeza dari segi konsep muzik berbanding single sulung Fatia dahulu.

“Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya, ‘My World Too’. Bukan saja dari aspek melodi dan tema yang lebih lembut serta feminin, tetapi juga dari gaya vokal dan proses rakaman.

Saya teruja menceburi genre muzik yang berlainan dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat setia saya. Saya juga berharap kreativiti ini akan menarik perhatian peminat baharu juga,”

– Fatia

Sungguhpun BAIT-BAIT RASA menceritakan tentang cinta yang tidak berbalas, namun Fatia memberitahu yang dia belum pernah mengalami perasaan tersebut.

“Lirik lagu ini menangkap perhatian saya dengan serta-merta saat mendengar demo yang dikongsi oleh Ezra.

Apatah lagi dalam hidup saya setakat ini saya tidak pernah jatuh cinta. Liriknya seperti ada maksud yang lebih mendalam. Mungkin, ia sebagai satu pengajaran buat saya apabila saya betul-betul menghadapi situasi itu nanti,”

– Fatia
Fatia

Menurut Fatia semasa memilih lagu ini dirinya telah mendengar banyak demo lagu berbahasa Melayu namun lagu ini yang paling digemari.

“Lebih-lebih lagi bila saya ketahui yang ia ditulis oleh Ezra Kong. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, segan juga kerana saya sungguh minat karyanya yang lain,”

– Fatia

Mengenai proses rakaman pula Fatia mengakui bahawa dia tidak ingin mengecewakan Ezra. Keseluruhan proses rakaman berjalan dengan lancar dan sangat cepat. 

“Saya masuk studio Ezra beberapa kali, kali pertama untuk mencari key yang terbaik, dan kali kedua untuk merakam vokal.

Saya banyak belajar dari Ezra, terutamanya dari segi persembahan vokal dengan penuh emosi serta menggunakan aspek suara yang berlainan dari sebelum ini.

Dia menggalakkan saya untuk yakin dengan suara saya yang sebenar. Dari pemerhatian saya, dia juga seorang yang sangat baik hati dan sabar, selain sangat profesional,”

– Fatia
Fatia

Lagu ini juga didatangkan dengan sebuah video muzik yang menarik. 

“Penggambarannya sangat menyeronokkan, malah kali ini lebih romantik dan feminin. Penggambaran video muzik ini agak unik kerana dirakamkan 1.5 kali lebih laju dari kelajuan lagu yang sebenar. Jadi kelihatan seperti saya sedang menyanyi rap namun perlu kekal elegan. Memang lucu pengalamannya,” ujarnya lagi.

“Lagu ini menunjukkan sisi saya yang berbeza. Saya telah memberikan jiwa saya dan membukanya dengan sepenuh hati demi pembikinan lagu ini. Saya harap pendengar akan memberi peluang kepada lagu ini dan jatuh cinta dengannya, sama seperti saya,” tutup Fatia tentang harapannya mengenai lagu ini.

Fatia

Lagu BAIT-BAIT RASA bakal berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 Oktober 2022 jam 12 tengah malam dan muzik video di saluran YouTube Universal Music Malaysia jam 8 malam pada tarikh yang sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar 2020 | 14

AEON Lancar Drama Bersiri SAYAP BAGIMU Sempena Ulang Tahun Ke-38

Siti Nordiana

Impian Siti Nordiana Nyanyi Lagu M.Nasir Tercapai Melalui MENYANTUN KASIH